-KOK YA PUN TERKENA BUASIR TAKKAN SIAP SAMPAI TAHAP ARAHKAN BINI ORANG HANTAR UBAT BUASIR MASUK KE DALAM BILIK HOTEL JAM 3 PAGI..APA UBAT BUASIR TU MACAM UBAT PANAU SALAP KER? MAIN SAPU-SAPU?
SAPU KAT MANA? KAT ANU? KEKEKE!!-
Bekas exco PAS Pahang Taharuddin Yaakob menyifatkan alasan
yang di beri oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sewaktu di tangkap basah
sekumpulan pencegah maksiat dan polis bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik
hotel dalam keadaan mencurigakan amatlah tidak munasabah sekali.
“Takkan pasal nak hantar ubat buasir..anda semua tahu tak apa ubat
buasir tu? Ubat tu untuk orang ada masaalah buang air besar…takkan pasal ubat buang air
besar, perempuan tu kena masuk dalam bilik hotel nombor 121 Mat Sabu? Siap bukak tudung lagi tu,” kata Taharuddin yang pernah bersama PAS selama 18 tahun sebelum bertindak meninggalnya parti
songsang itu secara sinis.
Kata-kata Taharuddin tersebut membuatkan mereka yang
menghadiri Bengkel Jentera Pilihanraya DUN Pantai Damai Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) yang telah diadakan di salah satu hotel terkemuka di Kuching petang
semalam tergelak besar!
Taharuddin adalah salah seorang daripada penceramah dalam
program satu hari tersebut yang telah dirasmikan oleh Timbalan Speaker Parlimen
yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“MasyaAllah..ada juga orang macam ni ya..dah kena tangkap
pun dapat mengelentongkan melepaskan diri tapi yalah..inilah politik
PAS..apa-apa boleh jadi,” katanya lagi.
Artikel di bawah ini di petik dari medan-info-kita.blogspot.com
Pada tanggal 31 Januari 1995, sekitar jam 2.40 pagi, Mat
Sabu “check in” di Hotel Perdana Kota Bharu, bilik bernombor 121. Selepas itu,
pada jam 9.00 pagi, datang seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor
bersama seorang lagi anggota polis meminta receptionist hotel menyerahkan
senarai nama nama hotel guest yang telah “check in”.
Tindak tanduk pegawai polis tersebut dikira biasa
seandainya mereka sudah mendapat sebarang maklumat [insider information] untuk
bertindak terhadap seseorang! Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita
dalam lingkungan usia 30an dipercayai Norma, bertudung dengan memakai seluar
berwarna hitam dan blouse masuk ke bilik 121 tempat Mat Sabu menginap….
Menurut penjelasan Mat Sabu selepas dicekup, pada waktu
berlakunya kejadian, beliau telah tertinggal ubat di rumah salah seorang
sahabatnya. Maka inilah alasan yang digunakan untuk justifikasikan kenapa Norma
perlu datang ke bilik 121 untuk menghantarkan ubatnya yang “tertinggal”. Tetapi
persoalannya…, kenapakah Norma perlu pergi ke bilik 121 seorang diri..? Tidakkah lebih wajar sekiranya Norma tinggalkan sahaja
ubat itu di kaunter Receptionist atau pun Norma menggunakan In House Hotel
Telephone minta Mat Sabu turun untuk mengambil ubatnya itu..? Ketika serbuan
dibuat oleh pihak polis, media, dan 7 orang pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal
Islam Kelantan [JAHEIK], pintu bilik 121 diketuk tetapi hanya berjaya dibuka
selepas 20 minit…!
Apabila pintu dibuka, Mat Sabu hanya memakai tuala mandi
berwarna hijau, Norma tidak memakai tudung dan keadaan katil di dalam bilik itu
agak berselerak….Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz menyatakan bahawa ini semua
adalah perangkap yang dikenakan kepada Mat Sabu oleh seseorang yang sangat
berpengaruh kerana sewaktu serbuan dibuat sudah ada krew TV3 dan Nik Aziz
mempersoalkan bagaimana boleh krew TV3 itu turut sama dalam notis yang
singkat..?
Mengikut rekod, apabila kes ini bawa ke Mahkamah Syariah
Kota Bharu, ianya telah digugurkan atas sebab sebab teknikal…, kenyataan
bercanggah oleh beberapa saksi JAHEIK mengenai nombor bilik hotel! Dalam benak kepada Mat Sabu ketika itu beliau rasakan
orang yang bertanggungjawab untuk aksi beliau ditangkap berkhalwat adalah Anwar
Ibrahim….
Itulah sebabnya pada tahun 1997, Mat Sabu adalah diantara
pemimpin Pas yang paling awal pergi ke pejabat Ummi Hafilda setelah tersebarnya
kisah “Surat Ummi kepada Tun Mahathir” melaporkan mengenai salah laku seks
Anwar Ibrahim.Malah sewaktu Mat Sabu bersama pemimpin Pas yang lain bertemu di
pejabat Ummi di Danau Kota, Azizan juga turut sama hadir. Menurut cerita Ummi,
pada waktu itu, Azizan telah melafazkan Sumpah Laknat….
Mat Sabu yakin dan percaya tingkah laku sebenar Anwar dan
beliau telah menggunakan pertemuan di pejabat Ummi sebagai modal untuknya
berceramah, malah ketika itulah Mat Sabu adalah satu satunya pemimpin Pas yang
menggelar Anwar sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi…!! ” Keyakinan Mat Sabu
terhadap salah laku seks Anwar turut dinyatakan olehnya sewaktu ditemuramah
oleh Ahmad Lutfi Othman pada 14 Jun 1998 di pejabat Majalah TAMADDUN. [Lutfi
adalah bekas Editor Majalah TAMADDUN, beliau sekarang adalah Editor-In-Chief
HARAKAH].
Nah…, lihatlah sendiri! Betapa indahnya dunia dan
sandiwara politik, bersungguh sungguh Mat Sabu ketika itu kunuuunnya mahu
mencari kebenaran mengenai kelakuan sebenar Anwar… Malah boleh kita tafsirkan
bahawa kesungguhan itu natijah daripada “dendam kesumat” Mat Sabu terhadap
Anwar! Sudah pasti Mat Sabu tidak akan memaafkan Anwar kerana kehadiran krew
TV3 sewaktu serbuan di Hotel Perdana Kota Bharu memang wajar untuk dikaitkan
dengan penguasaan “kerja tangan ghaib” Anwar.
Pada zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, sudah boleh dilihat penguasaan Anwar terhadap media tanahair
khususnya TV3! Mat Sabu pernah menyuarakan kebimbangan terhadap penonjolan
Anwar yang beliau sifatkan lebih merbahaya dari Tun Mahathir mengikut telahan
perspektif seorang musuh politik…!
Malah, Mat Sabu pernah menyatakan beliau tidak yakin
bahawa Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri yang baik..! Menurut Mat
Sabu, beliau percaya Anwar adalah manusia jenis yang sanggup menggadaikan agama
untuk kepentingan peribadinya…Mat Sabu juga turut meramalkan, seandainya Anwar menjadi
Perdana Menteri, mimbar Masjid Negara akan digunakan untuknya membaca khutbah
agar seluruh negara akan mengatakan “Anwar adalah PM yang pertama membaca
khutbah Jumaat….”
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®