Monday 13 May 2013

PERHIMPUNAN BANTAH KEPUTUSAN PRU-13 PR HANYA USAHA MEMESONGKAN KES "DERHAKA TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG"?!

-BERSIRI PERHIMPUNAN ANJURAN PR, RIBUAN PENYOKONG TEGAR HADIR, WAIMA ZAHIRNYA CELIK BELAKA SADISNYA MEREKA "BUTA HATI & AKAL, MALAH "SENGAJA" BUTA MATA" KERANA GAGAL MENGESAN "KEJANGGALAN" MATLAMAT UTAMA PERHIMPUNAN "MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU-13", NGAPE PULA PR KELANTAN & P. PINANG TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR & KETUA MENTERINYA? NYATA SEMUA USAHA "MELENCONG" KES PENCEROBOHAN PENGANAS SULU DI LAHAD DATU YANG DIKAITKAN PEMBABITAN BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI PR TERMASUK ANWAR SENDIRI? PATUTLE SPIN LEBIH-LEBIH, NAK ELAK KENA GANTUNG RUPENYE! KEKEKE!!!-

Jika dikaji atau perhatikan dengan secara yang lebih mendalam, secara logiknya kita tidak dapat mengenalpasti dengan tepat apakah matlamat atau objektif sebenarnya siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang telah berpihak kepada Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dari keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan berbanding dengan Pakatan Rakyat (PR) yang menang 89 kerusi (PKR- 30, PAS- 21 dan DAP- 38).
  
Iya, memang siri-siri perhimpunan anjuran PR tersebut yang nyata dirancang serta dikemudikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk "Membantah Keputusan PRU13"  tapi persoalannya, jika PR benar-benar tidak redha dengan keputusan Keputusan PRU13, mengapakah Kerajaan PR Kelantan dan Pulau Pinang diantara negeri-negeri yang terawal yang menerima watikah perlantikan Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri negeri masing-masing? Dan malangnya bagi Selangor, jika tiada perbezaan pendapat antara PAS, PKR dan DAP mengenai perlantikan Menteri Besarnya, pasti Selangor juga telah terawal menyusuli tindakan kedua negeri PR menerima watikah perlantikkan MBnya.


Selepas perhimpunan siri pertama diadakan di Kelana Jaya pada Rabu lalu diikuti dengan perhimpunan siri yang kedua di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, PR kemudiannnya telah mengadakan siri perhimpunan ketiga di hadapan ibu pejabat PKR Perak bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di Ipoh di sini semalam dan turut dilaporkan bahawa siri-siri perhimpunan yang telah diadakan tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis dan pada masa yang sama, siri-siri perhimpunan itu seterusnya dijadualkan akan diadakan secara berasingan di Kuantan dan Johor Baru iaitu pada Selasa dan Rabu ini. 

Dilaporkan juga pada perhimpunan siri yang kedua di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang baru menerima watikah perlantikkannya dengan  secara rasminya daripada TYT Negeri Pulau Pinang beberapa hari sebelum ini juga hadir pada perhimpunan tersebut! Lihatlah, bertapa hipokritnya golongan pemimpin-pemimpin tertinggi PR ini dan sadisnya, mengapa penyokong-penyokong tegar PR gagal melihat dari perspektif ini ataupun hakikatnya, mereka sebenarnya sedar namun sengaja buat-buat tak tak tahu. 

Ataupun kehadiran Guan Eng sebenarnya hanya untuk meng"iya"kan apa yang telah dilaung-laungkan Anwar iaitu "Membantah Keputusan PRU13" dalam perhimpunan tersebut tapi bukankah ianya tidak logik bagi diri Guan Eng dan DAP Pulau Pinang yang secara langsung sebenarnya tidak mengiktiraf kemenangan mereka di negeri mutiara itu?! Hakikatnya, PR  sebenarnya kini sedang meraikan kemenangan atas kejayaan mereka mencapai lebih dari PRU-12 dahulu mereka dan walaupun apa saja alasan Guan Eng dan sesiapa saja pemimpin untuk menghadiri perhimpunan tersebut termasuk Anwari Ibrahim sendiri, objektif utamanya bukanlah "Membantah Keputusan PRU13" tetapi lebih berniat menjurus kepada usaha untuk menyembunyikan sesuatu agenda pula.

Rakyat Malaysia seharusnya mengetepikan kebimbangan berhubung 'tragedi 13 Mei' dan biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman, demikianlah mukadimah Anwar, seperti lazimnya beliau begitu bijak berkata-kata dalam ucapannya dengan memainkan perasaan setiap individu yang kebanyakan mereka berpakaian serba hitam, kononnya tanda "Berkabung Membantah Keputusan PRU13" yang ada diantara mereka hadir seawal pukul 7 malam semalam pada perhimpunan dimana Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manutty dan Badrul Hashim Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard juga telah memberi ceramah manakala, kehadiran Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya seakan memberi sokongan moral sahaja.

Jika dihayati "permainan" Anwar yang lampau, dimana beliau begitu bijak dan licik sekali membangkitkan isu-isu yang dianggap tidak relevan hanya sebagai "diversion" atau untuk memesongkan perhatian umum dari sesuatu "kesalahannya" yang lebih nyata, maka dari berdasarkan "sejarah permainan" Anwar, adalah amat logik sekali mengapa "perhimpunan PR yang sememangnya patut dan perlu diadakan" telah dianjurkan iaitu ianya lebih cenderung berniat untuk memesong satu isu yang teramat serius sebelum PRU-13 diadakan yang melibatkan "penderhakaan, pengkhianatan, ancaman serta mengisytiharkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong" iaitu insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Memandangkan ianya adalah satu kes yang teramat serius membabitkan keselamatan negara, lebih-lebih lagi insiden tersebut juga telah mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia, satu suruhanjaya khas sepatutnya ditubuhkan sebaik sahaja tamatnya PRU-13 baru-baru ini untuk menjalankan siasatan mencari dalang-dalang yang terdiri dari orang-orang tempatan yang telah dikenalpasti atau disyaki membantu kumpulan pengganas lanun Sulu sewaktu mendarat dan "bermaharajalela" di Lahad Datu, Sabah agar mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan namun bagaimana suruhanjaya khas berkenaan hendak ditubuhkan dan sejauh mana keberkesanan siasatan yang bakal dijalankan dengan keadaaan kestabilan terkini politik negara yang "tidak seberapa" dek asakan perhimpunan PR yang kononnya "Membantah Keputusan PRU13"?!

Sewaktu kemuncaknya insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu bersenjata di Lahad Datu terdapat sumber-sumber dari risikan Filipina yang mendedahkan terdapatnya bukti-bukti yang menjuruskan penglibatannya sekurang-kurangnya tiga pemimpin Pakatan negara ini dan daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari dan hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum dan mereka dipercayai menerima bantuan senjatapi dari satu elemen luar dan perkara ini yang dijangka ingin dihindari PR, terutamanya Anwar sendiri kerana hukuman terhadap mana-mana warga Malaysia, jika disabit dengan apa-apa tindakan yang menjurus kepada "penderhakaan, pengkhianatan, ancaman kepada keselamatan negara serta mengisytiharkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong" maka mereka dikategorikan sebagai pembelot dan wajar dilucutkan kerakyatan serta hukuman yng menanti adalah penjara seumur hidup atau mati mandatori!

Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR sendiri awal-awal lagi tidak menolak kemungkinan yang dirinya akan didakwa berhubung dakwaan penglibatannya dengan insiden penceroboh pengganas Sulu bersenjatapi di Lahad Datu, Sabah (sumber) dan secara logik, hanya dua saja motif mudah yang didapat dilihat dari segala yang yang diharap dari siri-siri perhimpunan "Membantah Keputusan PRU13" PR tersebut iaitu satu; melambatkan penubuhan suruhanjaya khas berkenaan untuk sehingga datang "ilham baru" atau dua; cuba menghuru-harakan keadaan negara ini agar campurtangan kuasa asing yang kemudiannya "menabal"kan PR sebagai kerajaan sah atas dasar" undi popular" PRU-13 yang telah memihak kepada PR.

Dipendekkan cerita, semua perancangan ini adalah memastikan Anwar Ibrahim yang dilaksanakan bagai pungguk rindukan bulan agar menjawat jawatan Perdana Menteri setelah beberapa insiden beliau tersungkur tika benar-benar hampir mencapainya biarpun "sementara"; kedudukan yang diidam-idaminya selama lebih dari dua dekad sebelum "menyerahkannya" (mungkin dengan cara teknikal yang tidak ketara) kepada DAP yang juga telah lama mengimpikan kuasa mutlak kerjaan Malaysia hanya untuk satu tujuan iaitu menghapuskan "Perkara 153" ataupun Artikel 153 Perlembagaan Malaysia iaitu Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (sumber)

Saranan yang dibuat oleh Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin semalam agar siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh tidak begitu keterlaluan malah dirasakan begitu wajar dan seharusnya dipertimbangkan oleh kerajaan dengan segera sebelum keadaan berlarutan menjadi lebih kronik lagi.

Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang ditemui pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara di Kuala Lumpur disini juga menyarankan agar Polis perlu bertindak tegas dengan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyaman kerana tindakan yang mempertikai keputusan PRU13 ke atas Anwar Ibrahim kerana tindakannya menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini tanpa mendapat kebenaran daripada pihak polis bukan saja seakan mencabar kewibaan pihak berkuasa malah merupakan suatu penghinaan dan  pengkhianatan secara langsung kepada rakyat yang telah memilih BN untuk terus berkuasa.

Kita boleh memahami mengapa "DAP" berbuat begitu tapi yang musykilnya kemanakah hala-tuju"PKR dan PAS", sebuah parti yang majoritinya adalah golongan berbangsa Melayu dan ironinay, dipimpin oleh orng Melayu sendiri, takkan mereka tak menyedari mereka secara tidak langsung turut terbabit didalam kemusnahan yang merugikan bangsa sendiri. Apakah kebencian kepada BN berbaloi dengan kemusnahan yang bukan saja akan menjejaskan kita pada masa kini tapi anak-cucu serta keturunan kita sendiri, generasi bangsa Melayu yang seterusnya selepas kita?!

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List