Friday, 28 February 2014

GAMBAR: SAMBUTAN KETIBAAN TYT BARU SARAWAK

-BEKAS KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD TELAH DILANTIK SEBAGAI TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SARAWAK YANG BARU!-




Laksana seorang pewira, ketibaan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak di sambut oleh ratusan rakyat Sarawak yang menanti dengan setianya di lapangan Hornbill di Kuching, Sarawak sebentar tadi.

Kira-kira 800 hadirin menanti ketibaan Taib. Antara yang hadir adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, keluarga Taib dan menteri-menteri kabinet Sarawak seta orang-orang.

Siang tadi, Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyerahkan Watikah Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Taib di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Secara ringkas, Taib menggunakan lebih dari separuh usia beliau berkecimpung dalam politik Malaysia serta memberi khidmat bakti kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khasnya.

Taib telah menganggotai kabinet pertama Sarawak pada tahun 1963 dengan memegang portfolio Menteri Tanah dan Galian Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Pada sekitar tahun 1969, beliau disenaraikan ke dalam kabinet Persekutuan Malaysia oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj.

Selepas Tunku Abdul Rahman bersara dari jawatan Perdana Menteri, Taib kekal tersenarai di dalam kabinet persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak Hussein sebagai Menteri Penerangan Malaysia awal tahun 1970an. 

Selepas berlaku peralihan kuasa dari Tun Abdul Razak yang meninggal dunia dalam tahun 1976, pentadbiran negara kemudiannya diambilalih oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri ketiga di mana Taib dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sehingga awal tahun 1981.

Dalam tahun 1981, Taib telah dipanggil kembali ke Sarawak oleh ayah saudara beliau Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub bagi menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak berikutan Tun Rahman baru saja dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4.

Memulakan tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat dalam tahun 1981, Taib telah memperkenalkan Dasar Politik Pembangunan di dalam pentadbirannya dengan matlamat untuk membawa rakyat serta negeri Sarawak keluar dari budaya kerja lama kepada cara bekerja yang lebih moden dan mencabar.

Di samping mengubah wajah negeri Sarawak yang sebelumnya agak suram dari segi kegiatan ekonominya kepada sebuah negeri membangun yang bersedia menggunakan segala sumber untuk menukar status Sarawak dari sebuah negeri pertanian kepada sebuah negeri perindustrian iaitu selari visi kerajaan pusat yang menyasarkan tahun 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Selama 51 tahun mengharungi suka duka kehidupan sebagai seorang pemimpin rakyat Sarawak khususnya, Taib yang kekal bertahan sehingga kini nyata dan terbukti telah mengubah wajah Sarawak dari sebuah negeri yang mundur satu ketika dulu menjadi sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini. 

Biarpun tidak semua kawasan penduduk mampu dibangunkan, tetapi sekurang-kurang usaha kerajaan di bawah kepimpinan Taib telah menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai dalam mewujudkan peluang kerja, mewujudkan penempatan baru bagi rakyat apabila semakin banyak rangkaian jalanraya dibina.

-UnReportedNews™®

TAIB TERIMA WATIKAH SEBAGAI TYT SARAWAK BARU DARI YDP AGONG

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!-


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini.

Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem.

Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat perkhidmatan hari ini.

Semalam, Taib diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas tetapi penuh bermakna di bangunan pentadbiran negeri Sarawak dengan dihadiri kira-kira 300 kakitangan kerajaan yang bertugas bersama-sama beliau.

Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'akub.

Anak pertama daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei 1936 hasil perkongsian hidup antara Mahmud Abang Yahya dan isterinya Hamidah Ya'kub.

Taib memulakan kerjayanya sebagai hakim bersekutu kepada Hakim Herbert Mayo dari Australia Selatan selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1961.

Beliau kembali bertugas di Sarawak dengan berkhidmat sebagai peguam negara Sarawak selama setahun pada 1961.

Taib menyertai dunia politik selepas menganggotai Majlis Perundangan Sarawak pada 1963 hingga 1966 dan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri serta Menteri Pembangunan dan Perhutanan Sarawak (1966-1967).

Kerjaya politik Taib di peringkat persekutuan bermula selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Samarahan. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

ADENAN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KE-5

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! MOGA SARAWAK AKAN TERUS MELANGKAH MAJU & MAKMUR DIBAWAH PIMPINAN BELIAU!-

Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada Jumaat.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu selama 33 tahun, menjadikannya sebagai ketua menteri paling lama di negeri itu.

Adenan menerima watikah perlantikan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana pada pukul 9.40 pagi.

Adenan merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak yang pernah memegang beberapa portfolio di Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam tempoh dua dekad.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Jamilah Anu dan dikurniakan seramai lima anak. -mStar

-UnReportedNews™®

AWAS, WANG PALSU RM100 DI SARAWAK

-ORANG RAMAI KHUSUSNYA PENIAGA DIMINTA BERHATI-HATI & MEMERIKSA SEMUA NOTE RM100 DALAM SEGALA URUSAN NIAGA SEHARIAN MEREKA UNTUK MENGELAK DARI DITIPU!-  


Polis telah merampas sejumlah wang palsu RM100 dari dua orang suspek lelaki tempatan dalam satu operasi yang dijalankan awal pagi ini.

Penangkapan dibuat dalam operasi "Ops Lejang" yang lebih kurang jam 1 pagi tadi di Pasar Simpang Gedong, Serian, Sarawak oleh sepasukan polis yang membuat membuat rondaan cegah jenayah.

Setelah memeriksa kedua orang suspek yang berusia 30 dan 46 tahun tersebut, polis menemui 14 keping note RM100 yang dipercayai wang palsu.

Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih juga turut di rampas dan kedua suspek kini ditahan untuk siasatan dan dijangka akan dibawa ke mahkamah dalam masa yang terdekat untuk mendapat perintah tahanan reman.

UnReportedNews™® difaham bahawa suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk disyaki terlibat dalam satu rompakan yang melibatkan sebuah kenderaan yang dimiliki oleh seorang kenamaan di Sarawak Baru-baru ini.

-UnReportedNews™®

Thursday, 27 February 2014

GAMBAR: HARI TERAKHIR TAIB SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK

-KETUA MENTERI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD MELUANGKAN HAMPIR SETENGAH JAM BERSALAMAN & BERBUAL MESRA DENGAN WARGA-WARGA WISMA BAPA MALAYSIA!-







Biarpun cuaca indah dengan matahari bersinar di Bandaraya Kuching tengahari tadi namun suasana kesedihan dan muram seolah-olah menyelubungi warga Wisma Bapa Malaysia bagaikan mengetahui ianya adalah hari terakhir Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertugas secara rasmi di pejabatnya.

Beratus-ratus kakitangan dan pekerja Wisma Bapa Malaysia, ada yang membawa pelbagai sepanduk penuh dengan ucapan terimakasih beratur di tepi bangunan itu menanti kehadiran.

Ramai daripada mereka, terutamanya golongan wanita bagaikan tidak dapat menahan titisan air mata mereka sebaik sahaja Taib menghampiri dan berjabat tangan dengan mereka buat kali yang terakhir sebagai seorang Ketua Menteri Sarawak.

Taib diiringi oleh isterinya Puan Sri Raghad Kurdi-Taib,  Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Penasihat Ketua Menteri dan pengganti Taib, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem dan lain-lain orang kenamaan.

Taib meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bersalaman dengan kakitangan Wisma Bapa Malaysia diikuti dengan sesi fotografi dengan ketua-ketua pelbagai jabatan kerajaan sebelum meninggalkan kawasan bangunan tersebut kira-kira jam 2:15 petang.

Taib , 77, yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 12 Februari telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, jawatan yang beliau sandarkan selama lebih dari tiga dekad sejak 1981, berkuatkuasa esok (28 Februari).

Taib juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian yang dimenanginya sejak Negeri Pilihan Raya 2011 kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Taib dijangka menjadi baru Ketua Negara untuk menggantikan Datuk Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin Patinggi bersara esok (28 Februari).

-UnReportedNews™®

ANAK TAIB NAFI AKAN BERTANDING DI PRK DUN BALINGIAN

-DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB MENEGASKAN WALAUPUN BELIAU SEDIA BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN PENDUDUK SARAWAK NAMUN BUAT MASA INI TUMPUANNYA DIFOKUSKAN KEPADA DUNIA KORPORAT!-

Anak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib menafikan beliau adalah calon untuk Balingian apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kelak.

Beliau berkata, masih terlalu awal bagi dirinya untuk berkecimpung dalam dunia politik ekoran tanggungjawabnya dalam sektor korporat.

“Saya mengutamakan kepentingan penduduk Sarawak namun jika saya dipanggil untuk berkhidmat, saya akan melakukan yang terbaik tetapi sekarang saya amat sibuk dalam sektor korporat.

“Saya bersedia berkhidmat… cuma saya rasa saya belum diperlukan dalam masa terdekat ini,” jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Penyerahan Kontrak antara Sarawak Energy Berhad dengan usaha sama Sinohydro Corporation Sdn Bhd-Trenergy Infrastructure Sdn Bhd di Menara SEB The Isthmus di sini, semalam.

Bekir yang juga pengerusi Trenergy Infrastructure Sdn Bhd berkata demikian ketika ditanya jika beliau berminat untuk bertanding di kerusi Balingian apabila ia dikosongkan oleh bapanya kelak.

PRK di Balingian dijangka boleh diadakan bila-bila masa apabila Taib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian semalam yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri pada 2001.

Taib dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini.

Taib, 77, presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 12 Februari lalu mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri yang disandangnya lebih tiga dekad sejak 1981, berkuat kuasa 28 Februari ini.

Taib dijangka akan menjadi Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang akan bersara pada 28 Februari ini. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 February 2014

150 STESEN MINYAK BURAQOIL AKAN DIBUKA DI SARAWAK

-IANYA ADALAH SATU LAGI INISIATIF YANG DI AMBIL OLEH KERAJAAN SARAWAK BAGI MENSEJAHTERAKAN LAGI KEHIDUPAN MASYARAKAT LUAR BANDAR-

Sebanyak 150 stesen minyak mini yang dikenali sebagai ‘Buraqoil’ dijangka dibuka di kawasan luar bandar seluruh negeri dalam tempoh tahun ini dan tahun depan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais berkata, langkah itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi mensejahterakan lagi kehidupan masyarakat luar bandar.

“Kita telah mengenal pasti 150 kawasan luar bandar iaitu dari Lundu hingga ke Lawas untuk menempatkan stesen ‘Buraqoil’ dan ia merupakan kawasan-kawasan yang tidak dimasuki oleh stesen minyak Petronas atau Shell.

“Stesen minyak ini juga adalah berkonsepkan mobil dan berskala kecil tetapi syaratnya haruslah di tanah sendiri,” ujarnya pada sidang media pada Majlis Perjumpaan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Bersama Usahawan Bumiputera Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi PUNB Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Bagaimanapun, Naroden ber-kata, mekanisme pelaksanaan stesen minyak luar bandar itu masih dalam proses kemas kini.

Namun demikian, beliau menjelaskan, pembukaannya kelak akan turut membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Bumiputera di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

“Sesiapa yang berminat untuk mengoperasikan stesen minyak ini boleh mendapatkan pinjaman kewangan daripada PUNB atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Nilai pinjaman juga adalah bergantung kepada saiz stesen iaitu dari RM150,000 sehingga RM300,000,” jelasnya.

‘Buraqoil’ ialah jenama stesen minyak mini luar bandar yang diperkenalkan oleh IPTB Sdn Bhd.

Syarikat itu diberikan mandat oleh KPDNKK untuk membekal-kan petrol dan diesel bersubsidi kepada stesen minyak luar bandar. (sumber

-UnReportedNews™®

TAIB LETAK JAWATAN ADUN BALINGIAN PADA HARI JUMAAT

-PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD DILAPORKAN AKAN MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI TYT SARAWAK YANG KE-7 PADA SABTU INI SELEPAS MENERIMA WATIKAH PERLANTIKAN DARIPADA YDP AGONG. HIDUP TAIB!!!-


Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian pada Jumaat (28 Februari) serentak dengan pelepasan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Beliau membuat pengumuman ini di Mukah, Sarawak, Rabu.

Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah juga pada Jumaat.

-UnReportedNews™®

BOMOH INDON TUA ROGOL & CABUL EMPAT GADIS SUNTI SARAWAK

-BOMOH ITU DIKATAKAN TELAH MENGUGUT WAJAH MANGSA AKAN BERUBAH "MENJADI HITAM" JIKA MENCERITAKAN KEJADIAN TERSEBUT KEPADA SESIAPA! HEBAT BETUL ORANG TUA BANGKA NI KAN? BUKAN ILMUNYA YANG HEBAT TAPI NAFSUNYA YANG HEBAT! KEKEKE!!!-

Seorang gadis berusia 14-tahun dari Lundu, Sarawak mengadu telah dirogol oleh seorang bomoh sewaktu satu sessi "mandi-perubatan" di dalam bilik mandi rumahnya pada minggu lepas.

Difahamkan, bomoh yang berusia 64-tahun tersebut yang mendakwa mampu mengubati segala penyakit kronik termasuk kanser telah menginap di rumah mangsa kerana ingin mengubati penyakit yang dialami oleh ibu mangsa.

Suspek kemudiannya memperdayakan ibu mangsa dengan menyatakan mangsa sebenarnya mengelami "gangguan" dan perlu di beri rawatan secara "mandi-perubatan" untuk menghalau gangguan tersebut.

Percaya dengan kata-kata bomoh itu, ibu mangsa mengizinkan anaknya "dirawat" oleh bomoh tersebut di dalam bilik mandi rumah mereka.

Difahamkan, suspek sebaliknya meraba buah dada dan kemaluan mangsa yang hanya berkembankan sehelai kain batik namun gagal merogol mangsa setelah ditolak oleh mangsa.

Suspek dikatakan telah memberi amaran sekiranya mangsa memberitahu peristiwa itu kepada sesiapa, wajahnya akan menjadi "hodoh dan hitam".

Mungkin kerana tidak tahan mengawal nafsu, suspek tersebut menggerakkan mangsa dari tidur pada awal pagi seterusnya untuk mengadakan satu lagi sesi "mandi-perubatan" dan pada cubaan kali kedua berkenaanlah, suspek berjaya merogol mangsa.

Beberapa hari kemudian, ibu mangsa menyedari kemurungan anak gadisnya dan setelah didesak, mangsa menceritakan kejadian tersebut yang kemudiannya menjurus mereka membuat laporan polis.

Seperti dapat menghidu perbuatannya sudah diketahui, bomoh tersebut "menghilang diri" namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Pada Sabtu lepas, bomoh tua bangka itu di pukul oleh sekumpulan penduduk di Bako, Kuching kerana "kantoi" ketika mengadakan sessi "mandi-perubatan" ke atas seorang gadis.

Difahamkan, tiga gadis berusia 14, 15 dan 16-tahun dari kampung tersebut telah "dirawat"nya setakat hari itu dan suspek kini berada dalam tahanan polis yang sedang menyiasat kes ini.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 25 February 2014

TAHNIAH "IN-ADVANCE" BUAT TAIB YANG AKAN DILANTIK SEBAGAI TYT SARAWAK

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! RAKYAT SARAWAK KHUSUSNYA MEREKA YANG MENGHARGAI SEGALA PEMBANGUNAN, KESEJAHTERAAN & KEMAKMURAN NEGERI INI SERTA PENGORBANAN KETUA MENTERI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD KEPADA SARAWAK SELAMA INI MENYOKONG PERLANTIKAN BELIAU MENJADI TYT BARU! SEKALUNG TERIMAKASIH BUAT YANG DIPERTUA NEGERI KETIKA INI TUN ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN!-

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menerima watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh, Jumaat ini.

Bernama difahamkan istiadat penyerahan watikah pelantikan itu akan diadakan di Istana Negara di ibu negara kira-kira jam 3 petang.

Taib, yang akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 28 Februari ini, kemudiannya dijadual pulang ke Kuching pada hari yang sama.

Menurut kenyataan Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Ketua Menteri yang dihantar ke Bernama di sini semalam, acara sambutan TYT baharu akan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, jam 8 malam.

Keesokannya, istiadat mengangkat sumpah TYT baharu dijadual diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya.

Bernama juga difahamkan, majlis istiadat mengangkat sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu oleh Tan Sri Adenan Satem akan turut diadakan pada 28 Februari di hadapan Yang di-Pertua Negeri ketika ini, Tun Abang Muhammad Salahuddin kira-kira jam 9 pagi di Astana Negeri, di sini. -Bernama

-UnReportedNews™®

Monday, 24 February 2014

HADI AWANG "MELAWOK" DI SARAWAK

-HADI & CALON PAS BAGI DUN BETING MARO PADA PRN YANG AKAN DATANG IAITU AHMAD KERDEE PERLU CERMINKAN DIRI PAS DAN PENCAPAIAN PAS DI KELANTAN SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN YANG HANYA AKAN MENDATANGKAN "KEMALUAN BESAR" KEPADA MEREKA SENDIRI! KEKEKE!!!-

Ketua Wanita PKR Sarawak Norhanim Mokhsen dan ADUN Sarawak bagi kawasan N11 Batu Lintang See Chee How (PKR) di temui di sebuah kedai kopi di Petra Jaya sebentar tadi. "Celebrate" pencalonan Kerdee ker? Kekeke!!!
Kenyataan Presiden PAS Haji Hadi Awang yang beliau terasa terkilan melihat keadaan negeri Sarawak yang jauh ketinggalan bagaikan "meludah ke langit" kerana jika berbanding dengan pembangunan yang ada di Kelantan di bawah pemerintahan PAS, ianya sebenarnya adalah jauh lebih daif berbanding Sarawak.

UnReportedNews™®, tiada niat menghina Kelantan dengan kenyataan ini kerana admin pernah duduk di Kelantan selama dua tahun dan melihat dengan mata kepala sendiri melihat keadaan di sana yang begitu "dibangga-banggakan" oleh Hadi.

"Kesedihan Hadi" yang diluahkan kepada hampir 100 orang penduduk yang menhadiri satu majlis "santai" di daerah Pusa kelmarion yang kononnya Sarawak yang sudah 60 tahun Sarawak merdeka tapi tidak ada kemajuan dan perubahan sepatutnya dan selayaknya diluahkan kepada rakyat Kelantan sendiri yang bagaikan dikhianati oleh PAS sepanjang pemerintahan mereka di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Mana taknya, biarpun Sarawak mempunyai keluasan 124,000 km², hampir 90 peratus negeri ini telah mempunyai jalanraya menghubing semua bandar-bandar dan kampung berbanding dengan Kelantan yang mempunyai keluasan seluas 15,099 km² sahaja!

"Hiburan lawak" Hadi bagaikan disinambungankan oleh calon PAS untuk DUN N.24 Beting Maro pada Pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang iaitu AJK Pemuda PAS pusat Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang turut menyatakan "pemimpin Sarawak sepatutnya mencontohi kemajuan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS".

Apakah kedua "pelawok" dari PAS ini terlalu naif atau buta dengan kejayaan Barisan Nasional Sarawak yang mentakbirkan Sarawak yang seluas hampir dua pertiga dari Semenanjung Malaysia dengan jayanya selama ini?

Yang jelas kini hanyalah kegagalan PAS untuk membangunkan negeri yang luasnya adalah 1/9 dari keluasan negeri Sarawak biarpun berdekad-dekad memerintah negari tersebut dan yang mangsa adalah rakyat jelata Kelantan sendiri dek politikus-politikus yang tidak mampu membawa sebarang pembangunan yang siknifikan kepada negeri itu.

Hadi dan Ahmad Kerdee janganlah cuba nak "membuat lawak" dengan masyarakat Pusa dan Sarawak kerana mereka sudah peka dengan mainan politik PAS dan PAS sebenarnya "boleh bungkus" dari Sarawak.

-UnReportedNews™®

Sunday, 23 February 2014

GAMBAR: GADIS PUTUS TANGAN DALAM KEMALANGAN

-TANGAN MANGSA DITEMUI LEKAT PADA PEMBAHAGI JALAN & DIFAHAMKAN PIHAK HOSPITAL SEDANG BERUSAHA MENYAMBUNG KEMBALI TANGAN MANGSA TERSEBUT!-






Seorang gadis berusia 18-tahun telah putus tangan kanannya dalam satu kemalangan ngeri di Bandaraya Kuching siang tadi.

Difahamkan kemalangan berlaku lebih kurang 12.15pm di Flyover Simpang Tiga, dari arah Jln Tun Jugah menuju ke Pusat Bandaraya yang melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat rodayang dipercayai hilang kawalannya.

Kenderaan tersebut dinaiki oleh empat orang penumpang termasuk pemandunya.

Mangsa yang menumpang dibahagian belakang hilux tersebut cedera parah apabila tangan kanannya putus pada sebelah lengan sementara yang lain hanya cedera ringan.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan di percayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang disyaki gagal mengawal kenderaannya hingga trbabas melanggar besi pembahagi masuk ke laluan bertentangan dan terbalik ketika melalui selekoh.

Tangan mangsa ditemui lekat pada pembahagi jalan dan difahamkan juga pihak hospital sedang berusaha menyambung kembali tangan mangsa tersebut.

-UnReportedNews™®

SPDP SEDIA BERDAMAI DENGAN G5

-ELOKLAH SPDP BERDAMAI TU, PRN DALAM TEMPOH DUA TAHUN LAGI & BARISAN NASIONAL SARAWAK HARUS BERSATU-PADU UNTUK MEMASTIKAN KEMENANGAN YANG MEYAKINKAN DALAM PRN TERSEBUT!-

Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sedia membuka pintu kepada anggota Kumpulan Berlima (G5) untuk kembali semula kepada parti demi kepentingan Barisan Nasional (BN).

Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom malah berkata apa jua penyelesaian sama ada menerusi perdamaian atau sebaliknya ia tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan peribadi dan perlu dilakukan atas semangat BN.

“Saya akui kami akan berdamai malah usaha telah pun kami lakukan dengan mengambil kira nasihat daripada pemimpin BN iaitu Perdana Menteri dan Ketua Menteri sedia ada termasuk bakal Ketua Menteri kita.

“Saya percaya setiap penyelesaian harus dilakukan atas semangat BN kerana apa sahaja yang berlaku dalam parti komponen akan memberi kesan kepada BN secara keseluruhannya,” katanya.

Mawan berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Pingat Peringatan 100 Tahun Berpengakap di Sarawak di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang di sini semalam.

Tambah Mawan, apabila Perdana Menteri dan Ketua Menteri menggesa parti untuk bersatu dan berdamai, SPDP katanya telah melakukan semampu yang mungkin untuk mencapai hasrat tersebut.

Tetapi katanya, seperti yang sering dinyatakan, usaha perdamaian ini hanya akan berjaya dengan adanya persefahaman dan kerjasama daripada semua ahli parti dan parti komponen.

“Setelah kita bersatu kembali baharulah kita akan mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat terhadap parti.

“SPDP bukan sahaja berhadapan masalah dengan bekasbekas ahli SPDP yang telah membentuk G5 malah turut mendapat tentangan daripada ahli-ahli biasa terutama di kawasan Saratok.

“Tetapi apa jua masalah, pintu SPDP tetap terbuka untuk mereka dan parti sedia menerima semula mereka atas semangat BN,” kata Mawan yang juga Menteri Kanan dan Menteri Pembangunan Sosial.

Ditanya sama ada SPDP akan membawa kembali G5 dalam parti, Mawan berkata ia boleh berlaku kerana di bawah perlembagaan parti mereka masih boleh memohon untuk menyertai semula parti.

“Sebab itu kita ada perlembagaan dan undang-undang parti.

“Mereka yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan tetapi pada masa yang sama mereka boleh memohon untuk menyertai semula parti,” ujarnya.

Dalam pada itu G5 terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie, ADUN Bekenu Rosey Yunus, ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Datuk Dr Tiki Lafe. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 21 February 2014

PKR SARAWAK "MERINSAK" (TERDESAK TAHAP GABAN!)

-TINDAKAN "THREE STOOGES" PKR SARAWAK YANG MEMPERSEMBAHKAN SURAT BANTAHAN KEPADA DYMM SPB YDP AGONG TERHADAP CADANGAN PERLANTIKAN PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD SEBAGAI TYT SARAWAK DILIHAT SEBAGAI TINDAKAN YANG "MERINSAK"! KEKEKE!!!-

MENGARUT & MEROYAN. Itulah sikap mereka dalam PR. Baru-baru ini sikap ini ditunjuk oleh PKR SARAWAK. Wakil-wakil mereka mempersembahkan surat bantahan kepada DYMM SPB YDP AGONG terhadap cadangan perlantikan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai TYT YD Pertua Negeri Sarawak atas alasan kononnya siasatan SPRM masih dijalankan terhadap beliau.

TINDAKAN PKR SARAWAK ini hanya menampakkan kejahilan serta "double standard" dan seterusnya sikap ketidakadilan mereka sendiri.Kalau itu sikap mereka, kenapa tak tuduh DS ANWAR IBRAHIM yang masih dalam perbicaraan LIWAT II dan juga kena siasatan pelbagai kes yang belum selesai misalnya kes CHINA DOLL & LAPORAN POLIS PALSU OMEGA, PERHIMPUNAN-PERHIMPUNAN HARAM BLACKOUT dll, SKANDAL AKAUN MASTER BANK DAKWAAN DATUK MURAD BEKAS P/ GOV BANK NEGARA? 

Malaysia seperti juga negara2 bertamadun lain seperti USA UK AUSTRALIA SINGAPURA INDIA CANADA NZ PERANCIS & lain-lainmengamalkan sistem perundangan yang menetapkan seseorang itu tidak bersalah melainkan telah terbukti dia bersalah menerusi penghakiman Mahkamah, "A man is presumed innocent until he is proven guilty". Ini adalah asas undang-undang jenayah seluruh unia bertamadun yang beteraskan "NATURAL JUSTICE".

Mereka bertiga mendakwa bertindak di atas "desakan akar umbi" namun ianya dinafikan oleh admin akaun Facebook Parti Keadilan Rakyat!
APAKAH peguam-peguam mereka seperti Karpal, LKS,dan mereka dalam PR tak memberi ceramah undang-undang terhadap ketiga-tiga penghantar surat dari PKR Sarawak itu? Kalaulah mereka memerintah dan mereka juga yang buat aduan-aduan terhadap sesiapa dan walaupun palsu aduan itu,sesiapa kena adu itu harus letak jawatan atau tak akan dapat apa-apa kerja sebab kononnya masih "dalam siasatan"? 

Banyak cantik! Undang-undang apa ni, undang-undang yang dibelajar dari sekolah mana ni? "Siasatan" terhadap Pehin Sri adalah berkisar dari aduan-aduan pihak PR dan blog-blog palsu yang tiada intergriti seperti SARAWAK REPORT dll iaitu musuh2 politik yang nyata dari 'DAY- ONE' dan memang nak menjatuhkan mana-mana pemimpin BARISAN NASIONAL. 

Rakyat bukan tidak tahu iaitu PR khususya PKR bukan saja "doube standard " dan tetapi MENGARUT DAN MEROYAN TAK TENTU PASAL. -Dato' Idris Buang

-UnReportedNews™®

Thursday, 20 February 2014

PENGERUSI BAHAGIAN DAP MATI DITEMBAK

-PENGERUSI DAP KAMPUNG JERING WONG KONG TING MATI DITEMBAK DI HADAPAN PINTU PAGAR RUMAHNYA SEMALAM!-


Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di Manjung, Perak.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa,Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya. 

Ahli keluarga mangsa telah membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak. Terdapat 4 kesan tembakan pada tubuh mangsa. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 19 February 2014

PEMUDA PBB KECAM BANTAHAN TERHADAP TAIB JADI TYT SARAWAK

-KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)-

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sesawang change.org sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak.

Tindakan laman sesawang berkenaan yang mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak selepas melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari ini, bertentangan dengan kehendak dan hasrat suara majoriti rakyat Sarawak sendiri, yang mahukan perlantikan berkenaan, sebagai tanda penghormatan kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib, yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang menggunakan laman sesawang change.org  untuk membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik.

Pehin Sri Haji Abdul Taib mempunyai rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) setakat ini. SCORE juga diyakini akan meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Justeru Pemuda PBB menganggap pihak berkepentingan yang cuba memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran yang dinikmati rakyat Sarawak dan keharmonian  kaum di Sarawak, sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara bagi memburuk-burukkan kepimpinan cemerlang Ketua Menteri Sarawak dan bagi mencapai cita-cita politik mereka.

Pemuda PBB yakin rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan siapa patut menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa patut menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Pemuda PBB menjunjung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara, dan akur siapa sahaja yang bakal dilantik oleh Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong ke jawatan berkenaan. Lantikan jawatan itu adalah hak dan atas kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pemuda PBB,
YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof
19 Februari 2014

-UnReportedNews™®

SUKAN: "L**CAU" HANYA SALAH FAHAM?

-YE KER NI? PEMAIN SARAWAK JOSEPH KALANG ADALAH SEORANG  PEMAIN YANG BERDISIPLIN & BERINTEGRITI, BUKANNYA UnReportedNews™® NAK MENGERUHKAN KEADAAN TAPI HARAPAN RAKYAT SARAWAK AGAR FAM BERLAKU ADIL & MENYIASAT PERKARA INI KE AKAR UMBI! JANGANLAH TERLALU MENG"ANAKTIRI"KAN SARAWAK FC!!!-

Kes pengadil Sukri Abdul Rahman mengeluarkan kata lucah kepada pemain Sarawak Joseph Kalang Tie tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanyalah salah faham.

Menurut sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), siasatan awal badan induk itu mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Sukri yang mengadili perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Perak Sabtu lalu tidaklah seperti didakwa pemain tengah itu.

“Selepas perlawanan, Joseph menemui Shukri dan bertanya kenapa pengadil teruk malam ini? (Sabtu lalu), dan Shukri sekadar memberitahu ‘pemain-pemain selalu KACAU’ dan bukannya ‘L****U’ seperti yang didakwa. Bagi FAM ini hanyalah insiden salah faham,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Kancah bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan laporan mengenai dakwaan pemain Joseph terhadap Shukri yang dikatakan menyebut perkataan Hokkien ‘L****U Lu’ kepadanya sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM Datuk Astaman Abd Aziz mengesahkan pihaknya masih belum menerima aduan rasmi berhubung kes itu daripada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sehingga jam 3.00 petang semalam.

“Sehingga kini (semalam) kami belum mendapat sebarang aduan rasmi daripada pasukan Sarawak dan dakwaan itu hanyalah disiarkan dalam laporan akhbar saja, kami tidak boleh ambil tindakan berdasarkan laporan itu. Tapi sekiranya kami menerima aduan rasmi selepas ini, kami bersedia menjalankan prosedur siasatan,” katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak memandang ringan mutu pengadilan Liga M dan buktinya tiga pengadil sudah menerima hukuman kerana prestasi kurang baik musim ini.

“Setakat ini kami sudah menerima 3 aduan rasmi, tapi selepas disiasat kes itu dibatalkan kerana dakwaan terhadap pengadil terbabit tidak berasas. 

Bagaimanapun kami juga mengambil kira prestasi pengadil menerusi laporan pegawai penilai pengadil. Berdasarkan laporan pegawai penilai pengadil, kami sudah mengenakan hukuman gantung dua minggu kepada tiga pengadil setakat ini,” katanya yang enggan mendedahkan nama pengadil berkenaan. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List