Tuesday, 12 March 2013

PENIPUAN KELUARGA KIRAM, JANGAN BAGI MUKA LAGI PADA KUMPULAN LANUN SULU MEREKA!

-CUKUPLAH SEMBILAN NYAWA WIRA-WIRA NEGARA DAH MELAYANG SETAKAT INI! MALAYSIA DAH TERLALU BANYAK BAGI MUKA KAT MEREKA DAH! NO MORE MERCY, SEEK TO KILL, SHOOT ON SIGHT! HOI LANUN! SEDAR DIRI SIKIT AWAK TU KAT NEGARA MANA SEKARANG, KALAU DEKAT LUBANG DIMANA KAU MERANGKAK KELUAR TU SUKA HATI BAPAK ENGKO & KIRAM NAK BUATLAH, TAPI INI MALAYSIA!-

Kiram III, bapak segala penipu!
Kerajaan Malaysia, tolong jangan bagi muka lagi pada keluarga Jamalul Kiram III dan puak-puak Lanun Sulunya yang kini macam ayam berak kapur bertempiaran lari di Sabah dan bersembunyi entah masuk lubang mana entah macam pengecut takde telur, mungkin dah tertinggal kat Sulu ataupun memang dilahirkan takde telur dan ditakdirkan menjadi lanun perompak senang-senang hati makbapak dier orang mengaku tanah ni, tanah tu nenek moyang dier orang yang punya!

Banyak sangat dah penipuan yang Jamalul Kiram III, anaknya Jacel Kiram (yang perasan dia tu Princess Vouge) serta keluarga Kiram dan kumpulan pengganas-pengganas Sulu yang bersenjata di Lahad Datu tu dah buat kepada Malaysia dah bukan itu saja, malah cuba memburukkan Malaysia di mata dunia menerusi sidang-sidang media yang diadakannya dan menggambarkan kepada mereka seolah-olah keluarga Kiram dan kumpulan penyangak-penyangak Sulu bapanya pula adalah mangsa dalam insiden yang mereka sendiri sengaja cetuskan dan Malaysia yang bersalah!

"Istana Kiram III" yang sama taraf dengan rumah setinggan dua tingkat!
Penipuan pertama dilakukan kumpulan pengganas-pengganas Sulu suruhan Kiram III adalah pada minggu ketiga mereka berkubu di Kampung Tandou, Lahad Datu apabila pada mulanya bersetuju untuk mengundur diri dan balik ke negara sendiri namun sebaliknya, mereka tidak mengkotakan janji malah semakin memperkuatkan pertahanan mereka di posisi-posisi strategik disekeliling kampung berkenaan.

Penipuan kedua pula adalah apabila kumpulan pengganas-pengganas Sulu itu mengibar bendera putih tanda menyerah diri kepada sekumpulan polis bertugas berdekat tempat mereka berkubu sebelum melepaskan tembakan ke arah mereka sehingga mengorbankan dua daripada anggota PDRM.

"Ilmu pembohongan" diwarisi Jacel dari Kiram III agak serasi!
Penipuan ketiga, menyatakan serangan udara yang dilancarkan TUDM tidak sedikitpun "menyentuh" kumpulan pengganas Kiram malah disensasikan oleh media Filipina (menerusi versi keluarga Kiram) serangan Malaysia langsung "tidak effektif" dan tiada anggota kumpulan pengganas tercedera walhal hakikatnya, lebih kurang 20 penyangak itu terbunuh serta tercedera dalam serangan tersebut sebelum saki-baki kumpulan penyangak Sulu berkenaan yang seakan terkincit ketakutan bertempiaran lari menyelamatkan nyawa masing-masing termasuk ketua kumpulan tersebut iaitu "Rajah Muda" Azzimuddie Kiram, adik kepada Kiram III.

Penipuan keempat, setelah saban hari menerima berita-berita kematian demi kematian anggota-anggota kumpulan penyangak Sulunya dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia termasuk seorang yang dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan penduduk tempatan yang naik berang telah memaksa Kiram III cuba memohon "gencatan senjata" dengan Malaysia dengan menpergunakan nama PBB (walaupun entiti Kesultanan Sulu yang didakwa Kiram III yang kononnya diwarisinya tidak diiktiraf mana-mana negara bahkan Filipina sendiri pun tak mengiktraf kewujudan "Sultan" Jamalul Kiram III, memang dia ni jenis muka tak malu!!!) namun beberapa jam selepas permohonan itu, beberapa orang penyangak-penyangak Sulunya, menyerang sepasukan anggota keselamatan Malaysia.

Esmail, semakin tua semakin berbohong!
Penipuan kelima, Jacel yang dipercayai mewarisi kepintaran ayahnya, Kiram III dalam "ilmu penipuan" menunjukkan gambar seorang tentera (yang berpakaian seragam seakan pakaian seragam celoreng askar Malaysia) yang didakwanya adalah anggota tentera ATM yang sedang ditawan oleh kumpulan penyangak Sulu bapanya. Gambar tersebut kemudiannya dikenalpasti adalah gambar anggota tentera negara lain dan motif penipuan tersebut yang dipercayai adalah menjatuhkan semangat dan moral anggota pasukan keselamatan Malaysia yang sedang rancak melancarkan "Ops Daulat" yang bertujuan memburu dan menjejaki saki-baki kumpulan pengganas Sulu Kiram III.

Penipuan keenam, Jacel yang semakin menjadi-jadi laser mulutnya dan seakan wanita hilang akal tak sedarkan diri dalam satu lagi sidang akhbar menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang "pengganas" kerana mengarah serangan udara menbunuh sebahagian daripada anggota kumpulan pengganas Sulu bapanya yang di dakwanya "hanya ingin tinggal disana" tanpa memberitahu pemberita mengapa penyangak-penyangak bapanya harus melengkapkan diri dengan senjata api dan pelancar roket jika mereka "hanya ingintinggal di sana". Atau mungkin senjata-senjata itu boleh digunakan untuk bercangkul dan alat bercucuk tanam? Dalam masa yang sama, segala "kebaikan" pengganas-penganas Kiram III terserlah apabila mereka membunuh secara kejam lima lagi anggota PDRM yang mereka tawan dengan memenggal kepala, memotong jari-jari, merobek mata serta mencacatkan anggota badan tawanan mereka sehingga mati sedikit pun tak disebutnya.

Jangan lepaskan Azzimuddie!
Penipuan ketujuh, adik Kiram III, Esmail selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina Manuel Roxas dalam satu sidang akhbar semalam menyatakan dakwaan kekejaman polis Malaysia terhadap imigran Filipina di Sabah sebagai bukan "manusia biasa" bukanlah satu perkara baharu dan layanan buruk tersebut berlaku sejak sebelum krisis di Sabah berlaku dan apa yang Malaysia lakukan adalah tidak mengikut Islam dan perlakuan orang tidak percayakan Islam!

Penipuan kelapan, beberapa orang anggota pengganas Kiram III pada pagi tadi telah menipu dengan menggunakan taktik pengecut dengan menyamar sebagai orang awam sebelum bertindak membuat serang hendap sehingga mengorbankan salah seorang dari anggota ATM kita di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu.

Berapa banyak lagi penipuan yang harus Malaysia terima dari keluarga Kiram penipu ini. Matlamat utama keluarga Kiram III kini adalah untuk menyelamatkan saudara mereka  iaitu "Rajah Muda" Azzimuddie Kiram dan saki-baki kumpulan pengganas-penganas Kiram III agar lolos dari Malaysia dan kembali selamat ke tanahair sebenar mereka agar mereka dapat memalukan kerajaan Malaysia tentang kejayaan meloloskan diri!

Al-Fatihah buat anggota ATM yang terkorban pagi tadi 
Jadi, jangan bagi lagi muka kepada keluarga Kiram penipu itu, cukuplah dengan sembilan nyawa yang mereka sudah korbankan. Cukup segala keaiban yang mereka telah onarkan kepada Malaysia. Buru mereka sehingga ke anggota penganas yang terakhir dan yang terpenting, pastikan jangan biarkan satu pun diantara mereka, terutamanya Azzimuddie lolos dari Sabah! Doa kami rakyat Malaysia agar, semua anggota keselamatan yang bertugas di Sabah sentiasa dalam keadaan selamat dalam lindunganNYA.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List