Saturday 26 October 2013

SUSPEK KES ROMPAK & TEMBAK PEGAWAI BANK, DARI INDON SEBENARNYA!

-SELAIN MENEMUI WANG SEBANYAK RM20,000 HASIL ROMPAKAN AMBANK DI MANA SEORANG PEGAWAI BANK WANITA DITEMBAK, POLIS MENAHAN TIGA ORANG AHLI KELUARGA PENGAWAL KESELAMATAN, SUSPEK YANG MEROMPAK TUH! SUSPEK BUKANLAH DARI SABAH SEPERTI YANG DIPERKATAKAN SEBELUM INI! PENDATANG RUPANYA SI PEROMPAK! KEKEKE!!!-

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.

Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.



Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek. (sumber



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List