Sunday 10 March 2013

KIRAM III BERSEDIA NAK MASUK PENJARA, MUNCUL SORANG LAGI MENGAKU SULTAN SULU PULAK!

-ADUSH .. ADA BERAPA ORANG MAU JADI SULTAN SULU DAAA? ATAU MEMANG DAH JADI TREND MEREKA-MEREKA "DISINUN" MEMANG GEMAR SANGAT NAK MENGAKU-NGAKU NI, YELER HABIS SIAP SATU KAMPUNG MENGAKU DIER SULTAN NI, NGAKU SULTAN TU, MENGAKU RAJA NI, NGAKU RAJA TU, SAMPAI NEGARA ORANG LAIN PUN NGAKU TU TANAH NENEK MOYANG DIER ORANG YANG PUNYA! HAA! SAPA RM10 JATUH NI? HA .. CEPATLAH NGAKU KORANG YANG PUNYA GAK! KEKEKE!!!-

Hello, Kanda masuk penjara (sila tinggalkan pesanan anda)
Ketika JamaluL Kiram III, yang mengaku dirinya "Sultan Sulu" dan juga dalang utama yang disyaki merancang pencerobohan sekumpulan Sulu di Sabah sedang mempersiapkan dirinya untuk disumbat ke dalam penjara, muncul seorang individu menyatakan bahawa beliau merupakan pewaris takhta Kesultanan Sulu yang sebenar.

Mendakwa dirinya berasal daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam, individu tersebut, Datuk Abinasser Sultan Badaruddin D. Mohammad Bataraza dan beberapa orang wakilnya, berbekalkan dokumen yang ditunjukkan kepada laman berita Inquirer telah cuba menyakinkan Presiden Filipina Benigno Aquino III supaya mengiktirafinya sebagai Sultan Sulu sejak 25 Julai 2012.

Malah, pada 24 Oktober 2012, mereka turut menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk meminta bantuannya bagi tujuan yang sama dan menurut seorang bekas koresponden Inquirer yang menjadi jurucakap lelaki berusia 74 tahun itu Arturo Sampana.

"Badaruddin ialah anak keempat daripada lima orang anak Puteri Aishah Almarhum dan Datuk Mohammad Bataraza sementara ibunya, Aishah merupakan anak perempuan Puteri Sharifah Zainab atau Puteri Indok iaitu isteri Sultan Sulu, Badaruddin II yang memerintah dari 1881 hingga 1884," dakwanya.

Badaruddin II ialah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila beliau meninggal dunia dipercayai akibat diracun, keluarganya termasuk Aishah keluar dari istana untuk menyembunyikan diri, katanya lagi sambil menambah Jamalul Kiram II yang ibunya merupakan isteri kedua Sultan Jamalul Alam pula menggantikan Badaruddin II sebagai pemerintah Sulu seterusnya.

Sampana memberitahu, Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu berasal daripada keturunan isteri kedua Jamalul Alam dan menurut adat keluarga diraja Sulu, hak sebagai pewaris takhta terlebih dalu diberikan kepada keturunan isteri pertama sultan yang memerintah.

Kiram III terpaksa meninggalkan "Astana"nya nanti
Berbalik kepada Kiram III yang "sebijik macam orang tua merajuk yang nak mintak pujuk" menegaskan yang dia bersedia untuk dipenjarakan, malahan dia sedang menunggu perintah ini ke atasnya sekiranya mereka (pihak berkuasa) mahu saya masuk penjara, teruskan.

“Saya sedia menjalani hukuman penjara kerana mahu membuktikan bahawa tuntutan ke atas Sabah dibuat bukan kerana wang.,” tambahnya melahirkan kesediaan untuk hadir di pejabat Biro Siasatan Nasional (NBI) di sini selepas mendapat perintah berbuat demikian.

“Tiada wang menjadi taruhan dalam isu ini kerana apa yang penting ialah maruah dan kehormatan kami serta impian saya adalah untuk meninggalkan legasi untuk tanah air kami,” jelas warga emas berusia 74 tahun yang menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu itu.

"Saya menuntut hak daripada aspek sejarah dan moral untuk mengetuai pengikut-pengikutnya kembali ke tanah air mereka dan kami akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memiliki bukti dan hak untuk tinggal di sana (Sabah),” tambahnya.

Malah, pemimpin tersebut percaya Sabah adalah sebahagian daripada tanah pusaka mereka selepas menerima kawasan di Borneo Utara itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu Kesultanan Brunei menewaskan satu pemberontakan pada 1704.

-UnReportedNews™®




No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List