Thursday 24 January 2013

BENARKAH PBB SUDAH BACUL?

-MENGAPAKAH MESTI "BERPURA-PURA MENUNDING" JARI KE ARAH YANG LAIN (SARAWAKREPORT) SEDANGKAN "MUSUH DALAM SELIMUT" BN SARAWAK SELAMA INI TELAH JELAS MENAMPAKKAN DIRI MELALUI PENULISAN FITNAHNYA? PBB MERUPAKAN PARTI TERKUAT DALAM BN SARAWAK NAMUN KE MANAKAH PERGI "SUARA-SUARA" GARANG PBB? ATAUPUN MEMANG PBB SUKA DIPERMAIN-MAINKAN OLEH BLOGGER INI?-


Usah biarkan ahli-ahli PBB baik di peringkat akar-umbi mahupun di peringkat yang tertinggi menanti lebih lama dalam resah lagi tertanya-tanya samada ada kebenaran dalam fitnah yang dilempar blogger ini. Lebih lama ianya dibiarkan, semakin banyak "persoalan" akan timbul.
 
Fitnah yang dilemparkan adalah tuduhan yang teramat serius kerana ianya melibatkan pemimpin kanan PBB  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Presiden PBB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.
 
Apakah tuduhan yang mengatakan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan cuba mengatur strategi untuk menjatuhkan kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud boleh dibiarkan begitu saja? Mengapa tidak dicantas terus "parasit" yang sudah dikenalpasti itu agar ianya tidak menular menjadi kanser yang lebih kronik lagi?

SUDAH TERANG LAGI NAK BERSULUH?

Walaupun Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menganggap "plot untuk menjatuhkannya" adalah semata-mata "mainan politik kotor" namun bagi ahli-ahli diperingkat akar-umbi, mereka tentu tertanya-tanya mengapa pemimpin-pemimpin PBB lain seakan "menutup mata" dan membiarkan saja pemimpin tertinggi PBB diperolokkan begitu saja tanpa mengambil tindakan ke atas "musuh dalam selimut" yang telah seakan begitu angkuh dan berani menunjukkan dirinya?

Sekiranya PBB tidak mengambil tindakan atau tidak berbuat apa-apa untuk mengembalikan maruah PBB selaku parti terkuat dalam BN Sarawak, tidak mustahil pelbagai persepsi akan timbul dikalangan penyokong-penyokong PBB, terutamanya pada peringkat akar-umbi. Tidak mengambil tindakan bermakna membuka ruang bagi pihak-pihak yang lain untuk berbuat perkara yang serupa kepada PBB dimasa yang akan datang kerana tanggapan PBB sudah bacul, takut untuk bersuara dan enggan mempertahankan diri.
 
Sewajarnya, tindakan seharusnya diambil sewaktu artikel pertama blogger tersebut yang berbaur fitnah hasutan yang menunjukkan kecenderungan ingin memecahkan perpaduan PBB dikeluarkan bukanlah menanti sehingga ianya mencapai tahap sebegini.

PBB harus mengambil tindakan sekarang, lebih-lebih lagi ketika kita menghampiri ambang  PRU-13 untuk merapatkan saf, memulihkan perpaduan dan mengembalikan kepercayaan penyokong-penyokong PBB agar kekal menjadi tunjang utama BN Sarawak.

-UnReportedNews™®

Artikel berkaitan:

APA KATA KM TENTANG PLOT MENGENAINYA: RUBBISH!

PLOT TUMBANGKAN KETUA MENTERI HANYA MAINAN POLITIK KOTOR!

SEBAR FITNAH: DISEBABKAN BLOGGER & KRONI TAK DAPAT HABUAN?

PLOT TO DUMP TAIB-CERITA REKAAAN SEMATA-MATA

UNTUK ORANG SARAWAK SAHAJA: SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..


1 comment:

  1. benar bro! some of them "not a real politicians".Nor a fighter. malah ramai masih ber hibernation.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List