-MALAYSIA DIPIHAK YANG BENAR MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARIPADA PENCEROBOH MALAH MEMBERI JUA PELUANG AGAR PENCEROBOH BERUNDUR SECARA AMAN BERSESUAIAN DENGAN KAEDAH ISLAM-
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sesiapa boleh mempersoal tindakan pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama.
Menurut laporan Agenda Daily, Perdana Menteri berkata Malaysia memang di pihak yang benar dalam mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh terbabit.
"Kerajaan memang amat prihatin dalam hal ini dan apa yang kita lakukan, pertamanya memberi peluang kepada pihak penceroboh untuk berundur diri, adalah bersesuaian dengan kaedah dalam Islam.
"Bukanlah kita nak melihat pertumpahan darah, bukan kita ingin melihat nyawa terkorban, tetapi apabila kita diperangi oleh mereka, maka mengikut ayat yang dibaca dalam khutbah tadi, kita wajib mempertahankan (diri) sekiranya kita dianiaya, kita diperangi....
"Tiada sesiapa yang boleh mempersoalkan hak kita, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama," katanya pada majlis jamuan rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Mukim Batu 11, di Tanah Merah semalam.
Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Bernama melaporkan Perdana menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, oleh itu, jangan ada sesiapa yang menidakkan usaha yang dilakukan itu, sama ada bagi pihak kerajaan ataupun oleh pasukan keselamatan.
"Bukanlah ini masanya, malah ini kewajipan di sisi agama untuk kita berdiri teguh dan memberi sokongan yang padu kepada pasukan keselamatan, kerana merekalah kita dapat mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta, sebab itulah saya tidak ragu-ragu untuk memberi apa juga pertimbangan yang boleh untuk menjaga kebajikan tentera dan polis dan pihak keselamatan kita," katanya.
Najib berkata perwira negara yang gugur di medan perjuangan di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini ditakrif mati syahid akhirat berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sementara itu, beliau berkata keputusan beliau lima tahun lepas untuk menaik taraf pasukan Askar Wataniah kepada Rejimen Sempadan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan anggota tentera di negara ini.
Beliau berkata langkah itu membolehkan anggota tentera terbabit menikmati kemudahan sebagaimana anggota tentera tetap yang lain, seperti layak menerima pencen selepas berkhidmat 21 tahun dan pinjaman perumahan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah.
LIMA BALAI POLIS BARU DI SABAH
Dalam pada itu, biarpun hanya seminggu selepas Najib baru mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas yang kemudiannya dikenali Esscom ekoran insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, lima balai polis baru diwujudkan dengan kadar segera pada hari Rabu lepas.
Lima balai polis baru itu di Pulau Gaya (Kota Kinabalu) , Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul (Semporna) serta Tanjung Labian dan Felda Sahabat (Lahad Datu).
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar umumkan langkah itu adalah perancangan spesifik untuk mempertingkatkan ‘police presence’ di Zon Timur Sabah sejajar dengan penubuhan Esscom.
Dalam kenyataan media selepas mesyuarat keselamatan di Kota Kinabalu, Rabu berkata, mesyuarat hari ini telah memperhalusi struktur dan modul operasi Esscom termasuk penubuhan balai baru polis tersebut.
“PDRM dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri,telah mengambil langkah-langkah perlu agar balai polis baru di lokasi yang dikenal pasti dengan bantuan kerajaan negeri ini dapat beroperasi menjelang 2 April ini,” katanya.
Selain itu, PDRM juga akan melihat keperluan untuk menaik taraf balai-balai polis sedia ada.
Menurut Khalid, memandangkan pembinaan bangunan kekal untuk menempatkan Balai Polis akan mengambil masa, pihak Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan balai-balai Polis baru ini akan beroperasi menggunakan kabin-kabin sementara.
-UnReportedNews™®
* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®