Monday 4 March 2013

PENCEROBOH LAHAD DATU BUKANNYA ASKAR DIRAJA SULU TAPI LANUN SULU?

-APA MOTIF SALAH SEORANG DARIPADA PENCEROBOH BERSENJATA "MENGUMPUL" PENDUDUK KAMPUNG SENALLANG LAMA? NAK MINTAK AIR KOPI? NAK TANYA MANA BAS-STAND? PASTI ADA NIAT JAHAT YANG TERSIRAT DALAM HATI "ASKAR DIRAJA SULU" TU .. PADAN MUKA KAU MAMPUS KENA PUKUL ORANG KAMPUNG! KEKEKE!!!-

Lelaki bersenjata M16 dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis di Kampung Sri Jaya, Siminul yang mati dipukul puluhan penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna semalam bermungkinan "berniat jahat" pada penduduk disitu.

Penceroboh, berbangsa Sulu yang berumur dalam lingkungan 60-an yang bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket dikatakan telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di kampung tersebut dalam kejadian jam 5 pagi semalam.

Menurut laporan Bernama, seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi”.

“Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan namun penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasa api rokok serta meletakkan senjatanya.

Lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu dan ketika mengesah kejadian itu, apa Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya menyatakan penceroboh dipercayai menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.

Penduduk kampung tersebut, yang kebanyakannya adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.kelihatan mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kampung Sri Jaya Simunul terletak di pinggir bandar Semporna dan Kampung Senallang Lama pula kira-kira lima kilometer dari pekan itu dan menurut beberapa penduduk Kampung Sri Jaya yang ditemui, hampir kesemua kira-kira 2,000 hingga 3,000 penduduk kampung itu telah meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Apakah niat penceroboh lelaki tersebut mengumpul penduduk kampung pada awal pagi buta? Mengapa dia menembak ke arah surau kampung tersebut sedangkan dia tahu ketka itu adalah waktu sembahyang Subuh dan berkemungkinan akan mencederakan penduduk yang sedang sembahyang.

"Istana" Kerajaan Sultan Sulu
Ianya amat bertentangan sekali dengan "titah" yang kononnya keluarkan oleh pemimpin kumpulan penceroboh berkenaan iaitu Jamalul Kiram yang mendakwa telah menggesa pengikutnya agar tidak mencederakan orang awam.

"Bertenang dan jangan melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”, dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh."

Jamalul, yang mendakwanya dirinya sebagai Sultan Sulu, menggelar dirinya Sultan Jamalul Kiram III berkata demikian kepada Philippine Daily Inquirer ketika di temuramah di "istana"nya semalam.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang dilaporkan Portal Borneo Insider pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah kini dipercayai mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh tiga kawasan di Sabah sejak 9hb Februari lepas.

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List