Monday, 25 March 2013

KISAH DI ZONE MERAH LAHAD DATU: PENGGANAS SULU BERPERANG PAKAI ILMU HITAM!

-SELAKNAT-LAKNAT MANUSIA ADALAH GOLONGAN MEREKA YANG MENGAKUI BERAGAMA ISLAM TAPI SEBALIKNYA MENGHARAPKAN BANTUAN SELAIN DARI ALLAH!-

Siang tadi aku mengucapkan "Selamat Hari Polis yang ke 206" untuk rakan baikku, seorang anggota polis dan aku amat terkejut bila dia memaklumkan yang dia kini ditugaskan di Lahad Datu semenjak insiden itu bermula pada bulan lepas.

Sebak hati aku bila dia menyatakan, "Yang pasti Salfian, konflik di Sabah ini bukannya satu sandiwara seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak."

Beliau juga menyatakan yang kumpulan pengganas Sulu kebanyakkannya nyata menggunakan ilmu hitam.

Secara ringkas, beliau menceritakan pengalamannya dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan pengganas Sulu yang membuat serangan hendap di dalam kawasan "zone merah".

Kejadian itu berlaku sewaktu beliau dan rakan sepasukannya sedang mengiringi sepasukan anggota forensik dalam proses mengeluarkan mayat-mayat pengganas Sulu yang ditanam dalam satu lubang yang besar di Kampung Tandou pada jam 1.30pm @ 6hb March 2013 yang lepas.

"Pengganas-pengganas Sulu yang menyerang kami bagaikan "watak kartun" sahaja kerana setiap kali mereka terkena tembakan, mereka akan rebah tapi hanya untuk sementara waktu sebelum bangkit dan menyerang semula."

"Walaupun kedudukan kumpulan pengganas Sulu dan kami (pasukan polis pengiring) hanya lebih kurang 100 meter jauhnya, kelibat mereka lansung bagaikan tidak dapat di kesan lokasi sebenar pengganas-penganas berkenaan."

"Tembakan datang bertalu, sekejap dari depan, sekejap dari kanan dan sekejap dari kiri sehinggakan ianya agak sukar untuk kami mengagak kedudukan sebenar musuh."

Beliau juga mengakui hanya beberapa kali ada melihat kelibat "bayang-bayang" penganas-penganas yang berlari secara "zig-zag" bersembunyi di sebalik pokok kelapa sawit dan semakin menghampiri kedudukan mereka.

"Namun Alhamdullillah, kami dapat bertahan selama tiga jam sebelum kumpulan pengganas-pengganas Sulu itu berundur apabila menyedari pasukan bantuan dari PGA dan ATM tiba lebih kurang jam 5 petang kemudian."

Selepas ketibaan pasukan bantuan PGA dan ATM yang kemudiannya mengawal keadaan, barulah kami dapat membawa pasukan forensik tersebut keluar dari kawasan zone merah dengan selamat, keluhnya lagi.

Sahabatku, sempena Hari Polis Ke 206, aku doakan agar engkau dan semua anggota keselamatan negara ini sentiasa tabah dan selamat dalam menjalani tugas walau dimana kalian berada. Akhirkata, aku sedekah jua Al-Fatihah kepada rakan-rakan seperjuanganmu yang telah gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List