Monday 1 July 2013

BELUM LAGI PRK KUALA BESUT, PAKATAN DAH MENGAKU KALAH?

-ALASAN-ALASAN-ALASAN .. PAKATAN NI MEMANG PENUH DENGAN ALASAN, KALAU MUNASABAH TAK PE, NI SEMUA ALASAN MERAPU! MARI KITA KAJI MENGAPA AGAKNYA DAP MENGESYORKAN AGAR PAS MEMBOIKOTKAN PRK KUALA BESUT! KEKEKE!!!-

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai DAP akan  mencadangkan agar PAS memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sungguh "mencuriga"kan.

Alasan yang diberi Si Apek Guan Eng adalah sebagai "Tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU-13 yang lepas". 

Hai, sendiri dah angkat sumpah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang beberapa hari selepas keputusan PRU-13 dan disusuli dengan kehadiran semua MP DAP dan Pakatan pada sesi angkat sumpah Ahli Parlimen minggu lalu pun masih menyalahkan SPR? Lu ni memang ada potensi jadi badut lah Apek!

Guan Eng juga dilaporkan menyatakan isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang dan langkah memboikot PRK berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

Hmm, in the first place, siapa yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU? Korang Pakatan jugak yang beria-ia sangat nak menggunakannya! Supaya senang dijadikan alasan penipuan sekiranya menghadapi kekalahan kan? 

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dr A.Rahman Mohktar, 55, (BN) Rabu lalu yang pada PRU-13 telah mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, kenapa agaknya DAP mencadangkan agar PAS memboikot PRK DUN Kuala Besut tu ye? Di bawah ni ada beberapa alasan yang mungkin menyebabkannya:

1. DAP tahu untuk mendapat kemenangan di pihak Pakatan dalam PRK nanti adalah agak mustahil kerana BN menang dengan majoriti 2,434 undi pada keputusan PRU-13 yang lepas. (Jadi, PRK Kuala Besut hanya akan perabihkan boreh Pakatan je..Kekeke!!!)

2. DAP sebenarnya berniat agar calon PKR bertanding dalam PRK Kuala Besut supaya "kuasa" PAS berkurangan kerana DAP merasa PKR lebih sedang di"perkeldai'kan oleh DAP berbanding dengan PAS.

3. DAP tahu semua pihak akan "tertumpu" pada PRK Kuala Besut nanti dan peluang untuk "mereka-cipta penipuan SPR atau BN" sepertimana yang dilakukan sewaktu PRU-13 dulu agak tipis.

4. Alah bisa tegal biasa .. memang pun namanya pembangkang, memang membangkang kerajaan je. (tapi aku pasti semua acah-acah je .. Kekeke!!!)

5. Saja-saja nak susahkan rakyat.

6. DAP merancang nak menurunkan calon DAP sendiri di PRK Kuala Besut? Kekeke!!!

Fikir-fikirlah sendiri! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. 7. takut calon pas menang. kalau pas menang, umno 16 kerusi dan pas juga 16 kerusi. dah tentu kerajaan negeri adalah kerajaan campuran. soal siapa jd menteri besar bukan soal utama. pas boleh dan umno juga tetap berpeluang. yang puak2 beruk ni takut ialah kerajaan campuran umno-pas di trengganu mungkin jadi contoh utk semua melayu bersatu di negeri2 lain dgn menubuhkan kerajaan campuran umno-pas. tak baca ke kepala otak karpal bila dia minta agar spr buat sesuatu supaya jumlah kerusi dun dan parlimen mesti ganjil. kenapa sekarang, bukan sejak dulu? sebab nilah. takut pas menang dan akan terjadi apa yg dap dan pkr takut terjadi!!!!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List