Tuesday 10 September 2013

NAK MASUK BN SARAWAK? PI TANYA PM DULU!

-MANA-MANA PARTI POLITIK BOLEH MEMOHON UNTUK MENYERTAI BN NAMUN KEPUTUSANNYA TERPULANG KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI BN PUSAT DENGAN SYARAT UTAMA, IANYA HENDAKLAH DIPERSETUJUI SEBULAT SUARA OLEH SEMUA PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI KOMPONEN BN! SEKIRANYA IKHLAS NAK BERJUANG BERSAMA BN, TAK PAYAH TUBUH-TUBUH PARTI BARU, MASUK JER DALAM MANA-MANA PARTI YANG DAH WUJUD TUH  KAN? KEKEKE!!!-

Keputusan sama ada kedua Parti Politik Sarawak; TERAS dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru yang mendapat kelulusan pendaftaran parti mereka baru-baru ini akan diterima ke dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak atau sebaliknya bergantung kepada kepimpinan tertinggi BN pusat.

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, bukan beliau yang akan membuat keputusan berkaitan pengambilan ahli parti komponen baru BN negeri yang secara eksekutifnya, hanya boleh diputuskan oleh Pemimpin Tertinggi BN Pusat.

"Soalan yang anda (pemberita) ajukan hanya boleh diputuskan oleh Pemimpin Tertinggi BN Pusat bukannnya saya .. dan ianya hanya akan dipersetujui sebulat suara oleh semua pemimpin-pemimpin parti komponen BN," kata Taib.

Sebelum itu, beliau telah ditanya pemberita sama ada BN Negeri mempunyai sebarang ruang buat dua parti baru berkenaan iaitu TERAS dan PBDS Baru yang mendakwa mereka adalah "mesra BN".

Kepada soalan sama ada terdapat mana-mana permohonan rasmi daripada kedua parti tersebut (untuk menyertai BN Negeri), Taib berkata bahawa mana-mana parti boleh memohon namun hasilnya (permohonan berkenaan) bergantung dengan sokongan sebulat suara dari kesemuaan parti komponen-komponen BN yang sedia ada.

TERAS dan PBDS Baru adalah di antara lima buah parti politik Sarawak yang diluluskan permohonan pendaftaran parti mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) mereka baru-baru ini.

Taib ditemui pemberita selepas merasmikan Program dua-hari Seminar Budaya Melayu Sarawak, siri yang ke-6 yang telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching ini tengahari tadi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List