Wednesday 23 January 2013

PBB TUNJANG BN SARAWAK

-PBB DITUBUHKAN DIATAS PENGORBANAN SEJATI DARIPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA AHLI-AHLI TIGA BUAH PARTI DEMI UNTUK PERPADUAN RAKYAT SARAWAK & SEHINGGA KINI, IANYA TERUS MENJADI TULANG BELAKANG BN SARAWAK-
 
Asal penubuhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah cantuman tiga buah parti politik Sarawak; Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).
 
Pergabungan tiga parti yang dianggotai oleh pelbagai kaum ethnik dan bumiputera itu direalisasikan diatas kesedaran bertapa pentingnya perpaduan dan permuafakatan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk dalam membentuk satu kerajaan yang stabil untuk menguruskan hal-ehwal negeri ini disamping menjaga dan memelihara hak bumiputera Sarawak, baik dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Bayangkan, bertapa sucinya pengorbanan pemimpin-pemimpin PBB yang silam, terutamanya mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam ketiga-tiga parti berasingan sebelum itu dimana mereka rela melepaskan jawatan mereka demi merealisasikan pengabungan ini demi untuk kesejahteraan dan perpaduan rakyat jelata.

Sikap yang tidak mementingkan diri serta menolak ke tepi kepentingan peribadi dan mementingkan rakyat dari yang diamalkan sejak penubuhan PBB (secara rasmi) pada April 30, 1973 masih dipupuk oleh ahli-ahli PBB sehingga kini telah membolehkan PBB menjadi tunjang BN Sarawak hingga sekarang.

Amalan ini yang dipraktikkan dari zaman Tun Jugah (Jugah anak Barieng) yang merupakan Presiden pertama PBB (sehingga tahun 1981) hinggalah ke Presiden PBB sekarang iaitu Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak nyata mampu menyatukan kaum bumiputera pada tahap yang maksima dan ini membolehkan pembangunan di negeri ini berjalan dengan rancak dan konsisten dibantu oleh rakan komponen-komponen parti BN Sarawak yang lain; PRS, SPDP dan SUPP.

 
Segala pengorbanan suci serta sikap tidak mementingkan diri yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PBB silam harus diingati selalu serta menjadi garis panduan dan contoh kepada ahli-ahli PBB masakini agar meningkatkan keikhlasan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan tanahair tercinta Bumi Kenyalang.

Sejarah telah membuktikan PBB mampu mengharungi sebesar mana jua dugaan dan cabaran apatah lagi yang nyata fitnah dan nista semata-mata, kerana PBB, yang terbentuk daripada hasil pengorbanan suci pemimpin-pemimpin terdahulu sentiasa mempraktikkan amalan perpaduan yang tak berbelah bagi iaitu merupakan kekuatan utama PBB!

Renung-renungkanlah.
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List