Friday 8 March 2013

KIRAM III AKAN DIEKSTRADISI KE MALAYSIA , SETELAH FILIPINA "SELESAI" DENGANNYA!

-KIRAM OH KIRAM, SEKIRANYA INI JADI KENYATAAN TIADA PENGASUH, DAYANG MAHUPUN PERMAISURIMU AKAN MENEMANIMU DI RUMAH REHATMU DI MALAYSIA SINI NANTI, YANG HANYA ADA  PAK WARDEN-PAK WARDEN PENJARA YANG PASTI MENJAGAMU DENGAN BAIK! BERSEDIALAH KEKEKE!!!-

Hello Dinda, jangan buat Kanda takut, angkatlah talipon! Hello!
Presiden Filipina Benigno Aquino telah mengarahkan Kementerian Perundangan Negara agar meneliti seluruh perundangan Filipina yang ada kaitan dengan kesalahan yang telah dilakukan Kiram III iaitu menghantar kumpulan pengganas yang mencerobohi Malaysia.

Ini adalah supaya kita boleh mengambil tindakan tegas ke atasnya (Kiram III) agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi," katanya lagi dalam siaran televisyen antarabangsa semalam.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan mewujudkan benteng pertahanan di sepanjang perairan pantai timur Sabah bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.

Perisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah berikutan dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Februari lepas dan sehingga kini operasi menjejak pengganas sedang rancak dijalankan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah... soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa," kata Najib selepas melawat kawasan 'ground zero' di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.

Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.

"Untuk memperkasakan kawasan keselamatan khas di timur Sabah kita akan menambahkan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan disana," umum Najib lagi.

Dalam masa yang masa yang sama, Najib mengulangi pendirian Malaysia berkenaan dengan "Ops Daulat" yang akan diteruskan sehinggalah saki baki kumpulan penganas Filipina yang kini dalam buruan pihak keselamatan di Sabah perlu meletak senjata tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan.

Beliau kemudiannya memberi amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.

Sehingga semalam, Ops Daulat yab bertujuan untuk menangani pencerobohan pengganas Filipina Sabah sudah masuk hari yang ke-tiga.

Dalam ops tersebut, lebih kurang jam 7 pagi pada 5hb March lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.

Sejam kemudiaan, Najib mengumumkan kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

Lebih kurang jam 5 petang pada hari yang sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu.

Sehari selepas itu, (6hb March) pada hari kedua Ops Daulat, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Disebelah petang pada hari yang sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota tkumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.

Zahid juga mempertontonkan beberapa keping gambar mayat-mayat pengganas yang terbunuh dirakam oleh pasukan keselamatansewaktu Ops Daulat untuk diedar kepada media.

Pada sebelah petang itu juga, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di timur Sabah.

Pada hari ketiga (semalam, 7hb March) Op Daulat, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengumumkan pasukan keselamatan telah mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.

Pada tengahari semalam, Najib tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut sebelum mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Dalam sidang media pada sebelah petang semalam, Tan Sri Ismail Omar menyatakan kesemua pengganas berjaya dibunuh dalam kedua-dua pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanduo, di sini dan Tanjung Batu, Tawau pada semalam dan hari ini.

Khabier Malik
"Petang semalam berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dan pihak penceroboh. 11.30 pagi tadi juga berlaku pertempuran dan sehingga kini saya mendapat laporan daripada komander mengesahkan bahawa 31 musuh telah ditembak dan kita percayai mereka telah gugur, termasuk satu di Tandou.

"Operasi masih berjalan kerana kita percaya ada saki baki pihak penceroboh...dan kerjasama antara kedua-dua keselamatan amat baik sekali," kata Ismail.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal yang turut bersama beliau dalam sidang media yang sama berkata anggota keselamatan telah mengepung penceroboh di kawasan-kawasan sasaran dan dipercayai mereka telah bersembunyi. Beliau juga menyifatkan lapan anggota keselamatan yang terkorban sebelum ini mungkin dalam keadaan cuai dan tergopoh-gapah. 

Sehingga kini jumlah keseluruhan pengganas yang berjaya dibunuh adalah seramai 52 orang sejak insiden pencerobohan tersebut termasuk seorang berpangkat jeneral Khabier Malik, namun identitinya masih belum diumumkan. Terdapat juga desas desus yang mengatakan adik Kiram III  iaitu Agbimuddin Kiram juga telah terkorban namun belum dapat disahkan lagi.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List