Wednesday, 30 November 2016

It's Not A U-Turn, Diplomacy Is Better Than Confrontation - Adenan


The State Government is not making a ‘U’ turn on this matter because we believe that Federal and State BN Governments being in the family can resolve this issue amicably between the parties concerned as diplomacy is better than confrontation.

Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem said that, that is why the State Government has decided not to proceed on the motion to Article 1(2) of the Federal Constitution which categorised Sarawak as one of the thirteen (13) states in Malaysia.

"The amended Article 1(2) is perceived as not in the spirit behind Inter-Governmental Committee Report and the Malaysia Agreement which was clearly reflected in the original wordings of that Article," he said.

Adenan elaborated, that Article, before its amendments clearly provides that the Federation of Malaysia consisted of: (1) The States of the federation of Malaya; (2) The States of Sabah and Sarawak; and (3) Singapore.

He said this in his Winding-up Speech at the last day of the 18th Sarawak DUN's Sitting today.

"The Prime Minister has announced that he is willing to discuss with Sarawak and Sabah on any matters related to the misinterpretations and misunderstandings to the Malaysia Agreement 1963."

"On this note, the Prime Minister clearly shows that he is willing to discuss this matter with the State Government and to find solutions to resolve this issue," stressed Adenan. -UnReportedNews™®

Saturday, 26 November 2016

Laksana Projek Kerajaan Dengan Sempurna, Pesan Wan Junaidi


Kontraktor yang telah berjaya mendapat projek kerajaan disaran untuk memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan sempurna mengikutkan ekspektasi kerajaan dan rakyat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rakyat setempat berharapkan agar projek yang dilaksanakan di kawasan mereka akan memberi manfaat maka jangan mengecewakan mereka.

"Kepada semua kontraktor, saya berpesan jangan hanya berjanji tetapi sebaliknya gagal melaksanakan projek tersebut dalam masa yang telah diberikan," tegas Junaidi lagi.

"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) untuk memantau sekiranya ada syarikat kontraktor yang gagal menyempurnakan projek dan terus akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut dari mendapat projek kerajaan."

Beliau menambah, kita tidak mahu berlaku ketirisan dan penyelewengan kewangan yang boleh menyebabkan kualiti projek rakyat pada tahap yang teruk maka ikutlah spesifikasi pembinaan.

Jelasnya ia penting kerana setiap projek yang diperuntukan kerajaan memberi impak kepada kehidupan rakyat.
     


Beliau, yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemubual pemberita selepas merasmikan Upacara Pecah Tanah Ke Atas Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong dan Kerja-Kerja Berkaitan di Pekan Simunjan, Lembangan Batang Sadong pada hari ini.

"Projek pemulihan koridor Sungai Simunjan contohnya haruslah menggunakan bahan-bahan berkualiti bertepatan dengan kos yang diperuntukkan."

Projek pembinaan koridor yang bernilai RM15.5 juta tersebut sepanjang 560 meter itu dijangka siap Mei 2018 nanti.
     

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, ADUN Gedong Datuk Haji Naroden Majais, yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan Awla Dris. -UnReportedNews™®

Friday, 25 November 2016

Pembangunan Sebatian Anti-HIV Pokok Bintangor Memberansangkan -Annuar


Pembangunan sebatian anti-HIV daripada pokok Bintangor yang dikenalpasti sebagai Calanolide A telah menunjukkan hasil ujian klinikal yang begitu memberangsangkan.

Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi, Dr. Anuar Rapaee (ADUN Nangka-BN) berkata, ketika ini beberapa kajian pra-klinikal telah pun dijalankan disamping meningkatkan produk klinikal serta memfailkan produk paten.

"Fasa 1a dan 1b ujian klinikal menggunakan produk tersebut yang telah ditambah baik berjaya dijalankan di Kuching dan Pulau Pinang," kata Annuar sambil menambah, susulan hasil yang meyakinkan itu, satu kertas kerja sedang dibuat untuk memaklumkan perkembangan dan memohon dana kepada Kabinet Negeri untuk melantik konsultan.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Hazland Abang Hipni (ADUN Demak Laut-BN) mengenai status sebatian anti-HIV dari pokok Bintangor di Persidangan DUN Sarawak sebentar tadi. -UnReportedNews™®

Thursday, 24 November 2016

Jangan Biar Pembangkang Terus Membuat Persepsi Jahat - Fazzrudin


Kita tidak boleh membiarkan pembangkang terus menerus memainkan persepsi memberi gambaran negatif kepada kerajaan sebaiknya, kita terangkan isu tersebut dengan jelas kepada rakyat agar mereka mengetahui perkara yang sebenarnya.

ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kita tidak mahu ianya menjadi isu 1MDB dimana biarpun ianya tidak bermasalah namun permainan persepsi jahat pembangkang yang terus menerus tanpa penjelasan segera telah memberi 1MDB imej yang buruk.

Ujar beliau lagi, perhimpunan kecil yang diadakan oleh pihak pembangkang semalam berniat memburukkan dan mencerminkan bahawa kerajaan tidak transparent dan corrupt di mata rakyat.


"Perhimpunan kecil dengan placard menuntut penjelasan berkenaan MRP seolah-olah kerajaan tidak mahu respond terhadap usul ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen."

Fazzrudin berkata demikian ketika ditemui UnReportedNews™® di lobi DUN Sarawak selepas sesi Perbahasan Bajet 2017nya pada Persidangan DUN Sarawak pagi tadi.

"ADUN Kota Sentosa, telah membuat pertuduhan yang berat tanpa asas terhadap kerajaan dan jika beliau ikhlas, beliau boleh menarik balik pertuduhan tersebut terhadap kerajaan dan meneruskan usulnya untuk memohon penjelasan berkenaan peruntukan MRP berkenaan."

Fazzrudin menambah, beliau (Chong) juga boleh menghantar soalan kepada YAB Ketua Menteri kita atau Menteri Kewangan untuk mohon penjelasan tetapi oleh kerana niat dan hasrat hanyalah untuk score political point and spin segala isu untuk memburukkan kerajaan, maka beliau tidak mahu menarik balik point-point pertuduhan tersebut, agar usul beliau ditolak dan beliau di gantung dari Dewan. 

Secara sarkastik Fazzrudin berkata, ini adalah supaya beliau seolah-olah berjuang sehingga digantung dari dewan dan rugilah pengundi-pengundi yang mengharapkan wakil rakyat untuk mewakili mereka dalam dewan. 

"Budaya sebegini amat tidak sihat sekali dan jika diamalkan, ia akan menganggu focus kita bersama, agenda kita bersama, iaitu untuk mendapatkan hak negeri kita semula, tidak akan tercapai," katanya lagi. -UnReportedNews™®

Tuesday, 22 November 2016

Chong Pecah Rekod: Digantung Hari Pertama Persidangan DUN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen, yang juga Pengerusi DAP Sarawak memecah rekod apabila beliau menjadi ADUN pertama digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pertama DUN Sarawak bersidang.

Penggantungan beliau daripada menghadiri persidangan DUN selama lapan hari yang baharu bermula semalam berkuat kuasa serta merta.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar membuat keputusan itu selepas Chong enggan menarik balik 'dakwaan rasuah yang sangat serius' rasuah terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Chong sebelum ini telah cuba untuk memfailkan usul terhadap Adenan atas dakwaan kehilangan sejumlah RM25O juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM905,900,000 diluluskan untuk projek-projek kecil luar bandar pada persidangan DUN tahun lepas.

Terdahulu, Asfia kemudian menasihati Chong supaya menarik balik dakwaannya namun setelah Chong ditolak, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh mengemukakan usul untuk menggantung Chong dan usul ini disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. -UnReportedNews™®

Monday, 21 November 2016

Jawapan Wartawan Kepada Pengkritik Laporan Isu Kerja Ladang Di Australia


Kepada : Akmar Abu Bakar

BAHAGIAN 1
----------
Terdapat beberapa kesalahan fakta asas dalam ulasan saudara Akmar.
1-Saya bukan wartawan Berita Harian tetapi Utusan Malaysia
2-Di Cutri, saya membuat kerja-kerja thinning, bukannya memetik buah
Maka saya tertanya-tanya sama ada saudara membaca sepenuhnya laporan saya atau sekadar membaca tajuk sahaja?
Sudahkan saudara membaca lapan muka surat laporan khas saya. Sudahkan saudara membaca sepenuhnya tulisan Nick McKenzie dan menonton 7.30 report?
Jika dibaca, pastinya jelas terpampang maklumat asas tadi. Takkan itu pun masih buat silap fakta.
Inilah penyakit orang kita. Dia baca tajuk, dia terus percaya. Dia tak kaji betul-betul tapi dia share di Facebook, WhatsApp.
Saya lihat saudara Akmar berada dalam kategori ini. Jenis suka baca tajuk, lepas tu terus melompat buat ulasan. Baca saudara, Allah dah kata, Iqra' (baca).
Macam tu jugalah kaitannya dengan iklan-iklan menawarkan kemewahan dengan kerja ladang buah di Australia. Ramai yang percaya bulat-bulat.
Memang duit jadi kelemahan manusia dan sebab tu lah iklan kerja Australia di Facebook ni semuanya tayang duit.
Mungkin ada yang plan nak pergi tiga bulan sahaja (selari dengan tempoh sah visa pelancong), maklumlah sebulan dapat RM9,000, tiga bulan dah berapa? Lumayan, boleh bayar hutang.
Tapi sedih, lepas tiga bulan pun tak boleh balik lagi.
Memang orang Melayu obses dengan duit segera. Tengoklah skim cepat kaya, MLM dan sebagainya, orang Melayu lah yang palig ramai kena tipu.
Saya pun tak faham sangat kenapa orang kita mudah sangat kena tipu. Gores dan menang pun kena tipu. Alahai...
BAHAGIAN 2
----------
Saya tidak berminat untuk menjawab serangan dan cercaan peribadi saudara ke atas saya. Pemikiran saya bukanlah serendah itu.
Saudara juga telah membuat tafsiran sendiri mengenai diri saya berdasarkan laporan yang dibuat walaupun tidak mengenali secara peribadi.
Maka, izinkan saya untuk membuat penilaian menggunakan methodology yang sama, siapakah diri saudara berdasarkan maklumat yang saya peroleh di laman Facebook saudara
Selepas disemak, saudara dilihat konsisten mempromosikan peluang pekerjaan ladang di Australia dan secara terbuka meminta rakan FB berhubung jika berminat.
Dan seperti biasa, yang indah-indah sahajalah diceritakan. Biasalah taktik FB marketing dan saya lihat saudara adalah orang yang mengkaji teknik FB marketing.
Maka, izinkanlah saya bertanya:
1- Apa yang dibuat saudara di Australia? Kerja ladang atau bawa orang masuk? Atau seorang pekerja ladang yang nampak peluang untuk buat duit dengan bawa masuk pekerja.
2- Berapa lama dah saudara di sana? Adakah visa membenarkan saudara bekerja di sana? Bagaimana dengan kawan-kawan yang mengikuti saudara, visa apa yang nak digunakan? Student visa?
3- Katakan saudara adalah jujur, tidak menganiayai kawan-kawan yang dibawa masuk, adakah saudara sedar apa yang dibuat adalah jenayah? Pernahkan saudara mendengar istilah human traficking?
BAHAGIAN 3
----------
Ramai menuduh saya menutup periuk nasi bangsa saya di Australia. Tunggu....saya jelaskan dulu okey.
Laporan saya bertujuan:
1-Mengelakkan rakyat Malaysia dan bangsa saya daripada terpedaya dengan janji manis ejen. Ramai dah orang terkena, orang dari kampung.
Saya pun berasal dari kampung dan tak sanggup tengok orang saya kena tipu.
Tak kena atas kepala saudara Alhamdulillah, tapi jangan nafikan ada kes macam ni dan jumlahnya besar.
Ada yang sanggup pinjam duit sebab fikir dia pergi sekejap je, dah dapat buat untung akan balik segera. Alih-alih hidup susah di farm dan berhutang lagi.
Apa yang saya tulis bukan rekaan. Bukan imiginasi. Semua makumat saya terima daripada pekerja farm juga. Saya bukan keyboard warrior, saya turun ke ground dan saya tengok dan rasa kehidupan orang kita di Swan Hill.
Cuma masalah dengan bangsa Melayu yang masuk farm ni, dia tak suka cerita kedukaan dia sangat. Dia bagitahu kawan-kawan di Malaysia kerja best padahal diri sendiri je lah yang tahu.
Yang di Malaysia percaya bulat-bulat dan terpengaruh ke sana.
Sebab apa? Sebab ego, orang kampung dengar tumpang bangga. Kerja di Australia beb, bunyi gah sangat, malulah kalau mengaku hidup susah.
Bagi yang berjaya, berjayalah, dan kita jangan lupa memang ada yang terjerat di Australia. Semoga yang berjaya itu tidak mencemari tangan mereka dengan memanipulasikan mana-mana pihak.
2- Disebabkan banyak sangat orang Malaysia salah guna visa pelancong dan langgar peraturan, Imigresen sana dah alert.
Kalau naik penerbangan tambang murah, lagilah Imigresen curios. Tengoklah apa soalan dia tanya masa nak masuk. Lebih-lebih lagi kalau Australia adalah negara asing pertama yang korang lawat.
Adil kah benda ni untuk kira-kira 30 juta rakyat Malaysia lain yang nak ke sana melancong, bekerja secara sah, buka bisness dan lain lain.
Disebabkan pekerja ladang Malaysia buat hal dengan imigresen, orang lain kena getah. Pekerja Malaysia di farm tuduh saya tutup periuk nasi, sedarkah yang korang juga tutup periuk nasi rakyat Malaysia yang lain.
Bagi lah apa pun alasan, kerja tanpa permit tetap salah. Hormatilah undang-undang negara orang, kita pun marah Bangla dan Indon masuk Malaysia kerja haram.
Setiap rumah orang ada peraturan, kena lah ikut. Bukan sesuka hati terjah dan bagi hujah kami cari rezeki halal (TAPI DENGAN CARA SALAH).
Kena ingat, apa yang berlaku di ladang-ladang akan menjejaskan 156,000 diaspora Malaysia yang berada di Australi secara sah tak termasuk pelajar dan pekerja haram lain
Untuk kefahaman, saya copy n paste petikan statement seorang peguam rakyat Malaysia yang memiliki law firm, Fides Lawyers di Melbourne sejak 8 tahun lalu, Vicknaraj Thanarajah dalam isu ini.
(HADAMKAN)
As of 30th March 2016 the percentage of Australian residents born overseas are one of its highest in Australian History. The latest statistics show that out of the current Australian Population 156,500 or 0.7 percent are from Malaysia.
These are the legitimate migrants on record till to-date.
The above figures do not include the students who come here yearly to study or the illegal migrants.
According to the statistics for the months of September 2016, there are approximately 35,000 thousand people from Malaysia who visit Australia between August and September of 2016.
The above figures shows us a few crucial facts;
1.The Malaysian Diaspora in Australia is about 156K, and we have a sizeable presence in Australia being the top 10 diaspora in Australia;
2.The Monthly Malaysian Entrants Australia is the top 5 in Australia;
Therefore, whatever happens to the Malaysian community in Australia, has an impact not only to Malaysia reputation but also to the rest of the diaspora that have migrated here or has legitimate business interest in Australia, this includes a series of investments by Malaysian GLC in Australia.
It is also commonly known that Malaysia is the only Southeast Asian country with access to the electronic travel authority system under which Malaysian citizens — and applicants from most of the Western world — can get a three-month tourist visa online.
This is probably the result of the excellent diplomatic relations that is shared between the two countries.
Common sense would dictate that should there be in surge in abuse of this privilege this efficient process is endangered in being scrapped.
BAHAGIAN 4
----------
Australia tak bodoh, dia bukan tak tahu apa yang pekerja ladang ni buat. Kalau tengok statistik protection visa pun dah kantoi sebab tiba-tiba mendadak naik. Ini kerja siapa sebenarnya?
Malaysia negara aman dan masih berungsi tetapi ramai rakyat kita minta visa perlindugan (refugee). Negara kita tak beperang pun. Untuk kepentingan dia, dia menipu dalam borang permohonan siap kondem Malaysia lagi.
Berdasarkan statitik laman web Imigresen Australia, didapati permohonan visa protection oleh rakyat Malaysia meningkat daripada 294 permohonan pada 2013-2014, 1,401 permohonan pada 2014-2015 dan meroket kepada 3,549 (2015-2016)
Dari 294 permohonan naik kepada 3,549 permohonan dalam masa hanya empat tahun? Kegilaan apa kah ini?
Berikut petikan kenyataan Vicknaraj Thanarajah:
According to the statistic published by the Department of Immigration in Australia, we can gather the following crucial facts;
•Asylum applications from Malaysians lodged while within Australia in the last financial year topped 3500, more than double the total for 2014-15 even though Malaysia is a stable and functioning state, new figures show.
•Immigration department figures show 87 per cent of these applications are refused. Of the reviews conducted by the Migration and Refugee Division of the Administrative Appeals Tribunal, 88 per cent validate the original decision.
•The tribunal processed more than 2000 reviews last financial year — a fourfold increase on 2014-15 — representing almost half of its protection claim caseload.
•Details of the recent flood of onshore asylum applications from Malaysia, which totalled just 294 in 2013-4, are contained in documents published on the department’s website.
•In 2014-15, 1401 Malaysians applied for asylum from within Australia. That total surged to 3549 in the 2015-16 year.
BAHAGIAN 5
----------
Baca lagi petikan kenyataan Vicknaraj Thanarajah:
"Apart from the above financial and legal considerations, these workers need to be aware of the political considerations that are associated with the Horticulture industry in Australia specifically the Fruit Picking Jobs.
The truth is, this is not a new issue; the Malaysians are just a latest wave of workers that are being used by the syndicates as work-stock. Prior to in recent years this there was an uproar on the abuse of Pacific Islanders as illegal workforce and as a result of an inquiry, the illegal workforce have significantly reduce from the Pacific Island.
It is my personal opinion the Malaysians are merely filling in a temporary gap left by the prior inquiry in relation to the Pacific islanders. What the Malaysian migrants need to realise, that the labour dilemma is soon to be solve (at least in part); because a political solution has been reached recently.
The Immigration Department of Australia will be launching a special class of visa (416) to enable Pacific islanders to work in the horticulture industry seasonally. This is supposed to commence by the 19th of November 2016.
Unfortunately Malaysia is not on the list as that particular visa caters for Pacific Islanders.
The hypocrisy of politics are blinding, the blatant fact remains that there is a need for workers in the horticulture industry especially in rural Australia, and the industry and the syndicates are filling that gap and need.
The syndicates take advantage on this legal and economic arbitrage simply because workers are voiceless because of their legal status in Australia. 
Rhetorically, Corporations, Farmers and Authorities, at the Federal, State and Local Government manage the blame efficiently and seamlessly each respectively pleading ignorance of the existence of such syndicates and illegal workforce.
This plea of ignorance is laughable, especially with the example of the case of Swan Hill a rural town in regional Victoria is swarming with Malaysians Workforce.
The issue and the challenge now is whether the Australia Government specifically the Minister responsible for Immigration is going to provide an empty political retort by conveniently electing to enforce a pre-existing law or a sound policy resolution that is sustainable and future proof for all those affected by the labour shortage.
For the sake Human Dignity and Decency, I challenge the Minister to extend the same opportunity for Malaysians to enable them to apply as seasonal workers in the Horticultural Industry.
Alternative expand the quota of Sub Class 462 Work Holiday Visa which is currently fixed at 100 visa for Malaysian per annum.
BAHAGIAN 6
----------
Saya juga sependapat dengan Vicknaraj yang berharap ada sinar untuk rakyat Malaysia bekerja di ladang-ladang secara sah supaya nasib mereka lebih terjamin.
PM Najib pun dah jumpa dengan PM Australia, Malcom Turnbull di APEC, Lima, Peru, kelmarin.
Malaysia, Australia bincang isu kedatangan migran
LIMA, Peru 20 Nov. - Kerjasama berkaitan kedatangan migran secara tidak sekata adalah antara topik yang disentuh dalam perbincangan dua hala Malaysia dan Australia di luar persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di ibu negara Peru semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berkata, Australia dalam pertemuan itu meminta kerjasama Malaysia untuk membendung isu pelarian, yang menghantui negara berkenaan ekoran kebanjiran migran itu.
"Beliau (Turnbull) mahu bendung masalah migran ini yang dikaitkan dengan permerdagangan manusia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri program hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC.
Antara kerjasama itu adalah melalui pertukaran laporan risikan dan melakukan larangan rasmi iaitu dengan mengambil tindakan sekiranya migran berkenaan melalui perairan negara, katanya.
BAHAGIAN 7
---------------------------
Kita harap pertemuan ini dapat merintis jalan ke arah rundingan yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang mahu bekerja di Australia secara sah dalam sektor kemahiran rendah.
NOTA: Ada beberapa soalan Saudara Saharudin Jang yang perlu saya jawab.
1- Apakah keburukan yg ada pada rakyat malaysia bekerja di malaysia.
Keburukan? Saya dan jutaan rakyat Malaysia lain tetap kerja macam biasa. Memang ada kelemahan tertentu seperti gaji yang tak setara dengan kos sara hidup. Saya sebagai rakyat pun buat 2-3 kerja untuk survive. Dan buat masa ini saya belum terfikir perlu bekerja di negara orang secara haram untuk survive.
2- Adakah baik untuk kerajaan malaysia jika aliran wang tunai dari aussie masuk kemalaysia dan dihabiskan untuk membayar cukai & gst?
Betul tapi sepatutnya dilakukan secara sah. Pekerja haram tidak mebayar cukai kepada kerajaan Australia dan duit berkenaan mengalir ke Malaysia secara tak sah.
3- Ramai pekerja di aussie nie akan terdidik dgn cara hidup di aussie x boleh wat huru hara bising n sabagainya yg menganggu privasi org lain. Betul atau tidak?
Betul lah. Mematuhi undang-undang perkara yang mulia, begitulah juga undang-undang Imigresen di Australia. Kenapa tak hormat pula?
Kalau setakat nak didik supaya tak bising, kat Malaysia pun boleh. Hormati hak jiran tu kan ajaran Islam.
4- Pepatah orang dahulu jauh berjalan luas pengalaman.
Betul ke tidak.
1000 peratus saya sokong. Sebab saya sendiri suka berjalan. Sejak 2006 sampai sekarang, dah 24-25 negara saya dah pergi.
Pada 2010 saya berekspedisi dengan tiga lagi kawan naik motosikal dari KL ke London dalam masa 2 bulan. Di sepanjang perjalanan saya jumpa ramai rakyat Malaysia yang berjaya, tak ada seorang pun daripada mereka ni bekerja secara haram.
Bulan Ogos lepas, saya berada di Rio de Janeiro, Brazil selama tiga minggu untuk liputan sukan Olimpik Rio2016.
Saya pun kenal ramai lejen-lejen hardcore overlander yang dah pusing dunia, mereka tak der pula nak kutuk-kutu Malaysia. Jangan baru jejak kaki di satu negara, dah rasa Malaysia ni serba tak kena.
5- Berapakah komisyen yang bro saiful haizan terima daei egent egent pembuat bridging visa. Yg lebih membahayakan kedudukan malaysia pada PRU 14 nanti. Setiap pemegang visa a & c x boleh balik kemalaysia tau. Camner diorg nk undi BN namti. Heheheh.
Apa punya soalan ni. Apa kaitan dengan ejen buat bridging visa? Sepatutnya mereka yang marah dengan saya.
Kalau tak boleh balik, pergilah mengundi di kedutaan. Asalkan berdaftar dengan SPR.
Akmar pula ada cakap yang Imigresen Australia tangkap orang Malaysia sebab Najib nak rakyat balik undi dia.
Hahahaha...hal politik tak perlu masuk lah bro. Tak habis-habis dengan politik.
Terima kasih kerana membaca ke peringkat ini. Saya menghargainya kerana selepas ini saya tidak lagi mengulas isu ini secara detail di FB.
*Share jika bermanfaat*
Salam hormat,
Saiful Haizan
Besut, Terengganu


-UnReportedNews™®

Bajet Sarawak 2017 Masih Fokus Dengan Pembangunan Luarbandar


Kerajaan Negeri Sarawak konsisten memperuntukkan sebahagian besar dari Bajet negeri ini kepada pembangunan pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam pembentangan Bajet Sarawak 2016 sebentar tadi mengumumkan kerajaan masih lagi mengekalkan penekanan terhadap pembangunan iaitu sejumlah RM 5.928 bilion atau 73 peratus diperuntukkan untuk tujuan berkenaan. 

Manakala RM 2.206 bilion atau 27 peratus daripada belanjawan ini adalah untuk tujuan perbelanjaan operasi. 

Belanjawan tahun lepas juga turut menyaksikan komitmen kerajaan membangunkan kawasan luar bandar di mana sejumlah RM 2.982 bilion diperuntukkan untuk tujuan ini. 

Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM 817 juta peruntukan bagi memacu inisiatif transformasi negeri Sarawak. 

"Fokus belanjawan kali ini juga adalah untuk menjadikan pengurusan kewangan negeri lebih effektif dan sistem penyampaian yang lebih effisien," kata Adenen persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 yang sedang berlangsung pagi ini.-UnReportedNews™®

Saturday, 19 November 2016

Rakyat Sarawak Matang, Perhimpunan Bersih 5 Kuching Hambar


Biarpun promosi secara besar-besaran diadakan sejak beberapa minggu lepas, Himpunan Bersih 5 Kuching ternyata mendapat sambutan yang hambar apabila cuma kurang dari 500 peserta yang muncul pada perhimpunan Bersih 5 perhimpunan tersebut di Panggung Udara petang tadi.

Mereka yang mula berkumpul bermula jam 4.00 petang tadi di sekitar kawasan Panggung Udara berdekatan Dewan Suarah Kuching. 

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Chong Chen Jen yang juga Pemgerusi DAP Sarawak juga nyata gagal menarik minat warga Kuching/Sarawak ke perhimpunan tersebut.

Pihak polis dan angota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara turut melakukan kawalan keselamatan di kawasan sekitar.


Penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membolehkan beliau boleh ditahan lanjut sehingga 28 hari mungkin telah menggerunkan ramai peserta. -UnReportedNews™®

Friday, 18 November 2016

Perhimpunan BERSIH Tidak Diperlukan Di Sarawak


KUCHING: Masyarakat Sarawak yang terkenal dengan kesopanan dan hormat-menghormati di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menolak penganjuran Perhimpunan BERSIH 5.0 yang disifatkan sebagai tidak perlu sehingga boleh menganggu ketenteraman awam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Ini disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr. Hazland bin Abang Hipni yang menyifatkan Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dijadualkan diadakan Sabtu ini di Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebagai sangat tidak perlu dan membuang masa.

"Sejak pemimpin pembangkang mewujudkan Perhimpunan BERSIH pada 10 Oktober 2007, keadaan negara sangat huru-hara hingga menjejaskan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Malah, Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dicanang penganjurnya sejak beberapa bulan lalu dilihat tidak lagi relevan dan telah tersasar daripada tujuan asal BERSIH iaitu mahukan pilihan raya yang adil," katanya ketika diminta mengulas mengenai kedegilan penganjur BERSIH yang tetap mahu adakan perhimpunan BERSIH 5.0 di sini.

Jelas beliau lagi, penganjuran perhimpunan haram yang tidak mendapat permit ini seolah-olah mencabar perundangan yang ada di negara kita biarpun di belakangnya disokong pemimpin politik.

Selain menyimpang daripada tujuan asal Perhimpunan BERSIH, penganjur juga yang terdiri daripada pemimpin dan ahli-ahli daripada parti-parti pembangkang dilihat mempunyai agenda politik yang menyimpang.

"Biarpun jurucakap penganjur bahawa Perhimpunan BERSIH 5.0 ini hanya melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO's), tetapi di belakangnya tetap disertai pemimpin pembangkang yang mempunyai agenda politik untuk menghasut rakyat.

"Tidak pernah satu pun Perhimpunan BERSIH yang pernah diadakan bebas daripada sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan pemimpin parti pembangkang.

"Mengambil kira Perhimpunan BERSIH yang diadakan sebelum ini jelas tidak aman, biadap dan menganggu ketenteraman awam sehingga menimbulkan kontroversi besar yang menjejaskan negara," ujarnya lagi.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor ketika mengulas mengenai Perhimpunan BERSIH 5.0 memberitahu penganjuran perhimpunan itu tidak mempunyai kelulusan di lokasi yang dinyatakan mereka kerana kawasan itu sedang dalam proses baikpulih seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) sebelum ini.

Menurut Mazlan lagi, perhimpunan tanpa notis yang mempunyai agenda tersendiri dan tidak mendapat kelulusan, peserta harus menanggung risiko sendiri jika diambil tindakan. -UnReportedNews™®

Wednesday, 16 November 2016

Dua Veteran PBB Diarah Lepas Jawatan, Mesyuarat Agung PBB Ditunda Pada 2018


KUCHING: Dua Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini diarahkan untuk melepaskan jawatan masing-masing dan menyerahkannya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih rakyat, yang turut mewakili parti tersebut.

Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Haji Satem berkata, dua Ketua Cawangan tersebut ialah Datuk Abdul Wahab Dollah yang mengetuai Cawangan Jemoreng dan Datuk Bolhassan Di yang mengetuai Cawangan Beting Maro.

“Berdasarkan kepada Artikel 15 Perlembagaan PBB, yang menetapkan Adun secara automatik menjadi Ketua Cawangan PBBm kedua-dua tokoh ini dikehendaki menyerahkan tugas mereka kepada Datuk Dr Juanda Jaya (Jemoreng) dan Razaili Gapor (Beting Maro) sebagai ketua baharu.”

Adenan membuat pengumuman tersebut semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB dan mesyuarat Pra Sidang Dewan Undangan Negeri di salah sebuah hotel terkemuka di sini petang ini.

Sementara itu, Pengerusi Tetap PBB, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, keputusan itu sah kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti, dan berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi, ia berkuat kuasa serta-merta.

“Dan dengan apa cara pun, kedua-dua penyandang ini perlu melepaskan jawatan mereka bagi membolehkan kedua-dua Adun tersebut mengambil alih.

“Ini bagi membolehkan mereka memberi khidmat secara lebih telus dan berkesan kepada rakyat, sambil menjaga perpaduan parti,” jelasnya.

Dalam mesyuarat yang sama kata Asfia, Majlis Tertinggi juga telah bersetuju untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tritahunan PBB yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan, kepada tahun 2018.


Keputusan ini dilakukan selari dengan Artikel 13(2) Perlembagaan PBB yang menyebut Majlis Tertinggi parti akan menetapkan tarikh perhimpunan agung, selari dengan Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966. – Sarawakvoice
-UnReportedNews™®

Monday, 7 November 2016

Propaganda Jahat Guna Gambar Ketua Menteri Sarawak


Sejak kebelakangan ini, poster menggunakan gambar Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang kononnya menggugut Sarawak akan keluar dari Malaysia dan melabelkan UMNO sebagai membawa penyakit serta memberi kesan kepada negara dengan tersebar meluas di media sosial.

Hari ini, Pejabat Ketua Menteri Sarawak mengeluarkan kenyataan media menafikan perkara ini.

Posting asal tersebut dilaporkan dikesan berasal dari akaun Facebook "Sarawak Keluar Malaysia 2021".

Pejabat Ketua Menteri menegaskan yang Ketua Menteri tidak pernah membuat apa-apa kenyataan sepertimana yang digambarkan poster tersebut dan menyifatkan posting berkenaan sebagai satu perbuatan yang jelas cuba memberi gambaran negatif ke atas Ketua Menteri di mata Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri telah berkata berkali-kali bahawa Sarawak tidak akan menarik diri dari Malaysia namun itu tidak bermakna Sarawak tidak boleh berjuang untuk hak negeri ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara kerajaan serta cadangan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold. -UnReportedNews™®


Kanak-kanak Belajar Atas Takungan Pembiakan Aedes


KUCHING: Lebih 20 kanak-kanak Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kampung Bintawa Ulu berhadapan dengan risiko gigitan nyamuk Aedes apabila terpaksa belajar di atas dalam kelas yang di bawah premisnya penuh sampah dan air bertakung.

Mewakili suara penduduk, Muhamad Khalikh Yakup berkata, masalah yang sudah lama diaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan sehingga hari ini tiada jawapan.

"Bayangkan sembilan aduan kepada Biro Aduan Awam, beberapa kali turun naik mengaju kepada pejabat tempatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), sehingga sekarang tiada tindakan.

"Kami bosan dengan janji ikut prosedur, bosan dengan janji akan menyelesaikan kepada pihak atasan. Kami kerap mengadakan gotong-royong tetapi ia cuma kesan sementara, airnya tetap bertakung," katanya sambil menambah, penduduk mengharap sesiapa ada kuasa dan suara didengar supaya turun padang.

Jelas Khalikh lagi, penduduk amat berharap PBT turun padang untuk melihat dengan dekat masalah berkenaan bukan sekadar menampal senarai kutipan cukai rumah.

"Jangan cuma kutip cukai, atau berjanji menyelesai masalah parit, turun ke lokasi dan tanya kami apa terjadi. Sanggupkah melihat kanak-kanak belajar atas timbunan sampah dan lubuk pembiakan Aedes.

"Mana pergi kempen hindari Aedes, cegah denggi. Kami tidak cukup tenaga dan dana untuk membaik pulih sistem peparitan ini. Makanya, merekalah yang turun padang," jelasnya sambil menambah, mereka mempunyai dokumentasi cukup berkenaan permohonan, aduan dan surat menyurat.

Jelasnya, keadaan yang sama menyebabkan banjir sering berlaku walaupun hujan sebentar apatah lagi musim tengkujuh bermula.

Khalikh berkata, bantuan banjir RM500 diterima penduduk terjejas tidak berbaloi dengan masalah yang penduduk tanggung.

Khalikh yang juga orang kuat PEKADA kawasan berkenaan juga berkata, penduduk sedia memberi kerjasama jika ada pihak yang turun untuk memberi tindakan susulan. -UnReportedNews™®


UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List