Thursday 24 January 2013

ANWAR NAK BERTANDING DI SARAWAK?

-PUCUK DICITA ULAM MENDATANG, KALAU SUNGGUH TUAN BERHAJAT NAK BERTANDING DI SINI, KECIL TAPAK TANGAN, STADIUM NEGERI SARAWAK KAMI TADAHKAN! KEKEKE!!!-


Kalau betul-betul hang (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim) anak jantan yang mempunyai "teloq" berani bertanding di kawasan Parlimen lain bukannnya Parlimen Permatang Pauh iaitu "kubu kuat PKR" dalam PRU-13 kelak, hang mai lah pi sini bertanding kat Sarawak ni! (Kena baca pakai slang Penang noo)
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membayangkan kemungkinan dia tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimennya di Permatang Pauh sebaliknya sedang mempertimbangkan samaada akan bertanding di dua kawasan Parlimen yang lain.
 
Betulkah Parlimen Permatang Pauh masih menjadi "kubu kuat PKR" lagi? Aku yang di Sarawak ni pun ada dengar cerita PKR dah "goyang" di sana disebabkan "rakan-rakan sepakatan" Anwar Ibrahim dan termasuk dirinya sendiri yang banyak tidak melangsaikan janji-janji Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.
 
Anwar sebenarnya sedar yang beliau sudah tidak "selamat lagi" di Permatang Pauh kerana telah hilang pengaruhnya di kawasan tersebut kerana masyarakat, terutamanya orang Melayu di sana sudah muak dengan mainan politiknya.
 
Pasukan khas yang dihantarnya membuat post-mortem dan "kajian" selepas lawatan PM Najib di Permatang Pauh baru-baru ini sudah pasti memberi keputusan yang negatif dan buruk sehinggakan Anwar Ibrahim sendiri tidak pasti lagi jika dia selamat atau tidak jika bertanding di sana kelak.
 
Orang lain boleh lah hang auta Bang Anu, habih hang kali kali ni, hang kena pegang janji hang buat dulu noo..kalau pakatan tak berjaya jadi kerajaan, hang berenti politik dan pi bertobat yee...kekeke!!!
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List