Wednesday 23 January 2013

APA KATA KM TENTANG PLOT MENGENAINYA: RUBBISH!

-DALANG YANG MEMULAKAN FITNAH, "MASTERMIND" YANG MENCIPTAKAN FITNAH & MENGAPA FITNAH ITU DICIPTA SUDAH DIKENALPASTI? BETULKAH NI? KEKEKE!!!-
 
 
Rancangan yang cuba hendak "memporak-perandakan" perpaduan PBB menerusi fitnah plot yang kononnya Datuk Amar Haji Awang Tengah ingin menjatuhkan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud nampaknya tidak menjadi!
 
Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Awang Tengah telah pun menemui Taib mengenai perkara ini semalam. Taib juga dikatakan telah menganggap segala fitnah tersebut sebagai "sampah" dan hanya mainan politik kotor semata-mata!
 
UnReportedNews™® difahamkan, juga menerusi pertemuan itu, beberapa orang dalang, baik yang mencipta atau menyebar fitnah mahupun tujuan utama penyebaran fitnah itu sudah dikenalpasti!
 
Mmmm .. tak tau ler apa tindakan yang di ambil oleh Taib seterusnya.
 
 
Artikel berkaitan:

PLOT TUMBANGKAN KETUA MENTERI HANYA MAINAN POLITIK KOTOR!

SEBAR FITNAH: DISEBABKAN BLOGGER & KRONI TAK DAPAT HABUAN?

PLOT TO DUMP TAIB-CERITA REKAAAN SEMATA-MATA

UNTUK ORANG SARAWAK SAHAJA: SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menafikan laporan beliau dalang di sebalik konspirasi menggulingkan Presiden parti Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II juga menyifatkan laporan itu sebagai kerja 'orang luar' yang mahu melihat tunjang Barisan Nasional Sarawak berpecah dan lemah, terutama menjelang pilihan raya umum.

"Saya tegaskan tidak ada plot sedemikian. Saya sentiasa bersama dan komited kepada ketua menteri dalam semua situasi. Saya antara yang mahu ketua menteri terus mengetuai parti, kerajaan negeri dan rakan saya dalam parti tahu mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan, di Kuching hari ini.

 
Beliau juga percaya laporan 'Plot to Topple Chief Minister of Sarawak' (Rancangan untuk gulingkan ketua menteri sarawak) yang diterbitkan akhbar tempatan semalam bersumberkan Sarawak Report, portal berpangkalan di luar negara dan dikenal pasti antikerajaan Sarawak, selain menerbitkan dakwaan yang diketahui umum sebagai palsu dan tidak berasas selama ini.

Mengenai dakwaan Sarawak Report mereka menerima dosir mengenai rancangan menyingkirkan Taib pada konvesyen parti Mei ini daripada sumber rapat Taib, Awang Tengah berkata tidak masuk akal bagi 'sumber rapat' ketua menteri itu menyerahkan dosir tersebut kepada portal yang selama ini menghentam ketua menteri dan kerajaan Sarawak.

"Saya telah membuktikan saya anggota yang setia kepada parti dan ketua menteri yang juga presiden parti," katanya menambah pada 1998 beliau diminta menjadi calon untuk jawatan naib presiden kanan parti yang diterimanya pada saat-saat akhir dan menang, namun meletak jawatan secara sukarela bagi memastikan perpaduan dan hierarki dalam parti dapat diteruskan.

"Saya tidak bercita-cita tinggi atau gila jawatan baik dalam parti atau kerajaan. Dalam kerjaya politik saya, saya tidak pernah melobi untuk jawatan. Saya cuma mahu berkhidmat kepada rakyat, parti dan negeri," katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Kemudahan Awam dan Pembangunan Industri menyifatkan laporan itu berniat jahat dan beliau tidak akan terperangkap dalam jerat berkenaan.

Laporan itu juga mendakwa kumpulan yang dipimpin Awang Tengah akan terus berlakon sebagai bersatu ketika pilihan raya umum akan datang, telah menerima sokongan ramai pengikut termasuk anggota keluarga terdekat Taib bagi menyingkirkannya pada Mei ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden parti Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan terbabit sebagai dakwaan nakal dan dilakukan kerana keteguhan ikatan antara anggota PBB.

"Saya tahu beliau (Awang Tengah) bukan 'Brutus'. Saya kenal beliau kerana saya turut bertanggungjawab dalam pencalonannya pada 1987 untuk bertanding di Lawas.

"Kami (PBB) kuat sebab itu yang lain cemburu. Bila cemburu mereka akan cuba mencetuskan pergaduhan antara kami. Saya nasihatkan penyokong PBB agar tidak melayan dakwaan ini kerana ia tidak benar," katanya kepada pemberita di Kuching, semalam.

-Bernama
 
-UnReportedNews™®

 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List