Monday 25 March 2013

VIDEO TAIB, "HASIL KERJA-TANGAN" SARAWAK REPORT & PKR!

-FITNAH, FITNAH, FITNAH! BILA DAH TAKDE MODAL, TERPAKSA CIPTA FITNAH! ITU JE LER KORANG TAHU! KEKEKE!!!-

Jelas sekali, Sarawak report begitu jahil mengenai Tanjung Manis, dimana ia mendakwa kawasan hutan bakau di situ telah digondolkan. Hakikatnya bahawa Tanjung Manis, masih merupakan kawasan yang dikelilingi oleh hutan tebal. Sebahagian daripada kawasan yang telah dipotong pokok-pokok bakau ditanam dengan spesies pokok yang lebih baik untuk menjaga kawasan, yang sedang dibangunkan untuk hab halal, ternakan sangkar ikan dan penanaman padi.

Ia sebenarnya bercanggah dengan pembangunan kawasan yakni "mengondolkan" Tanjung Manis, yang merupakan kawasan hijau, untuk membangunkan pelabuhan laut dalam, menubuhkan industri dan secara amnya untuk membangunkan kawasan dan rakyat, yang mesti diberi peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Tanjung Manis terletak di delta Rajang yang luas mempunyai pengaliran air yang bersimpang-siur oleh banyak sungai-sungai kecil yang menyumbang kepada mempercepat kelodak lumpur yang lebih dari aliran hulu sungai ke muara sungai. Akibatnya, muara sungai menjadi cetek dan delta keseluruhan menjadi basah dan berlumpur.

Secara umumnya, kawasan pantai bermula dari Kuala Rajang ke Sungei Serupai dipenuhi dengan banyak sungai-sungai sehingga menyebabkan pembinaan jalan begitu sukar apatahlagi membuat penyambungan jalanraya. Orang-orang yang tinggal di kampung-kampung tradisional perlu menanggung kos pengangkutan yang tinggi untuk mendapat barangan dan bahan-bahan mereka. Mereka tinggal di kawasan yang paling sukar untuk dibangunkan walaupun mereka mempunyai jumlah penduduk yang besar namun mereka inilah juga di kalangan penyokong yang paling setia Barisan Nasional BN.


Oleh kerana ini, Kerajaan Negeri telah memikirkan cara bagaimana untuk membawa pembangunan kepada kawasan pantai sejak tahun 1963 kerana mereka benar-benar memerlukan bantuan. Sebahagian besarnyab penduduk yang tingggal di kawasan-kawasan yang sedang membangun dengan begitu pesat tersebut bekerja di kem-kem balak atau menjadi nelayan tradisional.

Setelah satu kajian dibuat, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam di Tanjung Manis sebagai satu projek permulaan untuk memulakan pembangunan keseluruhan kawasan-kawasan Batang Rajang/Batang Igan.

Objektif keseluruhan strategi pembangunan adalah untuk mengubah Tanjung Manis dan kawasan-kawasan lain dari kawasan yang sukar untuk membangunkan untuk menjadi kawasan yang boleh mewujudkan peluang bagi rakyat untuk menjana pendapatan yang stabil untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Tdak ramai yang mengenali Datuk Hajah Norah sebelum dia telah dicalonkan untuk menjadi calon untuk kawasan Parlimen Tanjung Manis dalam pilihan raya Umum Mac 2008. Tetapi mengikut kata Lord Ahmed, seorang ahli British House of Lords, Norah sebenarnya adalah lebih popular di London daripada di Sarawak. Dia sudah mengetuai 43 syarikat sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Tanjung Manis.

Sudah tentu, Sarawak Report mempunyai keistimewaan untuk memetik kata demi kata kenyataan oleh Fatimah Abdul Rahman (walaupun mereka tidak muncul dalam klip video itu) yang hanya menberi gambaran yang sangat jelas kepada rakyat yang klip video itu adalah kerja Sarawak Report untuk PKR. 

(Di terjemah dengan kebenaran Sarawak Monitor

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List