Sunday, 27 January 2013

WHIZZEKID, MUKA KO DIAT!

-KUPASAN "KARYA PALING TERBAIK" KATEGORI MERAPU NUKILAN BUDAK BINGUNG BERNAMA WHIZZEKID YANG BAGAIKAN BERADA "ALAMNYA SENDIRI"! KEKEKE!!!-
 
Betapa banyak cerita pasal pakatan dan juga pembelot negara yang boleh kita kongsikan tapi kenapa Sarawak pula yang menjadi sasaran anda?-Whizzekid
Yeler, patut kau tanyak "boss engkau" yang kini dilabelkan sebagai "Trojan Pembangkang" yang sengaja diserap ke dalam BN Sarawak untuk memporak-perandakannya. Hakikatnya, budak bingung ini sebenarnya buta, naif atau buat-buat bodoh kerana sudah lupa, bossnya sendiri telah dikenalpasti bertanggungjawab memulakan fitnah yang kononnya terdapat konflik diantara Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Mahmud dan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan. Budak bingung ini mungkin juga tidak menyedari yang bossnya yang telah dikenalpasti sebagai salah seorang dalang utama dalam perkara ini juga bakal diarah memberi penjelasan kepada Biro Displin BN Sarawak tidak lama lagi, gara-gara tindakannya yang menerusi blognya yang berkemungkinan boleh mencetus resah gelisah, syak wasangka dikalangan ahli-ahli PBB. Pembelot? Aku kah yang menulis artikel komplot yang kononnya Awang Tengah berniat menjatuhkan Taib? Akukah atau boss Budak Bingung tersebut yang pentingkan dirinya sendiri, mensensasikan lagi fitnah berkenaan menerusi blog pihak pembangkang? Mohon maaf, bukannya perinsip aku untuk berkongsikan apa-apa dengan spesis-spesis seperti Budak Bingung ini, lebih-lebih lagi bossnya yang menerusi penulisannya yang langsung tak berasas, nyata berbaur fitnah yang berniat menganggu-gugat perpaduan dalam PBB. Hakikatnya mengenai banyak lagi isu lain yang boleh dibangkitkan tetapi mengapa boss Budak Bingung ini memilih untuk mencipta konflik, menjadi batu-api, yang amat cenderung boleh mencetuskan perpecahan. Maaf aku tidak biasa berkongsi apa-apa spesis-spesis yang seperti anda. 
 
Sedangkan selama ini pun tanpa duduk di Sarawak dan atas kepimpinan CM Taib Mahmud, siapalah anda semua?-Whizzekid
Maafkan aku sekali lagi kerana aku benar-benar tidak memahami soalan yang diajukan oleh Budak Bingung ini. Dalam hal ini, siapa diri kami tidaklah begitu penting sebaliknya, persoalan tersebut harus diberi penjelasan oleh Budak Bingung dan bossnya akan siapakah diri mereka sebenarnya, entiti yng dipertanggungjawabkan oleh BN Sarawak dalam bidang cyber namun sebaliknya mengentam kerajaan.
 
Saya rasa anda semua akan merempat, mengemis macam sesetengah rakyat negara lain.-Whizzekid
Kenyataan Budak Bingung ini sebenarnya lebih tepat diajukan oleh bossnya sendiri yang merempat, melompat dari satu persatu dari parti-parti komponen BN Sarawak sambil mengemis ke sana sini memohon jumlah dana yang tidak munasabah langsung mencecah jutaan ringgit dari hampir semua agensi kerajaan yang majoritinya menyedari bahawa ianya amat tidak berbaloi jika melayani permohonan anda semua berdasarkan "nilai dan mutu kerja" anda semua yang tiada qualiti, intipati dan sebarang mesej yang hendak disampikan selain dari menghentam kerajaan. Strategi mainan anda semua yang hanya mengambil kesempatan untuk mengautkan kemewahan atas nama perjuangan BN Sarawak dan akan menyerang mana-mana individu yang enggan memenuhi pemintaan kalian sudah dapat dibaca. Dikhabarkan boss Budak Bingung ini telah begitu aktif bergerak ke sana sini membawa kertas kerja berkaitan aktiviti dunia maya namun lngsung tidak dilayani oleh pihak-pihak yang berkaitan. Yang terkini, kertas kerja dijaja oleh boss Budak Bingung berjumlah melebihi 1 juta ringgit mendapat reaksi dingin dari pihak yang dipohon yang memberi alasan akan membawa permohonannya ke Kuala Lumpur namun sebaliknya, keputusan sebenarnya sudah dicapai iaitu permohonan tersebut tidak diluluskan.
 
Suarakan pendapat anda kepada blogger yang sepatutnya tapi bukannya dengan membelasah para pemimpin yang tidak mengetahui asal usul cerita anda.-Whizzekid
Lagi sekali, anda seharusnya mengajukan soalan kepada boss anda yang merupakan orang nombor dua dalam entiti yang ditubuhkan oleh pemerintah dan bertanggungjawab dalam bidang dunia maya namun sebaliknya, dia adalah tok dalang yang merancang konflik ini yang menghentam taib dan Awang Tengah
 
Contohnya pasal artikal audie61 yang berkenaan ‘Awang Tengah's Men‘.. Nampak sangat mereka ini tidak memahami.-Whizzekid
Aduh, begitu ceteknya pemikiran anda jika dilihat kedaifan serta ketandusan dalil dalam cubaan spin mengenai perkara yang diatas hingga ianya mengambarkan anda dan boss anda sendiri bagaikan tidak begitu memahami penulisan anda sendiri namun, berharap orang akan memahaminya dan sekiranya mereka tidak paham, menyalahkan orang lain pula.
 
Boooooo for all of the blogger yang bagi malu je. Jangan aibkan orang lain jika diri sendiri pun tidak seberapa eloknya. Pandang cermin sebelum kritik orang lain.-Whizzekid
Amboi, jelas anda belum mencapai kematangan fikiran berbanding dengan umur anda. Siapa yang mengaibkan Awang Tengah dengan tuduhan melulu dia berkomplot ingin menjatuhkan Taib? SarawakReport? Nyatakan dimana "keelokan" boss anda dalam artikel-artikel merapunya mengenai dua pemimpin kanan PBB berkenaan? Pandang cermin? Pandanglah kekurangan parti sendiri sebelum nak mengkritik parti orang lain.
 
Jika ada blogger yang terima duit suapan untuk menjadi blogger terkenal, rasanya ramai dah yang menjadi kaya. Namun kebanyakan blogger tidak kaya kerana mereka ini menulis berdasarkan minat dan juga prihatin.-Whizzekid
Kenyataan anda bertentangan dengan pendirian boss anda sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan, "tiada blogger yang sanggup melakukan kerja tanpa dibayar". Namun aku agak tidak bersetuju dengan ayat yang kedua diperenggan diatas kerana dari pengamatan aku, penulisan anda dan bos anda langsung tidak mengambar keperihatinan dan minat, sebaliknya lebih menjurus memercikkan konflik menerusi hasutan dan spekulasi liar.
 
Dan ada juga pemberita surat khabar yang masuk campur dalam penulisan artikal blogger-blogger ini. Kalau dah makan gaji di syarikat penulisan surat khabar, janganlah campur adukkan kerja penulisan di surat khabar bersama blog di alam maya. Rasanya semua itu tidak perlu.-Whizzekid
Mengapa dengki kah? Tak tahan bersaing dengan aku ker? Aku nak bagi tau anda satu rahsia ya, yang menggalakkan aku berblogging adalah boss anda sendiri malah beberapa artikel dalam blognya adalah nukilan aku. Terimakasih atas peringatan anda, selama ini aku mampu membahagikan masa untuk berblogging atau bekerja malah, majikan aku sendiri mengalakkan aku berblogging. Kewujudan aku dalam dunia blog ini amatlah diperlukan berdasarkan sambutan pembaca yang amat luar biasa sekali kerana sokongan mereka telah membolehkan blog aku berada dalam ranking tiga blog politik terbaik di Sarawak secara konsisten manakala pada peringkat nasional, kesudian pembaca blog aku telah meletakkan blog aku disenarai dalam top 100 pro-BN di Malaysia iaitu jauh lebih baik dari blog anda dan juga blog boss anda. Secara logiknya, sesuatu yang kurang diminati atau tidak mendapat sambutan oleh orang ramai lah yang tidak relevan dan di perlukan lagi kan?
 
Tanya boss anda mengenai kesahihan perbualan kami pada tahun lepas. Bagaimana kita nak mempercayai integriti seseorang blogger yang mengakui mereka-rekakan cerita hanya untuk menaikkan hit blognya.
 
Menggemparkan dunia politik dengan berita sebegini bukanlah cara persaingan sihat.-Whizzekid
Ya, dalam hal ini aku bersetuju dengan kenyataan anda, boss anda sepatutnya tidak mereka-reka konflik dengan bertujuan untuk mengemparkan dunia politik hanya untuk menaikkan hits blognya.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Namanya pun dah biscuit. pasti otaknya senipis jam di dalamnya.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List