Wednesday, 13 March 2013

TALIBARUT KIRAM III, DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU SUDAH DIKENALPASTI!

-PENGKHIANAT INI HANYA DIKENALI SEBAGAI MANDUR, DULU HIDUPNYA MEREMPAT SEBELUM MENUMPANG MENCARI MAKAN DI FELDA SAHABAT DENGAN MEMPERBAIKI RUMAH NAMUN AKHIRNYA MEMBALAS "BUDI" RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGKHIANATNNYA .. KEPADA SESIAPA YANG ADA MENEMUI SI MANDUR NI (ITUPUN KALO DIER MASIH HIDUP!), BAGI TAU DIA PIHAK KESELAMATAN MALAYSIA "TERSANGAT-SANGATLAH" NAK BERJUMPA DENGAN DIA!-

Dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, ‘Jeneral’ Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah ditemui dalam satu talipon bimbit.

Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.

Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan.

Menurut nukilan rakan blogger AAKJ,  nama panggilan talibarut Kiram III adalah "Mandur"

Gambar pertama yang diperolehi adalah wajah salah seorang tali barut yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.

Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu ‘Jeneral’ Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

Hari kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

Menurut sumber, gambar kedua menunjukkan si talibarut Kiram III iaitu Mandur dalam satu majlis 'penyerahan beret' atau penyerahan tugas khas dan ikrar taat setia pada Kiram III yang d berikan kepada talibarut yang selama ini bekerja d ladang sawit Felda Sahabat!

Mandur yang kenal budi, di terima atas belas kasihan datang cari makan d Felda Sahabat, pinggannya di penuhi kita dengan nasi namun racun yang beliau curahkan ke dalam periok rang Malaysia. Memang dasar pedatang tak mengenal budi!

Sumber tersubut juga menyatakan, foto ini d rakam oleh anggota beliau sendiri dan ianya ketika hari pertama kumpulan penyangak-penyangak Sulu Kiram III mendarat!

Tolong sebarkan foto si Mandur ini, talibarut Kiram III, dalang pencerobohan kumpulan panyangak-penyangak Sulu ke Sabah! 

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List