Sunday 10 March 2013

SEORANG LAGI PENGGANAS DIBUNUH SEMENTARA SAKI BAKINYA SEMAKIN TERKEPUNG

-ANGGOTA KESELAMATAN SEMAKIN MARA KE KAWASAN DIMANA PENGGANAS BERSEMBUNYI ALAM USAHA MEMBERSIH KAWASAN TERSEBUT SECARA BESAR-BESARAN SEMENTARA KEMATIAN DI PIHAK PENGGANAS TELAH MENINGKAT KE 53 ORANG SETELAH SEORANG LAGI PENGANAS BERJAYA DIBUNUH SEMALAM-


Pasukan Keselamatan Negara kini mara ke kawasan baru menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 120 kilometer dari Lahad Datu.


Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dipetik KL Pos sebagai berkata, fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara besar-besaran.

"Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya kepada Bernama pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.

Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai askar kesultanan Sulu.

Sementara itu, seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi semalam di Kampung Tanjung Batu dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.
   
Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan.
   
"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," tambahnya lagi.
   
Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.
   
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat.

-UnReportedNews™®


LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List