Friday 17 April 2015

DAP Sarawak Cuba Main Isu Kaum


Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa kaedah pemberian projek Lebuh Raya Pan Borneo hanya menumpukan satu kumpulan kaum sahaja disifatkan sebagai "merbahaya dan bersifat keji". 

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Haji Saidol sambil menambah, kenyataan Chong menyentuh isu yang boleh membangkit sentimen buruksangka dan curiga antara kaum di negeri kita yang berbilang bangsa.

"Chong dengan cuai menuduh bahawa adalah tidak adil untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo hanya dikuasai satu kaum sahaja."

"Apakah dia berani bertaruh bahawa tidak akan ada sebuah syarikat milik Cina akan terlibat dgn Projek tersebut?," persoal Abdullah, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Ketua Menteri.

"Apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memberi bantuan kewangan sebanyak RM3 juta untuk tahun lepas dan RM4 juta untuk tahun ini selain dari bantuan dari Kerajaan Pusat kepad sekolah Cina, tidak ada pun orang politik dari kalangan Bumiputera menjerit mengatakan itu tidak adil."

"Keputusan pilihanraya negeri dan umum yang lepas jelas menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Cina menyokong DAP tetapi kerajaan masih memberi pertimbangan kepada beberapa permintaan mereka malah Ketua Menteri sering menasihati kita supaya berhenti melebel kaum Cina sebagai "Kaum Pendatang"."

Abdullah juga menyifatkan kenyataan keji Chong jelas menunjukkan betapa terdesaknya DAP dalam usaha untuk meraih sokongan dr masyarakat Bumiputera.

"Chong terus menunjukkan sikap hipokriknya dengan membangkit isu seperti definisi Dayak dan pengurusan Baitulmal," katanya sambil menambah, hanya orang yang tidak waras sahaja akan percaya kepada kejujuran dan keiklasan Chong yang cuba menunjukkan bahawa beliau mengambil berat tentang kebajikan kaum Bumiputera. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List