Monday 1 July 2013

SIAPAKAH CALON UMNO YANG DISENANGI PENDUDUK KUALA BESUT?

-UMNO MEMPUNYAI RAMAI CALON BERKALIBER & DISENANGI RAKYAT TERDIRI DARI TOKOH PENDIDIK, TOKOH AGAMA, PEGAWAI PENTADBIR YANG SEMUANYA AKAN DITENTUKAN PM SELEPAS INI! YANG PENTING, WINNABLE & RAJIN BEKERJA! KEKEKE!!!-

Umno Bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan yang disenangi penduduk Kuala Besut kepada Perdana Menteri untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut tidak lama lagi.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Umno mempunyai ramai calon yang layak yang berasal dari Kuala Besut untuk dicalonkan.

"Kita mempunyai ramai calon yang berkaliber dan disenangi rakyat terdiri dari tokoh pendidik, tokoh agama, pegawai pentadbir yang semuanya akan ditentukan oleh PM selepas ini," katanya.

Beliau yang dilaporkan Bernama bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan PRK dengan Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan barisan UMNO Perhubungan Negeri di Damai Beach resort di Kuasa Besut, Terengganu semalam.

Menurutnya, Kuala Besut masih merupakan kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya terdiri dari kaum nelayan yang berfikiran sederhana tetapi mesra.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU-13 yang lepas. 

Beliau yang dilaporkan mStar sebagai berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaimanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka. Mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di Kulaijaya, Pulau Pinang semalam.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar, 55, Rabu lalu. 

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

PS: Lu orang masih tak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 lalu kah Apek? Jadi apa pasal lu sanggup angkat sumpah jadi KM? Apa pasal MP DAP sanggup angkat sumpah?Sudah-sudahlah permainan acah-acah ni Apek! Wa orang tahu siapa lu orang semua, wa orang tahu apa niat lu orang sebenar! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List