Thursday, 24 October 2013

RUGI 20K, TAUKE MESIN SLOT ARAH ROMPAK BALIK PEMENANG?

-PEMENANG RM20,000 ITU MERUPAKAN SEORANG TEKNISYEN MESIN SLOT JUDI DARI SEMENANJUNG YANG MEMPUNYAI "KEPAKARAN MEMBACA SISTEM" MESIN SLOT JUDI DI SEBUAH CYBER CAFE GAMBLING ONLINE DI KUCHING SARAWAK! PADANLAH MUKA TAUKE TUH! KEKEKE!!!-

Dua orang lelaki yang bekerja sebagai teknisyen mesin slot dari Semenanjung yang telah memenangi sebanyak RM20,000 setelah bermain mesin slot online dilaporkan dirompak oleh enam orang perompak.

Sumber polis mendedahkan kepada UnReportedNews™® kejadian berlaku pada malam Selasa lepas bertempat di sebuah pusat membeli belah di Batu Kawa, Kuching apabila kedua teknisyen tersebut didatangi oleh enam orang lelaki.

Difahamkan kumpulan lelaki tersebut merampas wang tunai sebanyak RM4,000 berserta tiga unit smartphone turut salah seorang dari teknisyen tersebut serta mengugut sekiranya mahu barangan mereka dikembalikan, mereka harus membayar balik RM20,000 yang mereka menangi dari perjudian mesin slot online sebelum itu.

Mangsa yang membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa menyatakan kesemua saspek beredar dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap.

Susulan itu, pada pagi tadi, sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat D9 JSJ, IPK Sarawak telah menangkap lima orang saspek yang bekerja di sebuah Cyber Cafe Gambling online.

Polis juga merampas sebuah kenderaan jenis Alza berwarna hitam yang dipercayai digunakan semasa rompakan serta tiga unit smartphone yang dipercayai milik mangsa dari saspek-saspek berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati saspek-saspek mendakwa telah diarah oleh tauke mereka untuk menjejaki mangsa yang dikatakan telah menang sebanyak RM20,000 setelah berjudi di Cyber Cafe miliknya.

Menurut sumber lagi, mengenali kedua mangsa mempunyai "kepakaran membaca system mesin slot judi" kerana berkerja sebagai teknisyen mesin slot dari Semenanjung, tauke mereka telah mengeluarkan arahan berkenaan kerana mangsa telah "menang judi secara kotor"! Polis sedang menjejaki tauke yang diperkatakan tersebut.

Persoalan kini, bagaimana mesin slot ini boleh "diseludup" masuk sehingga aktiviti haram ini dikatakan telah berleluasa di Sarawak? 

Pihak keselamatan yang bertanggungjawab, khususnya PDRM harus bertindak secara "all-out" untuk membentras gejala negatif ini yang boleh mengundang lebih banyak jenayah seperti meragut, merompak, mencuri dan sebagainya yang hanya bertujuan agar si penjenayah dapat wang untuk berjudi.

Apa-apapun syabas dan tahniah buat Cawangan Jenayah Berat D9 JSJ, IPK Sarawak di atas kecekapan memberkas saspek-saspek dalam kes ini dalam masa yang singkat! Keep up the good work!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List