Friday, 8 March 2013

PENDIRIAN RASMI MNLF MEMBUAT MISUARI & KIRAM III SEMAKIN TERSISIH

-PENGERUSI MNLF MELABELKAN PERBUATAN KIRAM III & KUNCU-KUNCUNYA SEBAGAI "PENGGANAS" & MENEGASKAN MNLF TIDAK SAMA-SEKALI AKAN MENYOKONG SEBARANG TINDAKAN PENCEROBOHAN & TINDAKAN PENGGANAS SEPERTI MEREKA YANG BERLAKU KINI DISABAH! MENGENAI DAKWAAN TERBARU MISUARI YANG MNLF SEDIA MENGHANTAR PEJUANG BERSENJATA , MUSLIMIIN MENERANGKAN MISUARI HANYA AHLI MNLF BIASA YANG TIADA PENGARUH DALAM MNLF APATAH LAGI KAPISITI MENGELUARKAN ARAHAN SEBEGITU TAPI MISUARI TIDAK SEHARUSNYA BERKATA BEGITU KERANA SABAH & MALAYSIA ADALAH SAUDARA MNLF, JAUH SEKALI MUSUH!-

Suara Misuari (kiri) tidak mewakili MNLF, kata Muslimin (kanan)
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk sekeras-kerasnya apa jua bentuk keganasan yang dilakukan kumpulan pengganas-penganas Sulu yang menceroboh di Lahad Datu dan Semporna di Sabah.

Pengerusi MNLF Muslimin Sema menegaskan, MNLF menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara kami, maka itu kami tidak akan sekali-kali menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas).  

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi Jawatankuasa Pusat MNLF pada 2008 hingga kini berkata MNLF menolaknya kerana kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. 

Beliau yang ditemubual secara ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila semalam urut meluahkan rasa kecewanya apabila diminta mengulas tentang kenyataan Nur Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu.

"Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF dan saya amat kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu," tabahnya lagi.

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya. 

"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam t

Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 

Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Ops Daulat" itu berterusan hingga kini. 

MNLF tidak menyokong tindakan pengganas penceroboh ini!
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas. 

Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan. 

"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya. 

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu. 

"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman. 

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List