Monday 7 November 2016

Propaganda Jahat Guna Gambar Ketua Menteri Sarawak


Sejak kebelakangan ini, poster menggunakan gambar Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang kononnya menggugut Sarawak akan keluar dari Malaysia dan melabelkan UMNO sebagai membawa penyakit serta memberi kesan kepada negara dengan tersebar meluas di media sosial.

Hari ini, Pejabat Ketua Menteri Sarawak mengeluarkan kenyataan media menafikan perkara ini.

Posting asal tersebut dilaporkan dikesan berasal dari akaun Facebook "Sarawak Keluar Malaysia 2021".

Pejabat Ketua Menteri menegaskan yang Ketua Menteri tidak pernah membuat apa-apa kenyataan sepertimana yang digambarkan poster tersebut dan menyifatkan posting berkenaan sebagai satu perbuatan yang jelas cuba memberi gambaran negatif ke atas Ketua Menteri di mata Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri telah berkata berkali-kali bahawa Sarawak tidak akan menarik diri dari Malaysia namun itu tidak bermakna Sarawak tidak boleh berjuang untuk hak negeri ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara kerajaan serta cadangan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold. -UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List