Monday, 11 March 2013

KELEMAHAN KAWALAN PERBATASAN WAJAR DIKAJI SEMULA UNTUK MENGELAK KELOLOSAN PENCEROBOH DIMASA HADAPAN!

-TEGURAN BEKAS PERDANA MENTERI TUN MAHATHIR MOHAMAD WAJAR DIBERI PERHATIAN KHUSUS LEBIH-LEBIH LAGI IANYA MELIBATKAN KESELAMATAN RAKYAT & KEDAULATAN NEGARA. WALAUPUN UNTUK MEMPERKASAKAN KAWALAN DISEPANJANG PERBATASAN NEGARA AKAN MELIBATKAN PERBELANJAAN YANG ESAR UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN SERTA MENAMBAHKAN BILANGAN ANGGOTA KESELAMATAN DIKAWASAN YANG STRATEGIK, IANYA  MEMANG BERBALOI KERANA BOLEH MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN & KEYAKINAN MASYARAKAT SEPENUHNYA TERHADAP KERAJAAN-

Cadangan bekas  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar kerajaan membuat kajian yang menyeluruh berhubung insiden pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah yang sehingga hari ini telah mengorbankan lapan anggota polis wajar di beri perhatian khusus.

Mahathir menyatakan kajian tersebut dperlu dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana pencerobohan boleh dilaku, termasuk membuat kajian "post-mortem" bagi mengesan mana-mana kelemahan yang ad, termasuk kelemahan negara sehingga berlaku insiden itu agar ianya dapat diperbetulkan.

"Kajian ini juga penting bagi menentukan sama ada kerajaan perlu menambah perbelanjaan untuk pertahanan termasuk membeli peralatan perang dan senjata untuk menangani serangan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kelanng, Selangor semalam.

Hasil kajian itu nanti akan membantu kerajaan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Lahad Datu memandangkan pantai di Sabah berliku-liku dan mudah diceroboh pihak tertentu dari negara jiran, misalnya Filipina, tambahnya lagi.

Mempunyai keyakinan sepenuhnya yang kerajaan mampu untuk menambahkan perbelanjaan untuk pertahanan, termasuk meningkatkan bilangan anggota pasukan keselamatan, Mahathir menegaskan kangkah-langkah sedmikian seharusnya diambil untuk menangani insiden pencerobohan dari verulan lagi.

Ops Daulat yang memasuki hari-enam semenjak dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina juga telah berjaya membunuh seramai 53 penceroboh militan, manakala, sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban yang melibatkan dua pertempuran berasingan di Kampung Tanduo (1hb March, dua terkorban) dan serang hendap di Semporna (2hbMarch, enam terkorban).

Dalam satu masjlis berasingan semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dan mengulangi pendirian utama kerajaan iaitu akan memastikan keamanan dan kesejahteraan negara yang dicapai selama ini kekal dan akan menentang sesiapa sahaja yang cuba untuk mencetuskan kekacauan.

Merujuk insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Najib menegaskan sebarang tindakan untuk menghuru-harakan negara tidak akan menggugat keamanan negara kerana ianya akan ditentang sepenuhnya oleh kerajaan.
  
"Kita akan terus menentang dan melawan musuh-musuh kita kerana kita hanya mahu mempertahankan kesejahteraan yang kita nikmati dan walauapapun yang mereka lakukan tidak mungkin dapat menganggu gugat apa yang kita kecapi hari ini," katanya sambil mengingatkan semua agar harus tidak lupa juga mendoakan semoga wira-wira kita terus selamat dan dilindungi Allah sehingga selesai tugas mereka.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List