-ARUS SUNGAI RAJANG TERNYATA TERLALU GAGAH BUAT PASUKAN BANTUAN SEHINGGA MEREKA HARUS MENCARI KAEDAH LAIN YANG TERBAIK UNTUK MENGAPUNGKAN BOT BERKENAAN!-
Arus deras Sungai Rajang terus menghalang usaha pada hari kesepuluh untuk mengapungkan bot ekspres Kawan Mas yang karam di Giam Bungan di sini pada 29 Mei lalu.
Sebelum ini, pasukan penyelam polis dan bomba berdepan kesukaran melaksanakan tugas itu kerana mereka dihanyutkan arus meskipun membawa bebanan seberat kira-kira 35 kilogram setiap kali menyelam.
Kosmo Online melaporkan nasib yang sama turut dialami pasukan bantuan yang terdiri daripada tiga pakar selam tempatan semalam.
Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, kegagalan itu menyebabkan operasi ditamatkan pada pukul 4 petang semalam dan ditangguh selama tiga hari bagi mencari kaedah terbaik untuk mengapungkan bot itu.
Katanya, ia juga ditangguhkan atas faktor keselamatan ekoran air Empangan Bakun dilepaskan semula selepas ditutup sejak kelmarin.
Katanya, ia juga ditangguhkan atas faktor keselamatan ekoran air Empangan Bakun dilepaskan semula selepas ditutup sejak kelmarin.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®