Thursday 19 April 2012

TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM (TIBAI)

-NGO INI YANG TERDIRI DARI BEKAS RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN BANG ANU AKAN PERGI KE SETIAP KAWASAN PARLIMEN PKR UNTUK MENERANGKAN SIAPA BANG ANU SEBENARNYA-

KUALA LUMPUR : Bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta bekas sahabat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan.

Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Zahid Md Arip yang mengetuai pertubuhan itu yang dinamakan “Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim” atau TIBAI berkata pertubuhan itu akan melaksanakan kempen menyeru rakyat supaya bersama-sama bangkit dan menolak Anwar dan sekutunya dalam pilihan raya akan datang.

“Kita akan turun di kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi PKR khususnya dalam melaksanakan agenda kita untuk menyedarkan rakyat di situ tentang siapa sebenarnya Anwar,” katanya kepada pemberita bagi mengumumkan penubuhan TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman, di sini,Rabu.

Muhammad Zahid berkata pertubuhan itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyeru rakyat mengenali siapa sebenar Anwar.

“Kita akan menggunakan pelbagai cara, kalau ada sepuluh cara, sepuluh cara itu yang akan kita gunakan…kita tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan pentas ceramah dan berhimpun secara aman untuk mendedahkan sikap sebenar Anwar Ibrahim.

“Kalau anda lihat sejak PKR ditubuhkan sehingga sekarang, sebanyak 28 ahli (pemimpin tertinggi) yang boleh saya simpulkan hebat-hebat belaka sudah meninggalkan PKR. Ini menunjukkan apa, ia mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam PKR yang menyebabkan mereka meninggalkan parti itu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh Anwar serta rakannya dalam pakatan pembangkang terhadap pemimpin kerajaaan.

“Kita lihat dalam ceramah Anwar dia sudah ketandusan modal, tiada ‘content’ melainkan memburuk-burukan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Muhammad Zahid berkata TIBAI akan dilancarkan Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali- BERNAMA


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List