Tuesday 16 July 2013

PRK KUALA BESUT: VIDEO: CALON PAS AZLE "LURUS BENDUL" ADA 54 SAMAN?

-ORE "LURUS BENDUL" TAKKAN TAK BAYOR SAMAN, BUKANNYA AZLE TAK DOK PITIH, PERANGAI ORE MACE NI SEBENARNYA TAK JUJUR  & AMANAH, TAK DAN LER NAK JADI PEMIMPIN, BAK KATA AZLE SENDIRI, "AMBO HANYA LAYAK PEGANG BENDERA"! KEKEKE!!!-


Calon Pas bagi DUN Kuala Besut, Endut@Azlan Yusof  ada 54 saman trafik melalui semakan di www.myeg.gov.my.

“Melalui siasatan dan kajian yang dibuat melalui laman web myeg menyatakan bahawa Azlan mempunyai 54 saman yang bernilai RM4150.00," lapor portal terengganutoday.

Saman-saman yang disemak atas nama calon Pas itu sudah dikesan sejak dari tahun tahun 1999 (10 saman), tahun 2000 (3 saman), 2001 (8 saman), 2002-2004 (satu saman setiap tahun), 2007 (3 saman), tahun 2008 (1 saman ), tahun 2009 (4 saman), tahun 2010 (6 saman), 2011 (9 saman), 2012 (5 saman) dan tahun 2013 (2 saman).

Daripada jumlah itu, dua saman disebabkan kesalahan meletak kenderaan, satu saman kerana tidak memakai topi keledar, dua saman kerana langgar lampu isyarat dan 49 saman kerana memandu melebihi had laju.

Semua saman tersebut melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran yang bernombor DBV 1023, DAY 777, WBG 61, DAF 9439, DAG 777, TAB 349 dan DAG 5300.


Portal tersebut turut melaporkan Azlan tidak menyumbang kepada Pas DUN Kuala Besut dalam PRU13 baru-baru ini, sebaliknya beliau sebagai anak jati Kuala Besut berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding di Parlimen Putrajaya.

“Umum mengetahui bahawa Che Long (panggilan lain Azlan) yang digelar “bank Pas” merupakan jentera dan juga penyumbang utama kepada kempen politik Husam. Ianya amat terserlah apabila Husam bertanding di kerusi parlimen Putrajaya di mana Che Long meninggalkan kampung halaman bersama jenteranya untuk berkempen bagi pihak Husam di Putrajaya.

“Maka tidak menjadi sesuatu yang peliklah sekiranya Husam sebagai pengarah PRK N01 Kuala Besut bagi pihak Pas menamakan Che Long sebagai calon.

“Apa yang lebih mengejutkan lagi dalam satu termuramah yang dibuat oleh Buletinonline (media pro pembangkang) bahawa Che Long akan menggajikan orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana beliau sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya amat sibuk.

“Kenapa agaknya Che Long lebih utamakan perniagaannya daripada berkhidmat untuk rakyat? Mungkinkah kerana dialah sumber kewangan utama kepada kempen politik Husam? Jika sekiranya dia berkhidmat untuk rakyat maka tumpuannya kepada perniagaannya akan berkurangan maka mungkin berkuranglah sumber kewangannya,” lapornya. (sumber)

PS: Meh kita kita dengar Azle dale satu ceramah dua tiga male lepas dimano Azle "merungut", "Hambo nak cakap banyak tak lek he, meme ambo ni angkat bendera!" Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List