Tuesday 16 July 2013

EMPAT SASPEK KES BOGEL & CEDERA PEMUDA HINA ISLAM DIBERKAS!

-TERTERA DENGAN JELAS TULISAN "SAYA HINA AGAMA ISLAM" KAT DADA & PERUT PEMUDA YANG BERNAMA NG MUN TAT, NASIB BAIK IANYA TAK DITULIS DENGAN DAKWAT KEKAL, KALAU TIDAK, SEPANJANG MINGGU LAH BENDO TU MELEKAT KAT TUBUH BADAN DIO, KAN NAYO! KEKEKE!!!-

Seorang penjaga kaunter kafe internet dicedera dan dibogelkan oleh sekumpulan lelaki semalam setelah dia membuat paparan kontroversi yang mempersenda Ramadan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24.

Pasangan itu mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.

“Tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi ini kerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motif mereka ialah membalas dendam terhadap paparan Vivian dan Alvin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Datuk Heliliah Mohd Yusof, di Bukit Aman, di sini, Selasa.

Dalam kejadian 3 pagi semalam, Ng Mun Tatt, 24, dipercayai telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika beliau sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam. Wanita itu tidak diapa-apakan.

Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.

Beliau ditemui oleh seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.

Mengenai perkembangan siasatan terhadap Alvin dan Vivian, Khalid berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

“Saya nasihat pasangan itu datang ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk dirakam percakapan mereka,” katanya.

Pada Isnin, Alvin dan Vivian telah memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List