Monday 9 September 2013

LAGI ANGGOTA GENG MELAYU KL DIBERKAS

-SEORANG KETUA GENG BERGELAR "AYAHANDA" YANG MEMPUNYAI TATU DIBADANNYA ADALAH SALAH SEORANG DARIPADA 34 INDIVIDU YANG TELAH DITAHAN OLEH POLIS DALAM SUSULAN "OPS CANTAS" YANG JUGA TELAH MERAMPAS PELBAGAI JENIS SENJATA API!-

Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga minggu sehingga hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata jumlah itu adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur.

Mendedahkan perkembangan ini dalam satu sidang akhbar siang tadi, beliau menyatkan serbuan dan pemeriksaan secara terancang di beberapa lokasi ‘hotspot’ pada Sabtu dan Ahad lepas, seramai tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan pelbagai senjata api dirampas.

"Serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang disorokkan di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka."

“Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas tiga pucuk pistol semi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4 Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol,” katanya lagi.

"Seorang daripada tiga yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang dikenali sebagai A’wan," jelas Mohmad sambil menambah, kesemua mereka ditahan mengikut akta berkaitan senjata api dan samun dan kini direman sehingga 14 September.

Beliau juga mendedahkan tentang penahanan seorang lelaki berusia 40an yang memiliki watikah pelantikan sebagai ‘ayahanda’ yang dipercayai terlibat dengan kumpulan silat dimana tiga pucuk pistol palsu dirampas dalam satu serbuan Ahad lepas kira-kira pukul 3.35 pagi di sebuah studio muzik di Taman Sri Rampai.

“Di badan lelaki ini dipenuhi dengan tatoo…kita masih jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kumpulan yang disertainya itu adalah pertubuhan haram atau kumpulan kongsi gelap,” katanya lagi serta menjelaskan lelaki itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List