Wednesday 18 April 2012

PRS KEMUKAKAN CALON MUKA BARU DI PARLIMEN HULU RAJANG

-PENYANDANGNYA DATUK BILLY ABIT JOO DIGUGURKAN UNTUK MEMBERI JALAN KEPADA CALON YANG LEBIH "ENERGETIC & POPULAR" DALAM MASYARAKAT AKAR UMBI-

Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah mengemukakan senarai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada Disember tahun lalu dengan tidak menyenaraikan semula nama penyandang kerusi Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo.


Presidennya, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata senarai penuh nama calon parti Itu telah pun diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk diperhalusi serta bagi tujuan kelulusan.

"Kita (PRS) telah memutuskan untuk menggugurkan nama Ahli Parlimen lima penggal bagi kawasan Hulu Rajang dengan meletakkan muka baru yang lebih energetik malah 'popular' dalam kalangan masyarakat akar umbi.

"Keputusan ini diambil memandangkan kita telah pun meneliti senarai awal calon Dengan melakukan perbincangan secara terperinci tentang calon-calon parti untuk pilihan raya umum kelak," katanya kepada Utusan Sarawak di sini hari ini.

PRS yang kini merupakan parti kedua terbesar di negeri ini berdasarkan jumlah kerusi yang diwakilinya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) memenangi enam kerusi Parlimen yang dipertandingkannya dalam pilihan raya umum tahun 2008.

Kerusi tersebut adalah Sri Aman (Masir Kujat), Lubok Antu (William Nyallau Badak), Julau (Datuk Joseph Salang Gandum), Selangau (Datuk Joseph Entulu Belaun), Kanowit (Aaron Ago Dagang) dan Hulu Rajang (Datuk Billy Abit Joo).

Dalam pada itu, Masing yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Kemajuan Tanah memberitahu PRS hanya mencalonkan seorang sahaja calon dalam senarai nama bagi setiap kerusi Parlimen yang bakal ditandingi mereka nanti.

"Ya...kita hanya menghantar seorang nama calon bagi enam buah kerusi Parlimen milik PRS.

"Lima daripada mereka (penyandang) akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing, sebaliknya penyandang kerusi Parlimen Hulu Rajang akan Digugurkan," jelasnya lagi.

Sambil enggan mengulas lanjut mengenai muka baru yang bakal mengibarkan panji BN dalam pilihan raya umum di Hulu Rajang kelak.

Sumber: Utusan Sarawak


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List