Saturday 26 October 2013

GAMBAR: POLIS BURU JAGA YANG MEROMPAK

-PASUKAN KHAS POLIS DIKERAH MENJEJAKI SUSPEK YANG DIPERCAYAI WARGA INDON YANG MENEMBAK DAN MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK SEBELUM MEROMPAK RM450 RIBU! SUSPEK BURUAN POLIS BERKENAAN DISAHKAN MASIH BERADA DI DALAM NEGARA! MANA KO MAU LARI? KEKEKE!!!-


Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’.

“Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara.

“Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol.

Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas.

“Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek.

“Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang untuk mereka yang berkenaan melakukan perbuatan yang boleh memperdayakan polis,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, seorang pegawai bank mati ditembak di kepala apabila sedang dalam proses memasukkan duit ke dalam peti kebal bank berkenaan.

Suspek yang bersenjata pump gun itu telah melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa dan melarikan wang tunai berjumlah RM 450,000 dengan menaiki motosikal.

Setakat ini tiga individu termasuk isteri suspek telah ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam jenayah tersebut. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List