-FAISAL HAMDI MALAM TADI MEMPOSTINGKAN DI STATUS AKAUN FACEBOOKNYA YANG BELIAU TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA DIRINYA TIDAK DIBENARKAN MUNCUL DI TV TANPA DIJELASKAN DENGAN APA-APA SEBAB!-
Pada 4 Ogos lepas, kami ada menulis artikel berkenaan tindakan seorang belia Islam Malaysia yang membuat keputusan untuk berperang mengangkat senjata menentang rejim syiah Basyar Assad.
Faisal Hamdi anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.
Bagaimanapun Faisal yang dipercayai sudah pun kembali ke tanah air muncul di rancangan Assalamualaikum terbitan TV Al-Hijrah pagi ini dan memaklumkan di laman Facebooknya akan muncul lagi esok dalam rancangan yang sama.
Bagaimanapun kira-kira sejam yang lalu Faisal dalam laman Facebooknya berkata beliau mendapat makluman bahawa beliau tidak boleh muncul di kaca TV tetapi tidak dijelaskan sebabnya.
Berikut merupakan status terkini Faisal yang sehingga kini beliau tidak menjelaskan apa sebabnya Faisal tidak dibenarkan untuk muncul di kaca TV stesen TV Al-Hijrah.
Status Facebook itu kini sudah dikongsikan sebanyak 148 kali dan juga menarik 194 komen dari pembaca laman Facebooknya. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®