Sunday 10 March 2013

SEORANG PENGGANAS PUN TAKKAN TERLEPAS, SAMA ADA DITEMBAK MATI ATAU DITANGKAP HIDUP-HIDUP!

-ITU RESPON MENTERI PERTAHANAN DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI KEPADA TINDAKAN DILUAR BATASAN KEMANUSIAAN OLEH KUMPULAN PENGGANAS SULU YANG MEMENGGAL KEPALA, MEMOTONG & MENCACATKAN ANGGOTA BADAN TAWANAN MEREKA YANG MERUPAKAN ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA. SETIAP TINDAKAN SESEORANG ITU SECARA TIDAK LANGSUNG MENGAMBARKAN LATARBELAKANG MEREKA, KALAU BARU TINDAKAN DAH KESADISAN & SEJIJIK BEGITU, AKU NAK BAYANGKAN BAGAIMANA KEHIDUPAN LANUN-LANUN SULU TU PUN DAH NAIK LOYA! KEKEKE!!!-

Seorang penganas pun takkan terlepas!
"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," demikian bentak Zahid Hamidi sambil berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan."

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," kata Zahid yang menyelar tindakan kumpulan militan yang mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan anggota-anggota polis yang mereka tawan adalah tidak wajar dan merupakan satu jenayah.

."Pihak polis pun bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu dan kumpulan pengganas Sulu itu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Zahid, yang ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng, Perak semalam juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," kata Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya.

Dalam perkara berkaitan, seorang remaja lelaki yang berusia 12-tahun di Kampung Sungai Bilis, Lahad Datu turut terbunuh mankala seorang lelaki, 30 tahun, cedera di kaki ketika Ops Daulat  yang telah memasuki hari keenam.sedang dijalankan untuk membersihkan saki baki kumpulan bersenjata Sulu di kawasan tersebut semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian  itu berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi itu sewaktu anggota keselamatan menahan dan memeriksa orang yang melalui kawasn tersebut dan menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari kawasan-kawasan di mana polis dan tentera menjalankan operasi untuk mengusir lelaki bersenjata.

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List