-JANGAN CUBA HINA ATAU PANDANG RENDAH AKAN TAHAP KEPINTARAN PEMBACA BLOG ANDA (SEKIRANYA ADALAH) MAHUPUN PEMERHATI POLITIK DENGAN MEMBUAT KENYATAAN YANG BERTENTANGAN DENGAN APA YANG ANDA GAMBARKAN MELALUI PENULISAN ANDA SELAMA INI .. PELAYAR INTERNET BUKANNYA TAK PINTAR "TAHAP KELDAI" (DENGAN HORMAT, TIADA NIAT UNTUK MENGHINA) MACAM PENULISNYA .. KEKEKE!!!-
Mana yang lebih hina? Mati-mati menyatakan diri berada dipihak yang betul sedangkan seantareo mata dunia (tolak kroni-kroni tegar yang tak bisa lagi membezakan mana yang betul atau salah, jahat atau baik, bermaruah atau sebaliknya) melihat segala kejahatan yang dilakukan oleh sekutu penulis dan penulis sendiri menunjukkan langsung perasaan malu mahupun kekesalan (It really reminds me of the Zionist Regime lah!).
Cuba penulis huraikan dimana kebaikannya dan kemuliaan seorang ahli parti komponen BN mereka-reka sesebuah konflik yang tiada asas langsung yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB anda, parti komponen BN rakan penuli sendiri dan memperlagakan beliau dengan salah seorang menteri dan pemimpin kanan PBB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.
Apabila rakan blogger; MELANAU BLOGGER™ cuba mempertahankan serangan tersebut dengan fakta-fakta yang logik berasaskan pengelamannya "ngerinya" bersama entiti blogger berkenaan beberapa tahun dahulu, ada pula "Pak Sanggup" yang sanggup meng"kambinghitam"kan dirinya dan rela disua kehadapan untuk menyerang MELANAU BLOGGER™ pula. Namun, kepada mereka yang mengikuti rentetan isu ni, artikel terakhir "Pak Sanggup" itu betul betul menunjukkan samada penulis itu tidak matang atau benar-benar lembab pemikirannya atau buat-buat bodoh (dengan hormat).
Dimana rasa hormat dan setiakawan rakan karib penulis berkenaan apabila menyentuh malah mereka-reka sesuatu konflik dalam parti rakan komponen BN Sarawak sendiri walaupun semua orang tahu akan "a well known open secret" yang parti penulislah yang sebenarnya bermasaalah dan mengelami perpecahan namun atas rasa semangat perjuangan berpasukan pemimpin-pemimpin serta rakan-rakan dari parti komponen lain bertegas enggan mengulas perkara tersebut walaupun didesak oleh pihak-pihak media. Namun ianya adalah keadaan buat rakan karib penulis adalah sebaliknya kerana tanpa paksaan, tanpa ditanya beliau menyerang Awang Tengah bertubi-tubi sebelum dikatakan "berkongsi" cerita dengan SarawakReport apabila tiada pihak yang mengambil "port" atas serangannya.
Jangan cuba menunding jari ke arah SarawakReport kerana mereka adalah pihak ketiga yang menggunapakaikan semula artikel-artikel yang dicipta kuncu baik penulis yang menganggap rakan saya biadap dalam usahanya mempertahan PBB dengan membuat teguran secara berhemah dan wajar. Jadilah seorang lelaki yang berani menghadapi apa-apa saja dek atas permainan poltik yang dimulakan oleh diri sendiri bukan menyalahkan orang lain.
Pesanan Pak Sanggup berkenaan kepada MELANAU BLOGGER™ yang merupakan penulis blog politik yang memegang ranking nombor satu di negeri ini sejak beberapa tahun ini,"Berhati-hati sebelum berbicara, terlajak kata susah nak berundur," wajar ditujukan dengan rakannya, blogger yang terunggul di Sarawak seperti yang sering diperakuinya dimana beliau membayangkan yang beliau adalah jaguh membuat "prediction" dan meramalkan keadaan politik Sarawak menerusi penulisan merapu melampau-lampau walaupun, situasi itu sebenarnya nyata dimulakan dirinya sendiri.
Sekarang aku pulak nak bagi bagi pesanan dengan Pak Sanggup dan rakan bloggernya, golongan manusia yang dianggap bodoh pada tahap yang amat luarbiasa adalah mereka yang mengeluarkan kata-kata sebelum berfikir berulang kali.
PS: Dengar cerita, blogger tersoho Sarawak tersebut telah memohon dana mencecah jutaan ringgit dari agensi kerajaan baru-baru ini. Untuk apa bayaran tu? Untuk menutup mulut? Kekeke!!!
-UnReportedNews™®
Artikel berkaitan:
ANTARA DUA; SAMAADA BLOGGER ITU BENGAP ATAU PALOI! (KURANG BIJAK)
HELLO-HELLO? ADA ORANG DISANA TAK?
BENARKAH PBB SUDAH BACUL?
APA KATA KM TENTANG PLOT MENGENAINYA: RUBBISH!
PLOT TUMBANGKAN KETUA MENTERI HANYA MAINAN POLITIK KOTOR!
SEBAR FITNAH: DISEBABKAN BLOGGER & KRONI TAK DAPAT HABUAN?
PLOT TO DUMP TAIB-CERITA REKAAAN SEMATA-MATA
UNTUK ORANG SARAWAK SAHAJA: SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..
Awas agensi kerajaan dan pemimpin BN, ada pihak tengah turun ofis naik ofis jual kertas 'proposal'. Jangan layan.
ReplyDelete