Monday 21 March 2016

PRN11 Sarawak: Jentera Pilihan Raya Pastikan BN Tanjung Datu Raih Majoriti Lebih Besar


LUNDU: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi kawasan N.3 Tanjong Datu akan memastikan matlamat utama untuk kemenangan dengan majoriti jauh lebih tinggi tercapai pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Bagi mencapai matlamat itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melantik Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai pengarah operasi jentera pilihan raya BN bagi kawasan ditandingi Ketua Menteri itu nanti.

“Tugas ini amat besar kepada saya kerana matlamat utama kita adalah memastikan calon Tanjong Datu iaitu Ketua Menteri mendapat kemenangan dengan majoriti lebih tinggi daripada apa yang pernah dimenangi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Namun saya yakin kita mampu mencapai matlamat ini dengan adanya kerjasama padu daripada semua jentera pilihan raya BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Tanjong Datu ini,” ujarnya.

Wan Junaidi juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PBB N.3 Tanjong Datu PRN11 di Dewan Masyarakat Lundu di sini semalam.

Bagi memastikan kemenangan calon mereka (Adenan), beliau bersama jentera pilihan raya BN dan PBB N.3 Tanjong Datu yang lain akan mengatur pergerakan yang terbaik mungkin.

“Dulu ADUN kita adalah Menteri di Pejabat Ketua Menteri tetapi sekarang beliau adalah Ketua Menteri kita dan sebagai Ketua Menteri kita berkehendak pencapaian cemerlang di kawasan ini.

“Apatah lagi semua tahu mengetahui perjuangan beliau mempertahankan kepentingan negeri Sarawak khususnya perbincangan dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Jelasnya, kemenangan itu kelak penting sebagai landasan kukuh untuk Ketua Menteri berbincang dengan Kerajaan Pusat.

Katanya, Tg Datu mempunyai 32 ranting PBB dengan 9,700 lebih pengundi.

Ketika ditemui semalam, Wan Junaidi turut menggesa parti komponen BN lain, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bekerjasama dengan PBB.

Kerjasama turut dituntut daripada parti mesra BN yang lain iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) demi kemenangan Ketua Menteri. - Utusan Borneo

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List