Wednesday 26 February 2014

150 STESEN MINYAK BURAQOIL AKAN DIBUKA DI SARAWAK

-IANYA ADALAH SATU LAGI INISIATIF YANG DI AMBIL OLEH KERAJAAN SARAWAK BAGI MENSEJAHTERAKAN LAGI KEHIDUPAN MASYARAKAT LUAR BANDAR-

Sebanyak 150 stesen minyak mini yang dikenali sebagai ‘Buraqoil’ dijangka dibuka di kawasan luar bandar seluruh negeri dalam tempoh tahun ini dan tahun depan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais berkata, langkah itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi mensejahterakan lagi kehidupan masyarakat luar bandar.

“Kita telah mengenal pasti 150 kawasan luar bandar iaitu dari Lundu hingga ke Lawas untuk menempatkan stesen ‘Buraqoil’ dan ia merupakan kawasan-kawasan yang tidak dimasuki oleh stesen minyak Petronas atau Shell.

“Stesen minyak ini juga adalah berkonsepkan mobil dan berskala kecil tetapi syaratnya haruslah di tanah sendiri,” ujarnya pada sidang media pada Majlis Perjumpaan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Bersama Usahawan Bumiputera Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi PUNB Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Bagaimanapun, Naroden ber-kata, mekanisme pelaksanaan stesen minyak luar bandar itu masih dalam proses kemas kini.

Namun demikian, beliau menjelaskan, pembukaannya kelak akan turut membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Bumiputera di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.

“Sesiapa yang berminat untuk mengoperasikan stesen minyak ini boleh mendapatkan pinjaman kewangan daripada PUNB atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Nilai pinjaman juga adalah bergantung kepada saiz stesen iaitu dari RM150,000 sehingga RM300,000,” jelasnya.

‘Buraqoil’ ialah jenama stesen minyak mini luar bandar yang diperkenalkan oleh IPTB Sdn Bhd.

Syarikat itu diberikan mandat oleh KPDNKK untuk membekal-kan petrol dan diesel bersubsidi kepada stesen minyak luar bandar. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List