Monday 11 March 2013

KUMPULAN SAKI BAKI PENGGANAS SULU TERKEPUNG JUA AKHIRNYA!

-KOMBINASI DUA KEMENTERIAN KESELAMATAN MALAYSIA IAITU ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) & POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DALAM OPS DAULAT BEGITU SERASI & EFFEKTIF WALAUPUN IANYA ADALAH JULUNG-JULUNG KALI DILAKSANAKAN DALAM SITUASI "REAL-CRISIS".SEHNGGA BERJAYA MENGEPUNG SAKI BAKI KUMPULAN PENGGANAS SULU YANG KINI BOLEH BERGERAK DIANTARA DUA BUAH KAMPUNG YANG JARAKNYA HANYA EMPAT KILOMETER BERJAUHAN-

Kerjasama yang begitu proffessional dan baik di antara kedua pasukan keselamatan Malaysia; ATM & PDRM dalam Ops Daulat telah berjaya mengepung sepenuhnya saki baki kumpulan pengganas Sulu aam empat radiaus kilometer di antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo.

Kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk mara dengan cepat sekali sepanjang tempoh enam hari sejak Ops Daulat dilancarkan, membolehkan mereka semakin lama semakin merapati kumpulan penganas yang diburu itu serta mempercepat lagi proses "membersihkan" kawasan-kawasan di Lahad Datu dari pengganas berkenaan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mendedahkan perkara ini semalam menyatakan ATM telah mengesahkan kumpulan pengganas Sulu kini telah berpecah dan bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan kini telah terkepung sepenuhnya dan hanya bergerak antara Kampung Tanjung Batu dan Tanduo.

Selain dari tekanan, ketakutan dan kepenatan, kemampuan pasukan gabungan ATM & PDRM menjejaki dan semakin merapati kumpulan pengganas mungkin sebab utama mengapa pengganas-pengganas tersebut mengambil tindakan untuk berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan bergerak secara berasingan.

Sampai begitu hebatnya tekanan yang dirasakan oleh pengganas-pengganas tersebut sehingga mereka sanggup memilih untuk berpecah walaupun mengetahui bertapa tingginya risiko jika bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Agaknya fikiran pengganas-pengganas tersebut sudah bercelaru kerana biarpun cara tersebut boleh mengelak perhatian serta bergerak lebih pantas, tapi seandainya bertembung dan bertempur dengan mana-mana pasukan keselamatan yang sudah ditempatkan hampir di serata tempat, kumpulan pengganas Sulu tersebut memang tiada peluang untuk melepaskan diri.

Setelah kumpulan pengganas Sulu tewas teruk ditangan pasukan keselamatan Malaysia pada hari kedua "perang konvensional" setelah kawasan persembunyian pengganaspenganas tersebut dihujani dengan bom yang digugurkan oleh jet pejuang Hornet milik Tentera Udara DiRaja Malaysia TUDM) , kumpulan pengganas tersebut mula cuba melarikan diri.

Operasi besar-besaran pasukan keselamatan kini menukar kepada taktik gerila dengan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi menyelamatkan diri namun mereka tahu dan sedar yang "halaman" untuk mereka lari semakin hari semain mengecil  setelah pasukan keselamatan menggandakan kekuatan dengan penambahan anggota zon operasi bagi mempercepat proses membersihkan Lahad Datu daripada pengganas berkenaan sekali gus menamatkan konflik.

Ops Daulat di Lahad Datu semalam menyaksikan seorang lagi pengganas Sulu mati dibunuh di Kampung Tanduo menjadikan jumlah keselurun pengganas yang maut 53 orang sementara seramai 27 lelaki yang dipercayai rakn-rakan kumpulan pengganas Sulu yang mendakwa sebagai nelayan turut dicekup dan termasuk penahanan lapan orang "tali barut" kumpulan pengganas  sehari sebelum itu, jumlah keseluruhan tahana saspek berkaitan krisis Pencerobohan Lahad Datu kini seramai 106 orang. 

Menurut Zulkifeli lagi, kawasan kepungan pasukan keselamatan kita di Kampung Tanduo adalah sekitar empat kilometer dan begitu juga di Tanjung Batu dan ketika ini, pasukan kita telah mengepung kedua-dua kawasan tersebut menyebabkan mereka hanya bergerak antara kedua-dua kampung tersebut.

Pasukan kita juga telah mengesan seorang daripada mereka yang cuba keluar daripada kepungan dan berjaya menembak mati musuh tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam sambil menambah operasi menggeledah dan mencari kini tertumpu di kawasan Kampung Tanduo selepas mendapati musuh telah bergerak ke Tanjung Batu.

“Selesai kita bersihkan Tanduo, kita akan masuk ke Kampung Tanjung Batu dan adalah mustahil untuk mereka melepasi kepungan ini," tegasnya dengan yakin sambil menambah, musuh yang tidak dapat lari bersembunyi di Kampung Tanduo bukan di rumah-rumah tetapi di semak dan hutan tebal yang terdapat di kawasan tersebut.

Zulkifeli berkata, permukaan bumi yang berpaya dan sebagainya di antara kedua-dua kampung turut dikawal ketat pasukan keselamatan dan kehadiran kor bantuan tempur dari Kuching, Sarawak berlepas ke Lahad Datu semalam bagi membantu operasi menggempur habis-habisan dan memburu saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu saki-baki penceroboh militan kembali menyaksikan kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu.

Kawasan Felda Sahabat turut bergegar dengan beberapa bunyi dentuman bom dari kawasan zon merah pada pukul 1 pagi dan 7.30 pagi dengan bunyi pesawat dan helikopter berlegar di ruang udara kawasan ground zero itu tmbahnya lagi

Sementara itu, seramai 44 orang individu, termasuk empat wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu diberkas pihak berkuasa tempatan.dalam satu operasi yang berlangsung antara jam 6.30 hingga 9 pagi tadi di Kampung Pinggir Bakau di Semporna semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah menyatakan kesemua mereka yang ditahan dipercayai melindungi penjenayah Sulu dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu untuk membantu siasatan.

"Operasi berkenaan bagi melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi mengenal pasti kaitan dengan kejadian ini walaubagaimanapun, 11 individu telah dibebaskan polis," kata beliau sambil menyarankan agar penduduk tidak perlu berasa panik kerana jumlah tentera dan polis telah ditambah untuk mengawal kawasan setempat dan memberkas baki penjenayah dan (operasi) ini adalah bagi menambah keyakinan masyarakat dan disarankan tidak panik dengan sebarang kejadian.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List