Wednesday 18 April 2012

BN SARAWAK AKAN MENYERAHKAN SENARAI NAMA CALON PRU KE 13 DALAM MASA TERDEKAT

-TAIB AKAN MENELITI SENARAI NAMA-NAMA CALON DARI PARTI-PARTI KOMPONEN BN SARAWAK SEBELUM MENYERAHKANNYA KEPADA PM YANG AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD NANTI-

Senarai nama-nama calon dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 13 akan di serahkan kepada Perdama Menteri (PM) Dato' Seri Najib Tun Razak menerusi BN Sarawak ataupun terus dari parti-parti tersebut.

Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud berkata sambil menambah beliau akan menemui PM sendiri untuk menyerahkan senarai nama-nama calon berkenaan dan bebincang dengan perkara bekaitan dalam masa yang terdekat ini.

"BN Sarawak akan menyerahkan senarai nama calon dan mereka (parti component BN Sarawak) juga boleh menyerah senarai nama mereka sendiri, terpulang kepada kehendak mereka,” katanya.

Taib, yang juga Presiden BN Sarawak menyatakan bahawa dia telah berbincang dengan pemimpin parti-parti komponen BN Sarawak mengenai calon-calon yang berpotensi untuk dipertandingkan walau bagaimanpun pun, dia enggan mendedahkan secara khusus pada nama-nama yang telah diperbincangkan.

"Adalah menjadi amalan kami (BN) untuk duduk berbincang dan mempertimbangkan calon-calon yang berpotensi dan hanya apabila tiba masa pilihan raya itu nanti, barulah kami kita akan mengumumkan nama calon-calon tersebut," katanya.

Apabila ditanya sama ada Kelab BN Sarawak atau G5 telah mengemukakan nama calon mereka, Taib menjawab, soalan tersebut sebenarnya tidak relevan pada masa ini, sambil menambah kemungkinan terdapat beberapa calon yang akan dikemukakan bagi sesebuah kawasan Parlimen.

“Kemungkinan di beberapa kawasan Parlimen nanti, kita akan mengemukakan lebih daripada satu nama calon namun terpulanglah kepada PM untuk membuat keputusan ke atas sesiapa yang di anggap sebagai “winnable," katanya lagi.

Sambil memberi jaminan yang senarai nama calon-calon tersebut akan disiapkan sebaik sahaja PM "memerlukannya", Taib menambah yang dia akan meniliti senarai berkenaan sebelum menyerahkannya kepada PM yang akan membuat keputusan muktamad nanti.

Taib telah ditemui selepas menyampaikan "Pingat Perkhidmatan Setia" kepada 310 penerima yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini semalam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List