Friday 25 October 2013

ADA ORANG MAIN TIPU LAGI DALAM CEC DAP KER?

-PUNYER LE BENCI AHLI-AHLI DAP SENDIRI DENGAN GUAN ENG SEHINGGA MEMBUAT LAPORAN KEPADA ROS BERKAITAN MENGENAI CEC DAP BARU! KEKEKE!!!-

Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Khamis menerima satu lagi aduan berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baharu.

Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat berkata, semua aduan yang diterima akan disiasat secepat mungkin namun hasilnya tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Kita khuatir jika hasil laporan didedahkan kepada umum akan menjejaskan mana-mana individu atau pertubuhan," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan itu daripada Goh Swee Huat, anggota DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang di pejabatnya di sini.

Alias berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang dokumen daripada DAP mengenai pemilihan baharu itu.

Sementara itu, Goh ketika ditemui pemberita, berkata beliau mahu ROS menyiasat berhubung ketidaktelusan pemilihan baharu CEC pada 29 September lepaskerana dipercayai ada anggota yang dipecat turut mengundi dalam pemilihan itu.

"Pemilihan CEC juga harus dibuat menerusi kongres kebangsaan bukan kongres khas atau kongres khas kebangsaan. Ini sudah melanggar undang-undang parti," katanya. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List