Saturday 16 March 2013

DEK KECELUPARAN, GURU HINA PETUGAS BERTARUNG NYAWA DI LAHAD DATU DIBERKAS!

-AWAS DENGAN APA YANG ANDA KATAKAN DALAM MEDIA SOSIAL KERANA ANDA MUNGKIN AKAN DIBERKAS PIHAK BERKUASA JUGA! KALO DAH SANGAT NAK SOKONG LANUN-LANUN SULU TU, PERGILAH JOIN ORANG-ORANG ASING YANG BUAT HAL KAT NEGARA KITA NI! KEKEKE!!!-

Polis telah menangkap seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati katak' dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya menyatakan guru itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, ditangkap ketika bersembunyi di kampungnya di Pasir Putih kira-kira pukul 7 malam semalam. 

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

"Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

"Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

"Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya.

Pada 11 Mac lalu, Mohd. Lotfi melalui Facebook miliknya menulis Xleh komen doh fb polis.... hahahaha... kesian doggie...dah la mati katak...hahaha. kan betul polis tu anjing...hahaha...berubah terus posting hari nih...hahaha" dan "berapa ekor anjing dah mampus.

Laman sosial itu turut memuat naik gambar yang menghina pasukan keselamatan termasuk gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai 'bapa anjing'.

Dalam hal berkaitan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menyiasat dakwaan terdapat dalam kalangan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah memiliki dokumen pengenalan diri negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, pihaknya sedang menunggu hasil siasatan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.

"Tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan keadaan tersebut nanti," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Seramai 337 kakitangan JPN menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Tabung Wira Negara JPN.

Sementara itu, Abu Seman meminta kakitangan JPN sentiasa mengambil langkah berhati-hati apabila menjalankan tugasan mengeluarkan dokumen kepada masyarakat.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan sebarang kes pemalsuan dokumen.

"Peranan kakitangan JPN amat mustahak dalam menjaga keselamatan negara khasnya mengenai pengeluaran dokumen penting," katanya.

Pada masa sama, beliau meminta kakitangan JPN agar terus komited bagi memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri pada tahun ini untuk menambah baik sistem penyampaian melalui pelaksanaan percetakan teragih MyKad dapat dicapai.

"Percetakan MyKad dalam tempoh 24 jam di pejabat JPN seluruh negara meliputi seratus peratus pengeluaran di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan 80 peratus di ibu pejabat serta JPN negeri.

"Proses itu turut melibatkan pelaksanaan tambahan pusat percetakan teragih di 15 pejabat cawangan terpilih," katanya. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List