Tuesday 10 September 2013

MALAYSIA BERSEDIA TANGANI KEBANGKITAN MNLF JIKA CEROBOHI SABAH

-SUSULAN SERANGAN TERKINI PEMBERONTAK MNLF DI ZAMBOAGA-FILIPINA, MALAYSIA TELAH MENGELUARKAN AMARAN KESELAMATAN & MEMPERSIAP-SIAGAMKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SERTA MEMPERTINGKATKAN KAWALAN DI SEPANJANG SEMPADAN PERAIRAN NEGERI SABAH UNTUK MENGHADAPI APA SAJA KEMUNGKINAN BERLAKU!-

Askar Filipina di Zamboaga menangangi pemberontak MNLF
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan di perairan pantai Sabah akan segera bertindak sekiranya wujud sebarang pencerobohan.

Laporan media pada Isnin menyatakan terdapat kira-kira 400 anggota bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) cuba memasuki pantai Timur Sabah ekor an pertempuran yang berlaku di Filipina dengan tentera kerajaan.

"ESSCOM bukan hanya terdiri daripada aspek ketenteraan, ia turut merangkumi polis, bahagian perisikan serta kerjasama serantau antara kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Filipina dan mereka sentiasa dalam keadaan bersedia. Kita akur keluasan pantai timur Sabah merangkumi ribuan kilometer persegi, namun bahagian berkenaan sentiasa dipantau oleh ESSCOM."

"MNLF sentiasa cuba memutar belitkan isu ini...Kita telah sebut ini banyak kali, tentera kita masih ada di sana. Jika mereka cuba ceroboh walau seinci tanah kita seperti mana yang berlaku di Lahad Datu, kita tahu bagaimana cara untuk perangi mereka," katanya dalam satu laporan berita di Petaling Jaya, Selangor semalam. 

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan MNLF dilaporkan cuba memasuki pantai timur Sabah selepas menyerang bandar Zamboaga di selatan Filipina dan menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam insiden tersebut dan setakat ini dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Dalam perkara yang berkaitan, Malaysia telah mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan Sabah dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Nur Misuari
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan MNLF menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan dan menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut dan dilaporkan juga sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad di Kota Kinabalu semalam dilaporkan dalam satu laporan berita memberitahu bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga. 

"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya dan dengan kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List