Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid tidak menolak kemungkinan PAS akan melaksanakan hudud di Sarawak jika berkuasa di negeri ini. (Baca sepenuhnya)
"Setakat ini, kalau kita nak bercakap tentang hudud pun kita merasa malu lagi kerana kita belum menang (apa-apa kerusi) lagi."
"Sebagai orang Islam di Sarawak, kami menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan saja.. impossible (mustahil) lah (nak laksanakan hudud di Sarawak) kerana saya (PAS) belum menang lagi," kata Adam.
Apabila ditanya pemberita adakah PAS akan melaksanakan hudud di Sarawak sekiranya berkuasa di negeri ini, Adam hanya mampu berkata, "itu kita akan bincang lagi."
"Hukum hudud ini sudah termaktub didalam Al-Quran sebelum kita lagi .. itu hukum Allah dan kita tidak boleh tolak."
"Saya belum menang lagi .. menang sepuluh DUN pun belum boleh bawa (hudud ke Sarawak) .. sebagai seorang Islam, saya nak jaga akidah saya .. nak kata saya tak bawa hudu pula nanti saya yang salah (di sisi Islam)," katanya lagi.
Adam berkata demikian dalam satu sidang media di DUN Sarawak selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di pejabatnya di DUN Sarawak hari ini. (Baca sepenuhnya) -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®