Tuesday, 8 January 2013

BERSIH 6.0 TERHADAP KETIDAKTELUSAN PILIHARAYA?!

-"MELAYU CELUP" MENJADI AHLI CEC DAP KERANA BANYAK "TALIAN HAYAT" DARI "PENGUNDI HANTU" NAMUN TIADA PULA AMBIGA ATAU SESIAPA SAJA DARI PAKATAN HARAM MELAUNG-LAUNGKAN BANTAHAN DENGAN AMALAN SYSTEM "SUKA-ATI-AKU-NAK-LANTIK-ANGGOTA-CEC-AKULAH" DAP! KEKEKE!!!-
Walaupun keputusan matematik aku dalam SPM dulu agak kurang memuaskan, tapi aku sangat pasti yang aku dapat mengira sampai ke nombor 50 dengan betul namun sehingga kini aku masih tiak paham bagaimana "Melayu Celup" Zairil Khir Johari, setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, berjaya dilantik ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP berikutan "pembetulan" yang dibuat ke atas keputusan yang diumumkan pada kongres parti itu bulan lepas.

DAP mengakui terdapat kesilapan dalam penjumlahan undi semasa pemilihan parti di Pulau Pinang pada 17 Disember, di mana kesemua lapan calon Melayu, termasuk Zairil telah gagal dipilih ke CEC namun selepas keputusan yang dikemaskini, Zairil, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini telah memperoleh kedudukan 20 teratas dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) dan telah diumum sebagai ahli CEC!
 
Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan berikutan pengauditan dalaman dan luaran setelah "menyedari" kesilapan itu disebabkan oleh masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan Microsoft Excel. (Pulak, Microsoft yang di persalahkan!)
 
"Kesilapan menyebabkan calon-calon yang telah meraih kedudukan 31 hingga 38 dan mereka yang telah meraih 61 kepada kedudukan 68 yang diberikan bilangan undi yang sama," katanya, sambil menambah bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah dimaklumkan dijalankan pengauditan dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming, dan dilantik juruaudit luaran TCMK Associated Chartered Accountants.
 
Berbalik kepada pengiraan undi tadi, sekiranya Zairil, yang sebelum ini dikatakan telah mendapat 305 undi (tempat ke 39), didakwa telah mendapat 803 undi, meletakkan beliau dalam kedudukan ke-20 bagaimana dengan 18 orang yang di hadapan Zairil (nombor 21 ke 38 pula)? Banyak betul "talian hayat" pengundi hantu si Zairil ni?
 
Menambahkan kepelikan dalam system pilihanraya amalan DAP ini, seorang lagi calon, Vincent Wu, yang sebelum ini diumumkan sebagai menduduki tempat keenam dengan 1,202 undi sekarang tercicir ke tangga ke-26 kerana dikatakan hanya mendapat 669 undi mengikut keputusan terbaru bagaimanapun, sekarang masih dilantik sebagai ahli CEC dan dibenarkan untuk kekal sebagai penolong setiausaha penganjur kebangsaan! Wow! Ajaibnya!
 
Seorang anggota jawatankuasa penganjuran kongres ke-16 parti, bagaimanapun, berkata keputusan yang diumumkan pada 17 Disember lalu sepatutnya dikekal serta menambah tiada siapa yang mempertikaikan keputusan tersebut namun dia tidak faham mengapa pindaan perlu dibuat!
 
Kesimpulannya, DAP begitu jelas melentur-liukkan segala perundangan dalam process pemilihan CEC mereka demi untuk memenuhi kehendak mereka iaitu ingin menjaga hati orang Melayu DAP tapi secara tidak langsung mereka sebenarnya telah menghina Melayu DAP secara berganda iaitu 1) memilih seorang "Melayu Celup" untuk mewakili Melayu DAP dan 2) Melayu DAP terpaksa di beri "talian hayat" untuk bersuara dalam DAP.
 
Melayu DAP sepatut sedar mereka sebenarnya bagaikan "melukut di tepi gantang" yang menerima layanan "double-standard" dalam parti yang mengamal kerasisan yang begitu ketara. Sehingga aku menekan butang noktah terakhir pada artikel ini jam 04:20am (08hb Januari 2013) belum ada tanda-tanda Ambiga atau Ambigoat yang akan mengetuai Kempen Bersih 6.0 menentang ketidaktelusan DAP dalam pilihanraya CEC mereka! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List