Friday 25 January 2013

HELLO-HELLO? ADA ORANG DISANA TAK?

-MUNGKIN MEREKA INI "BUTA ATAU PEKAK ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI", ITU SAJA UNGKAPAN YANG DAPAT AKU BERIKAN SETELAH MEMBACA KUPASAN TERBAIK NUKILAN RAKAN SEPASUKANKU; MELANAU BLOGGER™, TAK PERCAYA? BACALAH SENDIRI! KEKEKE!!!- 

Malangnya fitnah blogger tersebut tak menjadi. Gambar terkini Taib dan Awang Tengah bersama pemimpin-pemimpin PBB yang lain semasa sambutan Maulidur Rasul 2013 diBetong semalam
Ramai kalangan orang politik beranggapan salah satu cara untuk menunjukkan mereka "profesional" adalah dengan "menafikan" dan bercakap dengan penuh putar belit setiap kali berhadapan dengan suatu isu. Kalangan pemimpin PBB tidak terkecuali mempamerkan lagak yang memualkan itu, seolah-olah rakyat terlalu lurus untuk mereka perbodohkan.
 
Dalam dua hari ini, dunia siber di Sarawak tiba-tiba hangat dengan laporan dari laman Sarawak Report berkenaan satu komplot dalam PBB untuk mengguling Ketua Menteri Taib Mahmud.
 
 
Para pembaca maya mungkin mual seketika mendengar sandiwara pemimpin Barisan Nasional Sarawak yang menyalahkan blog Sarawak Report dalam hal itu.
 
Benar atau tidak seperti yang didakwa, isu tersebut bukan dibangkit oleh DAP, PAS atau PKR. Sebaliknya oleh "perkakas PBB" yang dibayar dengan lumayan.

Saya sudah beberapa kali menulis dan mengulas tentang blogger SPDP yang secara konsisten menyerang pemimpin PBB. Menariknya blogger berkenaan dibiayai sendiri oleh Barisan Nasional diperingkat persekutuan dan juga negeri.
 
Pemimpin PBB kelihatan sangat takut dengan blogger tersebut, sehingga sanggup menabur wang ringgit untuk memastikan blogger ini sentiasa ‘kenyang’.
 
Alangkah jahanam, bila wang jutaan ringgit yang sepatutnya lebih baik untuk membantu rakyat dikampung-kampung . tapi mereka curahkan untuk kelompok blogger berkenaan agar terus mendabik dada. Alasannya, mereka adalah UMB.
 
Lebih ironi, agensi kerajaan turut menabur dana untuk kelompok blogger tersebut. Adakah itu salah Sarawak Report?
 
Kalangan pemimpin BN Sarawak merasakan mereka sangat bijak, kerana menunding jari kepada Sarawak Report.
 
Mungkinkah kejantanan mereka telah dikembiri oleh para conmen yang mendampingi mereka selama ini, lantas tidak mampu bersuara, jauh sekali menyergah blogger pro-BN yang menjadi dalang di sebalik semua itu.
 
Sampai bila lagi pemimpin dan blogger terbabit terus membohongi seluruh rakyat Sarawak dengan sandiwara mereka. Adalah presiden SPDP turut menjadi tangan ghaib disebalik semua itu?
 
Yang paling pasti semua itu bukan Sarawak Report, kerana blog Sarawak Report tidak bercita-cita untuk jadi pemimpin. Dan rakyat Sarawak juga tidak terlalu bodoh untuk membayangkan mereka akan dipimpin sebuah Blog atau laman web.
 
Inilah bahagian yang paling serius untuk kita pertimbangkan, segalanya penuh penipuan dan sandiwara yang dibiayai sendiri oleh kerajaan Barisan Nasional.
 
Paling bahaya adalah menjadi penyokong setia, kerana rakyat akan dianggap sekadar "kaldai" untuk mereka pergunakan sepenuhnya...
 
Sumber: MELANAU BLOGGER™
 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List