Sunday 27 October 2013

JANGAN NAK PERSOAL KEJUJURAN KERAJAAN, KORANG JUJUR KER?

-ISU TANAH SJK CHIN WOO, ROBOHKAN! JANGAN TAK ROBOH! ITU TANAH KERAJAAN, BUKAN TANAH MAK BAPAK KORANG! KERAJAAN BAGI "PINJAM" JE KORANG DAH MENGAKU TU TANAH NENEK MOYANG KORANG! MUKA TAK PEMALU, DASAR PEREMPAT! KEKEKE!!!-

Kontroversi yang membabitkan usaha kerajaan merobohkan SJK Chin Woo dekat Pudu, Kuala Lumpur  untuk pembangunan Kampung Budaya belum selesai sepenuhnya.

Sedang pihak kerajaan mengambil pendirian menangguhkan keputusan awal, Pengerusi lembaga pengarah sekolah berkenaan, Oo Tin Fuan mahu isu itu diselesaikan.

Atau dengan lain perkataan mereka mahu kerajaan membatalkan saja rancangan meroboh tapak berdekatan (gelanggang bolakeranjang) sekolah berkenaan.

Beliau dipetik berkata  pihaknya tidak yakin sekadar jaminan tetapi mahukan jaminan itu dibuat secara bertulis.

Terdahulu dari itu MCA tampil memberi jaminan kepada lembaga sekolah SJK Chin Woo bahawa kerja-kerja meroboh tidak akan dibuat di sebahagian kawasan sekolah berkenaan.

Tentangan paling kuat tentulah datang daripada satu lagi NGO yang  terkenal dengan sikap biadap—Dong Zong.

Kerajaan ingin merobohkan tanah berkenaan bagi  mewujudkan Kampung Budaya bernilai RM32.5 juta iaitu projek dibawah  Kota Warisan Kuala Lumpur. Ia membabitkan sebahagian tanah  di kawasan SJK Chin Woo yang dipertikaikan. Lagipun tanah itu milik kerajaan, bukannya milik sekolah berkenaan.

Pihak lembaga sekolah yang membantah mendakwa tanah yang dimaksudkan kini digunakan sebagai gelanggang bolakeranjang sejak 1938. Ia diberi kebenaran pihak kerajaan.

Tidak lama selepas kontroversi itu mencetuskan perdebatan kira-kira 150 orang dari persatuan ibu bapa yang mewakili sekolah dan anak-anak merekal mengadakan demonstrasi. Media pembangkang menganggarkan 300 tapi angka itu dinafikan wartawan yang hadir.

Mereka membantah hasrat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang mahu mengambil sebahagian tanah untuk Kampung Budaya. Mereka berkumpul di gelanggang bola keranjang di perkarangan sekolah berkenaan.

Kalau mengikut rancangan asal, kawasan berkenaan sudahpun dirobohkan.

Pengerusi lembaga sekolah memberitahu para ibu bapa bahawa kerajaan hanya menangguhkan tindakan berkenaan bukanya membatalkan seperti yang mereka harapkan.

Katanya "Jika kerajaan jujur, ia patut batalkan pengambilan tanah dan kerja-kerja perobohan." Kenyataan Oo kemudian dikritik beberapa pertubuhan  yang meminta kerajaan tidak tunduk kepada sebarang tekanan.

Bukanlah menghairankan demonstrasi itu dihadiri wakil-wakil daripada NGO pendidikan. Lebih menarik Pengerusi persatuan lembaga pengelola sekolah Cina Dong Zong, Yap Sin Tian hadir.

Konfrontasi itu menjadi sedikit terkawal apabila Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata tanah yang dimaksudkan itu milik kerajaan berukuran 0.169 hektar tidak dirobohkan. Tanah ini diambil alih Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan pada 24 September untuk projek Kampung Budaya.

Ali berharap pihak ibu bapa sekolah berkenaan tidak lagi bimbang malah “mahu mereka berunding dengan pihak kerajaan.”

Isu ini diberi ulasan menarik oleh menteri bertanggungjawab pagi tadi(Sabtu) Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz ketika diminta mengulasnya perkembangannya.

Nazri menjelaskan pihaknya hanya akan mengambil kira keputusan lembaga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo  berhubung isu pengambilalihan tanah milik kerajaan itu.

Walaupun Dong Zong membantah pengambilalihan tanah itu, ia tidak memberikan sebarang impak. Nazri berada di Kuala Kangsar pagi tadi melancarkan Karnival Membaca 1Malaysia.
    
Katanya “hanya yang diputuskan oleh anggota lembaga Sekolah Chin Woo  yang saya ambil kira, kalau anggota lembaga setuju, saya setuju, kalau Dong Zong saya tak peduli,."
  
Ketua UMNO bahagian Padang Rengas yang juga ahli parlimen kawasan berkenaan kemudian menyifatkan Dong Zong sebagai pengacau terhadap segala usaha yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat berbilang kaum di negara ini. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List