LICIK TAPI BERKESAN .. Rantai manik yang mempunyai lambang DAP yang dibuat oleh penduduk yang menyertai program Bengkel Usahawan Manik kemudiannya di beli dengan harga RM15 satu. - Sarawakiana |
Begitu teliti perancangan DAP Sarawak untuk menpengaruhi dan menembusi kawasan Bumiputera, khususnya di Opar dan di Lundu dalam persiapan mereka bagi menghadapi
Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan bila-bila masa yang terdekat ini.
Terkini, DAP Sarawak sudah melebarkan sayapnya ke DUN Opar dengan mengadakan program Bengkel Usahawan Manik di Kampung Stenggang dan Kampung Tembawang, Bau.
Kedua-dua kampung ini majoritinya adalah kaum Bidayuh dan bengkel tersebut mula beroprasi pada sekitar bulan Disember tahun 2014.
Menurut makluman dari penduduk setempat, hasil rantai manik dengan lambang DAP yang dibuat oleh penduduk kampung-kampung tersebut akan dibeli oleh seorang ahli DAP dari Kuching dengan harga RM15 satu.
Beberapa orang pengusaha barangan manik tersebut menyatakan, walaupun berkeberatan untuk menyatakan sokongan kepada DAP namun usaha pihak DAP membawa perubahan kepada masyarakat setempat ada memberikan kesan seperti bengkel manik yang dianjurkan telah berjaya memberikan peluang kepada golongan wanita menjana pendapatan sampingan.
Manakala di Lundu pula (kawasan DUN Tanjung Dato), DAP telah turut mengadakan projek Impian Sarawak English Camp di Kampung Jantan untuk anak-anak penduduk yang belajar di peringkat sekolah rendah di kawasan tersebut.
Dan difahamkan, program English Camp yag diperkenalkan oleh pihak DAP mendapat sambutan baik di kalangan ibu-bapa kerana pendidikan tambahan yang diberikan itu adalah secara percuma.
Persoalannya kini, apa yang perancangan Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi mengatasi cubaan DAP untuk mempengaruhi penduduk/pengundi di kedua kawasan tersebut dengan menggunakan ekonomi dan pendidikan sebagai umpan mereka? (Baca sepenuhnya) -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®