Tuesday 22 March 2016

PRN11 Sarawak: Fitnah Terhadap Ketua Pemuda PBB Dikitar Semula


Sejak kebelakangan ini, poster fitnah lama yang kononnya Ketua Pemuda PBB Datuk Sri Haji Fadillah Yusuf menggalakkan UMNO masuk ke Sarawak ini berlegar-legar kembali di ruang media sosial, khususnya di Facebook.

Umum tahu, Sarawak kini di ambang pilihanraya maka mulalah dajal-dajal media sosial mencari modal propaganda murahan sebegini untuk mencetuskan sesuatu isu.

Walhal perkara ini telah lama diperjelaskan oleh bukan saja Fadillah tetapi YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang UMNO tidak akan sesekali masuk ke Sarawak.



Hentikan Fitnah UMNO Akan Masuk Ke Sarawak

Saturday, 15 August 2015

MIRI: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak.

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List